Travel

Singgah House of Museum Melaka, Barang Antik Atok Nenek Dulu Guna

Share

Untung singgah di House of Museum, anda akan dapat tengok banyak barangan antik yang digunakan zaman atok nenek kita sebelum ini.

Muzium kecil yang hanya memiliki dua tingkat itu memperlihatkan barangan dari zaman 1950-an sehingga 1970-an.

House of Museum Melaka

Ada pelbagai barang lama seperti telefon, radio dan rokok yang sedikit sebanyak dapat gambaran keadaan atuk nenek kita dahulu.

Zaman dulu, rokok bukan dalam kotak macam sekarang, tetapi dalam tin.

Untuk ruang tamu pula, pengunjung dapat melihat dan merasai sendiri perabot rotan, jam dan meja yang digunakan pada zaman dahulu.

Owh ya, banyak buku-buku lama yang anda boleh tengok. Masuk ke sini, auto akan rasa kembali zaman dulu-dulu. Malah teruja dapat tengok sendiri apa yang digunakan orang dulu-dulu.

Kelainan Dapur Orang Dulu

Bahagian dapur juga menunjukkan ruang masak yang sangat berbeza berbanding zaman sekarang dengan tin-tin lama, cawan, pinggan, mangkuk, periuk dan cerek yang digunakan suatu masa dahulu.

Selain itu, pengunjung juga dapat melihat kedai gunting rambut, pawagam, mesin jahit, seterika lama, pakaian dan lain-lain di muzium tersebut.

Hah, apa lagi, jom lah cuba pengalaman baru untuk ‘hidup zaman dulu’ dengan melawat House of Musem.

Lokasi:

82 Lorong Hang Jebat, 75200, Melaka

Tiket :

Dewasa – RM 12, Kanak-kanak – RM 8

Oleh
Nadia