Seronok juga kalau singgah HL Dragon Fruit Eco Farm yang terletak di Sepang ini, boleh layan pelbagai menu yang berasaskan buah naga.
Konsepnya dari ladang sehingga ke meja makan, semuanya berasaskan buah naga. Menarik, bukan?
HL Dragon Fruit Eco Farm
Haaa… ada pelbagai variasi buah naga ditanam di sini, antaranya ‘Red Ruby’, ‘Honey White’, ‘Yellow King’ dan yang terbaru, ‘Pink Ruby’.
Kalau sampai sahaja di sini, pengunjung akan diberi penerangan mengenai penanaman serta keistimewaan setiap variasi,” katanya.
Replika Buah Naga Terbesar
Menambah lagi keunikan di ladang terletak di Jalan Besar Batu Satu, Sepang itu, adalah struktur buah naga terbesar di Malaysia dibina pada 2020 dan diiktiraf The Malaysia Book of Records.
Ads
Bukan itu sahaja, malah baru-baru ini iaitu pada 19 November 2023, ladang ini turut diiktiraf Guinness World Records sebagai ‘Replika Buah Naga Terbesar Pertama Di Dunia’!
Kedudukannya yang terletak kira-kira 26 kilometer (km) dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) juga membolehkan pengunjung melihat secara dekat pesawat terbang rendah sebelum mendarat.
Ads
Kalau nak tahu, menu dan produk berasaskan buah naga ini tercetus selepas ladang milik keluarganya itu menghasilkan buah naga yang begitu banyak, ada kalanya melebihi permintaan.
Layan Nasi Lemak Buah Naga
Antara menu kegemaran nasi lemak buah naga dan roti buah naga, lebih dikenali sebagai Jumbo Dragon Bun. Cuba tengok nasi lemaknya itu, warna pun seksi macam buah naga.
Ini contoh Bun Buah Naga, agak besar saiznya yang berwarna merah jambu dan dimasak dengan kari ayam diletakkan di dalamnya.
Ads
Ada minuman unik, ‘Dragon Breath’ yang anda boleh cuba. Sudah tentunya terselit buah naga dalam air itu, fresh!
Jadi, kalau anda sudah sampai Sepang, alang-alang itu boleh lah merasa singgah menu buah naga di ladang HL Dragon Fruit Eco Farm. Yang penting semua menu nampak menggoda dan banyak pilihan.
Langkawi, pulau jolokan bebas cukai atau syurga membeli-belah memang cukup puas dan begitu berbaloi untuk dimasukkan dalam jadual percutian domestik anda.
Tidak puas dan cukup waktu jika anda bercuti di pulau lagenda ini hanya untuk semalaman. Cuba peruntukkan tempoh percutiaan di sini sekurang-kurangnya untuk 3 hari 2 malam. Kenapa? Kerana terdapat banyak lokasi menarik untuk singgah.
Nah! Ini cadangan destinasi kena terjah dan aktiviti yang boleh anda lakukan ketika bercuti di Langkawi.
Kota Mahsuri
Bagaikan tidak lengkap apabila berada di Pulau Langkawi sekiranya tidak menjejaki sejarah silamnya di Kota Mahsuri. Rasanya semua mengetahui sejarah lampau Langkawi yang dikatakan disumpah oleh Mahsuri selama tujuh keturunan. Jangan lepaskan peluang menonton teater Mahsuri, menziarahi makam dan merakamkan gambar kenangan di binaan replika rumah serta mengenali sejarah jelitawan yang mati dibunuh akibat fitnah itu di Kompleks Kota Mahsuri.
Di sini terdapat sebuah perigi digelar Telaga Mahsuri dikatakan lokasi Mahsuri untuk membersihkan diri dan membasuh pakaian. Telaga ini dikatakan tidak pernah kering sejak dari dahulu walaupun ketika musim kemarau. Khasiat dari air telaga ini dikatakan mampu menyembuhkan masalah kulit dan memberi kesan awet muda.
Langkawi Skycab
Kereta Kabel Langkawi terletak di Gunung Mat Chinchang adalah destinasi wajib cuba di Langkawi. Dari sini anda berpeluang melihat panorama gunung batu kapur zaman geologi Cambrian yang berusia 500 juta tahun.
Jika cuaca baik, hampir keseluruhan Pulau Langkawi dapat dilihat dengan jelas dari aras tinggi. Di sini terletak sebuah jambatan gantung berketinggian 100 meter yang boleh menampung 250 orang dalam satu masa menjanjikan pengalaman unik kerana dikelilingi gunung-ganang menghijau. Selesai menaiki kereta kabel dan sebelum berlepas balik, jangan lupa untuk berkunjung ke Muzium 3D dan singgah ke premis Sri Kandi.
NAAM Paradise 101
NAAM Paradise 101, merupakan pulau persendirian untuk anda lakukan pelbagai aktiviti air atau pantai. Ada juga yang menggelar lokasi ini sebagai Bali Langkawi. Pulau ini hanya boleh diakses menggunakan perkhidmatan bot khas di Jeti Telaga Harbour Marina bermula dari jam 10 pagi hingga tengah malam setiap hari.
Antara pakej dan aktiviti yang disediakan adalah mencuba permainan air di Aqua Park, Banana Boat Ride, Parasailing, snorkel atau hanya beristirahat. ‘Pulau Syurga’ ini juga bersedia menerima tetamu yang ingin mengadakan majlis sambutan hari lahir, perkahwinan atau majlis berskala besar.
Jet Ski Island Hoping
Island hopping adalah aktiviti wajib dilakukan di Langkawi. Rutin bagi aktiviti ini adalah menaiki bot laju dan berhenti dari pulau ke pulau. Namun, jika ingin kelainan dalam percutian anda, pilih untuk lakukan island hopping menggunakan pengangkutan air jet ski yang disediakan banyak operator sukan air di Pantai Chenang.
Paling best island hopping yang berdurasi 4 jam tidak terasa dek keseronokkan mengendalikan jet ski ini ketika membelah lautan. Bukan itu sahaja, malah dengan menggunakan jet ski anda lebih mudah untuk di bawa ke lokasi lebih menarik yang susah diakses jika menggunakan bot.
Sunset Cruise
Di Langkawi, antara tarikan yang sudah lama di praktikan di sini adalah pengalaman merasai dan menaiki ‘Sunset Cruise’. Anda boleh dapatkan perkhidmatan daripada agen pelancongan berdaftar yang dilengkapi pakej makan malam pada waktu petang hingga ke malam. Sambil dihidangkan menu enak yang disediakan di atas kapal, mata anda pasti tidak henti menyaksikan keindahan alam dan lautan terbentang luas dari bahagian deck atas kapal. Ternyata ia satu detik yang mengujakan dan sukar didapati di tempat lain. Anda juga boleh membawa pakaian bersesuaian sekiranya mahu merasai pengalaman jakuzi asli air laut yang disediakan di bahagian belakang bot cruise. Perjalanan lebih tiga jam mengelilingi lautan dan kemuncaknya adalah ketika menyaksikan matahari terbenam yang sangat mengasyikkan.
Langkawi Crocodile Adventure Land
Taman buaya di Langkawi ini sangat menarik untuk dikunjungi. Taman buaya ini begitu teratur dan kolam-kolam yang disediakan untuk setiap reptilia ini sangat bersih. Anda boleh melihat haiwan-haiwan di sini terjaga dengan begitu baik dan bebas bergerak dengan aktif.
Terdapat sebuah pertunjukan buaya ‘giant’ yang penuh mendebarkan pada setiap hari mengikut masa tertentu. Tarikan paling menarik bagi penulis di sini pengunjung berpeluang untuk memberi anak-anak buaya makan seakan aktiviti memancing. Walaupun hanya anak buaya, tetapi rentapan setiap ekor daripada haiwan ini cukup kuat ketika sesi ini berlangsung.
Pengujung juga diberi kesempatan untuk bergambar dengan buaya sebenar. Uniknya, mulut buaya di sini langsung tidak diikat sebagaimana dilakukan di taman-taman buaya lain di seluruh dunia. Bagi pengurusan taman buaya ini, mengikat mulut buaya melanggar hak asasi haiwan tersebut. Terdapat juga pelbagai produk yang dihasilkan daripada kulit buaya yang dijual di sini.
Kubang Badak Mangrove
Lain daripada yang lain. Bukan sekadar melihat tumbuhan paya bakau semata-mata, tetapi anda di bawa untuk mengimbas sejarah peradaban lampau dan mengenali geografi negara anda dengan lebih lagi seperti Pulau Kubang Badak, Bukit Menora, Sungai Siam, Gua Pinang, Pulau Jemuruk dan Tanjung Buta.
Anda akan di bawa untuk melihat lokasi pra sejarah di Bukit Menora. Lokasi ini merupakan penempatan awal penduduk Siam pada abad ke-18 dan dikatakan sangat masyhur dan terkenal. Anda masih berpeluang melihat tapak kebuk arang lama yang dijumpai di Kampung Siam berusia lebih 100 tahun.
Dalam trip ini juga, anda akan dibawa ke Gua Pinang iaitu tinggalan gua laut kuno yang terbentuk oleh proses ombak sekitar 6000 tahun lalu. Di sini terdapat banyak longgokan cengkerang kerang dan tiram pada dinding gua.
Kompleks Kraftangan
Kompleks Kraf Langkawi merupakan salah satu destinasi membeli-belah utama pelancong yang mecari produk kraf keluaran tempatan. Sememangnya tidak rugi untuk dikunjungi kerana terdapat pelbagai daya tarikan jualan hasil kraf setempat termasuk batik, anyaman, ukiran kayu dan logam, seramik serta aneka kraf lain.
Kompleks berkenaan juga mampu membuatkan pengunjung teruja dengan pelbagai persembahan dan aktiviti sampingan. Pada waktu tertentu, pengunjung juga boleh cuba lakukan sendiri pelbagai tutorial kraf seperti mencanting batik, menganyam tikar, membuat kuih tradisional dan banyak lagi.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Industri pelancongan terutama perhotelan kembali bernyawa susulan kerajaan membenarkan rakyat melancong di dalam negara bermula 10 Jun 2020 ini selepas hampir tiga bulan terhenti akibat pandemik Covid-19.
Pengumuman kerajaan yang membenarkan aktiviti pelancongan domestik dilakukan mampu menjana semula sektor berkenaan yang terjejas teruk akibat pandemik COVID-19. Ketika ini, banyak kempen dan promosi telah dilakukan oleh pemain industri dengan memberi tawaran harga yang lebih baik untuk menarik pelancong domestik.
Kebanyakkan rakyat Malaysia juga dilihat mengambil kesempatan untuk merebut peluang harga penginapan murah ini yang ditawarkan untuk tempoh sepanjang tahun ini dan ada juga untuk tempoh yang lebih panjang kira-kira setahun dari sekarang.
Ada juga yang masih was-was untuk mula melancong dalam masa terdekat ini, tetap masih tetap bersama-sama membantu industri pelancongan dengan membeli pakej penginapan untuk digunakan pada masa yang sesuai.
Oleh itu, diharap pemain industri telah kembali bersedia menerima kehadiran pelancong domestik dengan menyediakan kemudahan penginapan yang sesuai dengan normal baru. Setiap hotel, resort atau inap desa harus meningkatkan tahap kebersihan dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang dikeluarkan kerajaan agar keyakinan rakyat kembali meningkat.
Antara penginapan yang kini sedang giat membuat promosi:
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Selain bercuti ke tempat-tempat peranginan, ramai juga yang suka pergi berkhemah atau camping seakan menjadi trend percutian alaf baru. Apatah lagi banyak tapak-tapak perkhemahan yang mempunyai keistimewaan tersendiri untuk diterokai.
Bagi camper yang dah sering camping, kelengkapan memang cukup. Justeru rasa tak betah duduk di rumah bila tiba cuti panjang. Pasti ada sahaja campsite baru yang hendak dicuba.
Sudah kali ke-lapan camping, Alya Sarahani berkongsi pengalaman camping di One Ground Greenhill, Cameron Highland ketika cuti perayaan Tahun Baru Cina baru-baru ini. merupakan kali kedua pacak khemah di tanah rata, menurut wanita ini, perkhemahan mereka yang turut disertai rakan camper yang lain juga merupakan sambutan hari ulang tahun anaknya yang berusia enam tahun.
Menurut Alya juga lokasi campsite yang dipilih ini juga berdekatan dengan pasar malam, jadi lebih mudah untuk membeli barangan keperluan sepanjang perkhemahan. Wanita ini juga turut berkongsi fasiliti yang terdapat di tapak perkhemahan tersebut.
CAMPING DI ONE GROUND GREENHILL, CAMERON HIGHLAND
4H3M , 22-25 JAN 2023
On this trip, we chose One Ground Greenhill Cameron Highland as our 8th place to camp. This is our 2nd time camping in Tanah Rata. Since its a Chinese New Year holiday, we take advantage to go camping with our kids and also friends. It is also my son, Aiden Harez 6th birthday.
There is also a night market distance 1km away from the campsite and operates every Friday to Sunday and Public Holidays.
Campsite review :
– tandas jenis duduk & squat shower disediakan
– co sangat peramah & baik serta sangat mengambil berat tentang campers
– check in 2pm check out 12pm
– angin yang kuat seperti duduk di tepi pantai
– terdapat plugpoint di kaunter reception serta bersebelahan tandas
– telco line available
– wagon friendly
– wagon disediakan
– ada helper yang akan bantu utk angkat barang
– tapak agak berlecak jika hujan ini kerana rumput yang baru ditanam belum sepenuh nya tumbuh
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...