Pengecualian cukai pelancongan bagi tempoh bermula 1 Julai 2020 hingga 30 Jun 2021 adalah antara langkah diputuskan kerajaan untuk mengaktifkan semula industri pelancongan di negara kita.
Selain itu kerajaan juga memberi penangguhan bayaran ansuran anggaran cukai ke atas industri pelancongan seperti agensi pelancongan, pengusaha hotel dan syarikat penerbangan sehingga hujung tahun ini. Pengecualian cukai ke atas perkhidmatan penginapan turut diberi mulai 1 September hingga 30 Jun tahun depan. Paling menarik untuk orang awam adalah pelepasan cukai pendapatan individu sehingga RM1,000 ke atas perbelanjaan melancong dalam negara, yang telah diberikan (sebelum ini) dilanjutkan sehingga 31 Disember 2021.
image via google
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Pendaki Otai Malaysia Ini Bengang Dengan ‘Organizer’ Dari Luar Negara. Sebab Apa?
Di kalangan pendaki tegar di Malaysia, mesti kenal dengan nama Aznal Bakesh Ahmad Nazari atau lebih mesra dengan panggilan Pak Nal. Pak Nal ni salah seorang gogo yang ternama juga di Malaysia tetapi pada zahir siapa yang berjumpa dengan beliau, humble sahaja orangnya.
Sebagai seorang gogo, memang menjadi periuk nasi mereka untuk membawa pendaki tidak kira dari dalam mahupun luar negara untuk mendaki gunung. Tak kisah di Malaysia ataupun gunung-gunung di negara luar.
Bagi siapa yang tak tahu, gogo ni merupakan satu istilah atau jargon dikalangan pendaki yang membawa maksud seseorang yang organize sesuatu trip terutamanya mendaki.
Gogo ni akan bertanggungjawab terhadap semua perkara bermula dari tarikh trip, route pendakian, kelengkapan, penginapan, makanan, keanggotaan trip, kesihatan dan keselamatan peserta dan sebagainya. Makna kata, gogo ni yang akan in-charge segalanya berkenaan trip tersebut. Peserta ni macam client, hanya sediakan wang secukupnya dan upah pada gogo untuk selesaikan segalanya.
Sejak beberapa ketika kebelakangan ini, terjadi satu trend di mana ada gogo dari luar negara mula mengganggu market dalam Malaysia. Mereka mula masuk ke pasaran Malaysia secara terbuka dan menawarkan harga yang cukup murah dan kadang-kadang harga tersebut tidak masuk akal.
Perkara ini yang menimbulkan kemarahan Pak Nal serta rakan-rakan yang lain. Dalam posting Facebook Pak Nal, beliau mempersoalkan, pernah ke gogo Malaysia menawarkan trip di dalam page atau group pendaki negara luar?
Malah, Pak Nal turut mempersoalkan bahawa gogo dan pendaki kita yang selalu terhegeh-hegeh untuk pergi mendaki di negara luar dan tiada siapa pendaki luar negara yang sudi untuk bertandang ke gunung Malaysia.
Libur sempat untuk berhubung dengan Pak Nal untuk bertanya tentang perkara ini. Perbualan melalui whatsapp bersama Pak Nal menjelaskan bahawa promosi gogo dari luar negara ini menjejaskan sumber pendapatan mereka sebagai gogo tempatan.
Tambah Pak Nal, antara penyebab lain yang menyumbang kepada kebejatan pasaran mendaki di Malaysia adalah gogo tempatan masih belum bersedia untuk bersaing dengan gogo dari luar negara, tidak kira daripada segi promosi mahupun servis yang cemerlang.
Servis yang dihasilkan oleh kebanyakkan gogo dari Malaysia masih berada di tahap yang ‘biasa-biasa’. Yang betul mampu menyediakan servis terbaik kepada pendaki boleh dibilang dengan jari. Ini berbeza dengan keadaan yang berlaku di kalangan gogo dari negara luar.
Libur masih teringat perbualan bersama sahabat-sahabat mendaki yang lain apabila pergi mendaki di Indonesia, waktu sarapan pagi di atas gunung, gogo Indonesia siap tatang pinggan sarapan ke depan muka pintu khemah kita! Kalau nak keluar khemah tu siap nak pasangkan kasut ke kaki kita, layan kita macam raja!
Ada ke gogo Malaysia yang sanggup buat hingga ke tahap itu?
Jadi melalui keresahan yang ditonjolkan Pak Nal, ada dua pengajaran yang kita boleh dapat daripada otai ini. Pertama, kalau kita tak jaga pasaran negara kita sendiri, orang luar dengan mudah potong periuk nasi kita. Yang kedua, kalau kita tak tingkatkan promosi dan mutu kualiti servis kita kepada pelanggan, nescaya industri pendakian dalam negara kita sendiri akan berada di takuk yang sama, tiada perubahan. Macam mana pelancong nak datang, kan?
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Legoland Malaysia Hasil 5 Mural Lego ‘Frontliner’ Guna 150,000 Bongkah Lego. Istimewa ‘Barisan Hadapan’ Ada Pakej Menarik Menanti Anda!
Legoland Malaysia Resort tampil dengan lima mural khas diperbuat daripada 150,000 bongkah lego, ditujukan kepada petugas barisan hadapan yang bertungkus lumus menangani pandemik COVID-19 di Malaysia.
Mural berukuran sebesar saiz sebenar itu yang memaparkan wajah para doktor, polis, tentera, pengamal media, pekerja pembersihan dan penghantar barangan termasuk makanan itu, dihasilkan oleh kakitangan Legoland Malaysia dengan bantuan komuniti Malaysian Lego Buildiing. Proses penghasilan mural ini mengambil masa selama sembilan hari.
Perasmian program itu disempurnakan oleh Menteri Besar Johor Datuk Ir Hasni Mohammad. Turut hadir ialah Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri dan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba.
- Seiring dengan penghargaan itu, Legoland Malaysia Resort juga menyerahkan 3,000 tiket akses ke taman tema itu kepada lima jabatan kerajaan iaitu Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia, Jabatan Kesihatan negeri serta kerajaan Johor. Legoland Malaysia juga memberikan mereka promosi potongan penginapan sebanyak 50 peratus untuk tiket masuk ke taman tema atau menginap di Hotel Legoland.
Sementara itu, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri dalam ucapan pada majlis itu berkata, pembukaan semula 13 subsektor pelancongan negara pada ketika ini adalah hasil kecekalan petugas barisan hadapan negara dan kerjasama rakyat dalam menangani COVID-19.
"Bertitik tolak daripada itu, saya yakin dengan penekanan kepada sektor pelancongan domestik yang mengorak langkah sejak dua bulan lepas, dapat dirancakkan dengan lebih agresif oleh semua pihak, lebih-lebih lagi pengusaha dan penggiat industri pelancongan dan kebudayaan di negara ini," katanya.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tempoh Sah Kredit Penumpang AirAsia Dilanjutkan Sehingga Dua Tahun
AirAisa kini melanjutkan tempoh sah Akaun Kredit sehingga 730 hari atau dua tahun berbanding tempoh setahun yang diberikan sebelum ini.
- Selain itu, penumpang juga diberi pilihan pertukaran penerbangan tanpa had.
- AirAsia berkata, penumpang yang mempunyai tempahan penerbangan sedia ada dibuat pada atau sebelum 17 April 2020 dengan tarikh perlepasan antara 23 Mac 2020 dan 30 Jun 2020 kini boleh membuat beberapa pilihan.
- Antara pilihan yang diberi adalah pertukaran tarikh penerbangan tanpa had meliputi menukar tarikh penerbangan sebelum 31 Oktober 2020 di laluan yang sama tanpa had dan tanpa bayaran tambahan tertakluk kepada ketersediaan tempat duduk.
- Selain itu, penumpang juga boleh mengekalkan nilai tambang tempahan ke dalam akaun Ahli AirAsia BIG yang boleh ditebus dalam masa dua tahun.
April lalu, menerusi kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif Air Asia Group Bhd, Tan Sri Tony Fernandes berkata syarikat penerbangan tambang rendah, AirAsia menyarankan para pelanggan yang terjejas agar penerima tawaran kredit bukannya menuntut bayaran balik bagi penerbangan yang dibatalkan kerana wabak COVID-19. Sehingga kini lebih 80 peratus pelanggan telah menerima tawaran kredit sebagai alternatif. Walaupun pihaknya amat mengharapkan pelanggan menerima tawaran kredit, AirAsia masih menerima permohonan untuk pembayaran balik mengikut kes.
“Saya tahu ramai di antara anda telah menyatakan kekecewaan kerana tidak menerima bayaran balik untuk penerbangan anda tetapi saya menyarankan anda untuk menerima kredit sebagai alternatif terbaik. Lebih daripada 80 peratus daripada anda telah menerima tawaran kredit kami dan kami benar-benar menghargai ini,” katanya dalam satu kenyataan bulan April di Facebook rasmi AirAsia.
Sumber: hmetro
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI