Anda pernah datang tak floating market di Kompleks JPS Perlis denai Pengkalan Asam Perlis? Haaa… jangan terkejut, pasar terapung ni terletak di JPS Perlis, Kangar. Boleh lah sesekali nak merasa ala-ala masuk Hatyai.
Di sini ada lebih kurang 10 bot yang menjual pelbagai jenis makanan. Jadi kalau rasa susah sangat nak masuk Thailand, datang sahaja ke Pasar Terapung dekat Perlis ini.
Syok juga datang sini makanan sedap-sedap tempat lawa nak ootd. Owh ya, anda boleh join aktiviti yang ada di sini juga.
Katanya kat sini buka pada hari Sabtu Ahad sahaja, jangan lupa singgah floating market di Perlis ini, ya!
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Gunung Everest Boleh Tenggelam Jika Diletakkan Di Jurang Mariana Terdalam Di Dunia
Lautan dan hidupannya adalah sesuatu yang sangat misteri untuk kita. Kebanyakan daripada kita sering tertanya-tanya apa yang ada di bawah permukaan lautan yang luas, dalam dan gelap itu? Malah tidak kurang ada juga di antara kita yang sedang terfikir bagaimanakah rupa atau bentuk muka bumi sebenar di bawah lautan?
Jurang Mariana yang terletak di dasar Lautan Pasifik di timur dan selatan Kepulauan Mariana, di timur Mindanao, Filipina ini merupakan lokasi paling dalam pada permukaan kerak bumi. Jurang ini meliputi setengah kawasan lautan di selatan Filipina dan ditemui oleh pemerintah Sepanyol yang memerintah Filipina ketika itu.Jurang tersebut membentuk sempadan antara dua plat tektonik antara Plat Pasifik dan Plat Filipina.
Bahagian The Challenger Deep adalah lokasi paling terkenal di lautan bumi di mana ia jauh lebih dalam dari aras laut daripada ketinggian Gunung Everest di atas aras laut (8,848m/29,028ka). Ini bermakna, Gunung Everest pun akan tenggelam sekiranya ditempatkan di The Challenger Deep!
Bahagian dasar laut di situ menerima tekanan sehingga setinggi 108.6 MPa, lebih seribu kali tekanan atmosfera piawai pada aras laut. Ukuran kedalaman pertama Jurang Mariana dibuat oleh kajian kapal British HMS Challenger, yang telah digunakan oleh Tentera Laut Diraja pada tahun 1875 untuk menjalankan penyelidikan ke aras jurang yang sama. Kedalaman paling besar dicatatkan pada masa itu adalah 8,184 meter (26.850 kaki). Pada tahun 1951, sebuah lagi kapal Tentera Laut Diraja, juga dinamakan “HMS Challenger,” kembali ke jurang itu untuk melakukan pengukuran tambahan.
Mereka mendapati lokasi yang lebih dalam dengan kedalaman 10,900 meter (35,760 kaki) ditentukan oleh echo bunyi. The Challenger Deep dinamakan selepas kapal Royal Navy membuat pengukuran ini. Pada tahun 2009, pemetaan sonar dilakukan oleh penyelidik di atas kapal RV Kilo Moana, yang dikendalikan oleh Universiti Hawaii.Pengukuran terbaharu dilakukan oleh Pusat Pemetaan Coastal & Ocean Amerika Syarikat pada tahun 2010, di mana hasilnya mencatatkan kedalaman sehingga 10.994 meter!
Antara hidupan yang ditemui di Jurang Marina
Susunan: Mohd Zulfadli Ahmad Mazaki
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Naik ATV & Bagi Enggang Makan. Aktiviti Berbeza Boleh Buat Di Pangkor Selain Mandi Laut
Pulau Pangkor terletak di perairan Selat Melaka di Perak merupakan salah satu destinasi pelancongan utama di Malaysia. Pulau Pangkor cukup strategik buat mereka yang ingin bercuti ke pulau walaupun pada musim tengkujuh. Pulau Pangkor dikatakan berasal daripada bahasa Siam iaitu Pang Koh bermakna 'pulau yang cantik'.
Pulau ini kecil sahaja, malah pengunjung sebenarnya boleh melawat ke semua tarikan Pangkor dalam masa setengah hari sahaja. Destinasi ini boleh dijelajahi dengan berjalan kaki atau menggunakan kenderaan.Pulau Pangkor, lokasi ideal jika anda hanya mempunyai tempoh yang pendek untuk bercuti. Walaupun singkat, percutian anda akan penuh dengan aktiviti menarik.
Dah nama pun ke pulau, mestilah aktiviti air yang akan kita buat. Tetapi sebenarnya di Pulau Pangkor ada lebih daripada itu. Cuba aktiviti lain seperti yang dikongsikan oleh saudara Fariz Ali ini jika ke Pangkor.
- INILAH AKTIVITI NO.1 DI PULAU PANGKOR!
Terus terang saya katakan aktiviti no. 1 yang harus anda lakukan apabila berada di Pulau Pangkor adalah BERI BURUNG ENGGANG MAKAN!! Yaaa, anda tidak silap dengar. Burung Enggang. Burung yang biasanya sinonim dengan Negeri Sarawak. Namun, di Pulau Pangkor, burung ini hidup bebas di hutan belantaranya. Anak-anak saya yang baru pertama kali melihat spesies burung ini, persoalan pertama mereka adalah. ‘’Kenapa burung ini pakai kotak kat mulut dia??’’ Manakan tidak, burung ini amat unik kerana bentuk paruhnya. Lokasi untuk melakukan aktiviti ini adalah di Sunset View Chalet, Teluk Nipah. Boleh dilakukan setiap hari pada pukul 630pm.
Menurut Pak Din, seorang penjinak burung Enggang di sini, merangkap pemilik Sunset View Chalet, aktiviti ini telah dimulakan oleh bapa beliau lagi & ianya menjadi rutin seharian keluarga mereka. Makanan burungnya mudah sahaja, pisang! Sebelum bermula aktiviti ini, anda sudah boleh melihat burung-burung ini mula memenuhi ruang legar udara & bertenggek di tiang-tinag elektrik menunggu masa untuk makan. Tidak keterlaluan untuk saya katakan, anda masih belum sampai Pulau Pangkor jika tidak bertemu dengan burung Enggang ini.
Hornbill Feeding, Sunset View Chalet, Lot 4461, Teluk Nipah, Pulau Pangkor
Waktu aktiviti : Setiap hari, 6.30 petang
- MEREDAH BELANTARA PANGKOR DENGAN ATV
Bertempat di Teluk Nipah, anda boleh menaiki ATV untuk menyelusuri belantara di Pulau Pangkor. Yang lebih menarik lagi, budak2 juga dibenarkan untuk naik bersama! Jika anda ingin menaiki ATV berdua, pilihlah saiz ATV yang lebih besar. Dengan harga pakej RM150 untuk setiap ATV, anda akan dibawa menyelusuri hutan belantara bermula di Teluk Nipah dan berakhir di Teluk Dalam sebelum menamatkan aktiviti.
Trek laluannya mempunyai 3 perhentian. Laluan pertama lebih kepada membiasakan diri dengan jentera ATV di laluan denai hutan. Laluan kedua pula diakui sebagai laluan yang paling sukar di antara semua laluan. Di sini, pemanduan anda akan diuji dengan laluan berbukit yang agak curam dan jalan yang berlubang dan berbecak. Jangan risau, akan ada penunjuk ajar…ikut sahaja teknik pemanduan yang diajar. Laluan ketiga, lebih kepada laluan santai. Anda akan dibawa melalui jalan tar berlatarbelakangkan pemandangan di tepian pantai Teluk Dalam. Sungguh indah. Seperti biasa, anak-anak memang teruja dapat naik ATV. Berangin lebih katanya.
ATV Adventure Pangkor, 6610, Teluk Nipah, 32300 Pulau Pangkor, Perak
Jom cuti-cuti Malaysia!
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Bercuti Ke Surabaya Selama 3 Hari, Pencinta Alam Sesuai Pergi Sini
Pernah tak berniat nak ke Surabaya, Indonesia untuk bercuti bersama keluarga dan kawan-kawan?
Haa.. . kat sini anda boleh tengok pemandangan indah, bukan hanya air terjun tetapi juga kawasan gunung di sana. Jom baca pengalaman Eirra Artikah bersama sepupunya ke Kota Pahlawan.
Bercuti Ke Surabaya, Indonesia
Ini adalah jadual perjalanan bercuti 3 hari 2 malam ke Kota Surabaya yang terletak di Indonesia.
Untuk pengetahuan korang, tiket kapal terbang pergi dan balik untuk ke Surabaya hanya memerlukan RM 265 sahaja, murah kan?
Dalam pada itu, harga penginapan hotel di sana juga sangat berpatutan untuk 2 malam iaitu RM 160.83.
Destinasi dan jadual perjalanan ini sesuai untuk mereka yang gemar bercuti secara ‘backpackers‘ dan suka akan keindahan alam semula jadi di sana.
Hari pertama
Bermulalah hari pertama, perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kota Surabaya yang hanya mengambil masa 2 jam lebih sahaja.
Setibanya di Kota Surabaya yang terkenal dengan gelaran Kota Pahlawan, anda boleh mula daftar masuk ke hotel yang sudah ditempah.
Pengangkutan untuk ke Kota Malang boleh menggunakan pengangkutan peribadi yang perlu dibayar servisnya sebanyak RM 45 untuk seorang.
Ketika perjalanan ke Kota Malang, anda akan dapat melihat permandangan gunung yang banyak dan cantik.
Dari segi makanan pula, tidak memakan kos yang banyak kerana harga sangat murah, contohnya nasi lalap yang berharga RM3 sahaja. Berbaloi kan!
Hari kedua
Anda boleh ke beberapa destinasi menarik seperti Semeru Street View, Kali Kebo, Sarkawi, Jeep Splash Water View Semeru, dan Panorama Air Terjun Kapas Biru.
Untuk ke Air Terjun Tumpak Sewu pula, korang perlu mendaki sedikit untuk sampai ke atas dan dapatlah menikmati pemandangan yang indah.
Kos perbelanjaan untuk ke destinasi- destinasi berkenaan hanya memerlukan RM 215.46 untuk seorang sahaja.
Di sebelah petang pula, korang boleh menaiki pengangkutan ‘angkot’ yang dperlu dibayar 5000 rupiah iaitu RM1.51 sahaja untuk ke pekan kecil di Kota Malang.
Hari ketiga
Untuk mereka yang suka dengan keindahan gunung-gunung, wajib ke Gunung Bromo yang mempunyai banyak tarikan menarik.
Malah, kos perbelanjaan sewaktu di sana juga hanya memerlukan sebanyak RM 105.45 sahaja, murah kan!
Tambahan, korang tidak perlu risau dengan harga makanan kerana sate dan bakso hanya RM 8 sahaja.
Di Gunung Bromo, anda dapat melihat ‘sunrise point‘ yang memerlukan korang untuk mendaki, kawasan Kawah Bromo, Pasir Bersisik dan Savana serta Bukit Teletubbies.
Tambahan, korang tidak perlu risau dengan harga makanan kerana sate dan bakso hanya RM 8 sahaja.
Selesai di Gunung Bromo, anda akan daftar keluar dari hotel untuk meneruskan perjalanan ke Kampung Tridi yang perlu dibayar serendah RM 0.90.
Ini merupakan salah satu destinasi wajib bagi pelancong yang bercuti ke Surabaya kerana di Kampung Tridi terkenal dengan rumah yang warna warni serta laluan yang dihiasi grafiti.
Bergerak Menggunakan Angkot
Seterusnya, untuk ke Kota Surabaya semula anda perlu menggunakan ‘angkot’ tetapi perlu berhati-hati untuk tidak mudah tertipu dengan harga yang diberi.
Bukan itu sahaja, untuk melancong ke negara jiran korang juga perlu pandai berbahasa Indonesia sekurang-kurangnya asas, ini dapat memudahkan proses tawar menawar sewaktu di sana.
Tunjungan Street pula merupakan syurga makanan buat pelancong kerana segala jenis makanan ada terdapat di sana.
Sebagai contoh, mee ayam, bakso, pentolan, ayam geprek dan banyak lagi, malah harganya juga lebih murah berbanding di Malaysia.
Ada Tempat Membeli Cenderamata
Meneruskan lagi perjalanan ke Pasar Kodam Brajiwiya untuk mencari cenderamata, anda boleh menaiki pengangkutan ‘gojek’ iaitu yang berharga RM10.
Selesai sudah percutian hari ketiga di Kota Surabaya dan untuk ke lapangan terbang, korang boleh menggunakan ‘gojek’ yang berharga RM17.65.
Bagi keseluruhan kos perbelanjaan di sana, anda hanya perlu berbelanja sebanyak RM1,200 sahaja kerana sudah cukup untuk meneroka Kota Surabaya.
Tip penting
Untuk penggunaan Simkad korang hanya perlu aktifkan data roaming sahaja iaitu RM20 untuk seminggu, jangan lupa aktifkan sebelum menaiki kapal terbang, ya.
Sebelum ke Gunung Bromo dan Tumpak Sewu, anda kena mencari pemandu pelancong dan hotel bagi mengelakkan kelam kabut di kemudian hari.
Selamat bercuti ke negara luar, gais!
Kredit: Eirra Artikah
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI