Seronok tengok orang kongsi gambar ‘travel’ di sosial media. Makin kreatif dan pelbagai gambar-gambar serta video yang diambil. Menjadi fenomena dan tren hari ini dalam kalangan kaki travel akan membawa gajet seperti dron. Katanya kepuasan lebih dapat jika mempunyai hasil foto atau video sudut gambar yang pelbagai.
Yela, mana tidaknya bukan kita selalu dapat datang kembali ke destinasi-destinasi pelancongan yang kita jejak itu kan? Ada betulnya juga. Tetapi sebelum membuat pertimbangan untuk membeli dron sebagai gajet untuk anda travel. Semak tip daripada iluminasiini terlebih dahulu.
Tujuan
Setiap orang pastinya mempunyai tujuan tertentu untuk membeli dron. Adakah anda mahu mengambil video atau gambar? Atau sekadar suka-suka? Adakah dron tersebut akan digunakan di luar (outdoor) atau dalam bangunan (indoor) sahaja? Bagi kegunaan dalam bangunan, dron bersaiz kecil sudah memadai manakala bagi kegunaan luar, dron bersaiz besar lebih digalakkan kerana perlu mengambil kira faktor lain seperti kelajuan angin dan ketahanannya.
Selain itu, ketahui tahap skil anda. Bagi dron asas, biasanya ia lebih mudah dikawal dan sesetengahnya membolehkan anda mengawal menggunakan telefon bimbit. Dron untuk pengguna baru biasanya lebih mudah dikawal dan tidak terlalu teknikal. Bagi dron yang lebih canggih, biasanya ia akan menggunakan alat kawalan jauh dan lebih sukar dikawal pada awalnya.
Jenis Kamera
Ads
Antara fungsi utama yang biasanya perlu dipertimbangkan adalah kualiti kamera. Adakah anda memerlukan kamera atau tidak? Sekiranya tidak memerlukan kamera, lebih baik dapatkan sahaja dron yang tidak didatangkan sekali dengan kamera kerana harganya jauh lebih murah berbanding yang mempunyai kamera. Selan itu, ada juga dron yang tidak mempunyai fungsi kamera terbina (built-in) tetapi mempunyai ruang khas untuk anda meletakkan kamera aksi (action camera) padanya.
Kualiti gambar kamera dron juga perlu diberi perhatian. Kamera dengan kualiti gambar dan video HD, harganya tentulah lebih mahal. Dron yang lebih mahal juga biasanya dilengkapi aksesori gimbal yang membolehkan anda mengambil gambar dan merakam video dalam keadaan stabil.
Jangka Hayat Tempoh Bateri
Ads
Selain kamera, ketahanan bateri adalah satu lagi perkara yang mesti diambil kira. ‘Flight time’ adalah istilah yang biasanya digunakan untuk membandingkan ketahanan bateri sesuatu dron. Dron yang lebih murah biasanya boleh terbang selama 7 minit atau kurang dengan sekali caj bateri. Dron yang lebih mahal dan bagus pula boleh terbang lebih lama, sekitar 20 minit atau lebih.
Bagi yang berkemampuan, anda juga boleh membeli bateri tambahan yang dijual secara berasingan. Walau bagaimanapun, anda perlu mengambil kira kos tambahan pembelian bateri tambahan tersebut. Belilah mengikut kegunaan anda.
GPS
Ads
Bagi pengguna biasa, fungsi GPS mungkin tidak diperlukan. Bagi pengguna lebih profesional, fungsi ini membolehkan anda mengetahui lokasi (coordinate) setiap gambar yang dirakam. Biasanya dron dengan GPS ini mempunyai beberapa mode yang lebih canggih, antaranya mode Return-to-home (RTH) dan mode Follow-Me.
Mode RTH adalah mode navigasi yang membantu anda kembali ke tempat asal sekiranya anda tersesat. Sementara itu, mode Follow-Me pula membolehkan dron anda mengikuti dan merakam video anda secara automatik tanpa kawalan anda ketika anda sedang melakukan aktiviti lasak seperti bersukan dan hiking.
Bajet
Kalau ikutkan nafsu, segalanya kita mahukan yang terbaik, daripada kualiti kamera, GPS sehinggalah kepada ketahanan bateri. Oleh itu, ketahui bajet anda. Berapakah anda sanggup melabur untuk sebuah dron? Berbaloikan membeli dron yang mahal sekiranya hanya membeli sekadar suka-suka dan bukan kerana minat?
Kalau nak dapatkan shot-shot menarik ketika percutian anda, tepuk dada tanya selera!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Bila nampak orang lain hiking bukit atau gunung, perasaan dalam diri pasti mahu ingin turut serta. Tapi jika lihat pada peralatan yang mereka bawa, kebanyakkan serba serbi lengkap dan memudahkan perjalanan mereka ketika mendaki atau memanjat.
Perasan tak ada sesetengah orang mendaki bukit broga atau bukit tabur mahupun gunung-ganang tapi menggunakan seluar jeans, seluar slack, seluar elastik mahupun legging. Adakah jenis seluar seperti itu sesuai untuk anda melakukan aktiviti hiking ini? Untuk melancarkan perjalanan hiking anda, terdapat tujuh ciri seluar yang amat sesuai untuk anda cari dan guna ketika melakukan aktiviti lasak ini. Jom kita usha apa ciri yang sesuai untuk mencari seluar yang lebih selesa dan tahan lasak.
1. Cepat Kering
Air adalah musuh utama kepada pendaki bukit mahupun gunung. Pada kaki hiking, apabila pakaian anda basah, berat akan bertambah dan membuatkan diri anda berasa cepat penat. Setiap kuantiti air pada seluar membawa memberi beban kepada kaki hiking. Ciri QUICK-DRY ini WAJIB ada pada seluar kaki hiking. Ia lebih mudah dan cepat kering walaupun trip anda itu banyak kawasan air atau air terjun.
2. Tidak Mudah Serap Air
Cuaca Malaysia pada masa ini tidak menentu, sekejap hujan, sekejap panas dan bulan ini sahaja hujan berpanjangan di beberapa tempat. Ciri ini amat membantu anda untuk mengelakkan seluar hiking anda basah kerana hujan semasa mendaki.
3. Elastik
Ciri elastik bukan setakat membantu pendaki melangkah besar dengan yakin, ianya juga amat membantu dalam dakian yang mana laluannya banyak ranting-ranting dan duri tajam. Seluar yang tidak elastik pasti akan terkoyak dengan mudah! Disarankan “Stretcheable Polyester” kerana kain cotton biasa amat mudah terkoyak dalam dakian seperti ini.
4. Mudah Dijaga
Lumpur atau kotoran tanah selalunya susah hilang apabila cuci. Untuk memudahkan kamu ketika mendaki, carilah seluar yang mempunyai ciri easy-care kerana ia senang dijaga dan cuci segala kotoran.
5. Ringan
Peralatan yang ringan dan ringkas cukup sinonim dengan kaki hiking. Seluar hiking yang ringan amat membantu pendaki kerana “every gram`s count”! Lagi-lagi bila dah penat nanti, tahu lah nasib anda kat atas tu. Hehe. Seluar hiking Irau dan seluar hiking Oze ini terkenal dengan ciri binaannya yang amat ringan!
6. “Breatheable”
Jangan pelik atau terkejut kalau ada kaki hiking yang pakai seluar yang sama sepanjang trip 3 hari 2 malam. Jika tidur pun dia pakai seluar yang sama dan tak pernah tukar. Seluar ciri ini amat selesa kerana mudah dicuci dan tidak serap kotoran terlalu banyak. Mudah untuk di cuci.
7. Pinggang Getah
Cari yang pinggang ada getah (elastik) separuh pun boleh, asalkan elastik. Ia mengelakkan seluar kamu mudah koyak apabila laluan dakian kamu itu mempunyai liku dan cabaran yang banyak.
Ramai yang menjadikan hobi membela haiwan peliharaan di rumah sebagai terapi diri. Antara haiwan yang paling popular untuk dipeliharan adalah ikan hiasan. Selain cantik, ikan hiasan jugak dikatakan antara haiwan yang mudah dijaga berbanding haiwan peliharaan di rumah. Namun ia bergantung kepada jenis ikan yang anda pelihara.
Dalam kalangan peminat ikan hiasan lembah klang, Jalan Pasar, Pudu Kuala Lumpur sudah semestinya menjadi tempat wajib untuk di kunjungi. Ini kerana terdapat pelbagai jenis ikan hiasan yang dijual pada harga yang murah dan mampu milik. Selain aktiviti penjualan ikan hiasan, di sini juga terdapat beberapa kedai yang menjual aksesori hiasan akuarium dengan harga yang ditawarkan jauh lebih murah daripada lokasi lain.
Paling menarik, setiap pagi di sekitar kawasan ini, ikan-ikan telah siap dibungkus dan dijual mengikut harga yang tertera di plastik. Selain ikan, terdapat juga haiwan lain yang dijual di sini seperti kura-kura, ketam, burung dan pokok hiasan. Jangan malu dan segan untuk tawar menawar ya!
Ini perkongsian daripada Farizah Mohamed yang berkesempatan ke lokasi ini.
Ikan hiasan ye, bukan ikan untuk makan.
Guppy 80sen je yang kecil-kecil. Yang besar RM1, beli 10 free 1, ikan koi murah-murah, arowana pun murah. Macam-macam jenis ikan ada.
Siapa yangg minat ikan hiasan, memang wajib datang sini
Seawal 8.30 pagi dah buka, Sabtu Ahad banyak kedai buka. Hari lain banyak yang tutup. Dah bertahun-tahun dah wujud tempat ni.
Selain ikan, benda-benda untuk akuarium pun ada.
Waze je jalan pasar pudu nanti jumpa.
Tapi jaga-jaga kalau park tepi jalan memang selalu kena saman, ada tempat parking disediakan kat tanah lapang depan tu.
INFO tambahan dari kawan-kawan:
Buka setiap hari. Buka 8.30 pagi, tutup 5-6ptg tp tgh hari dah byk kedai tutup. Jadi nak banyak kedai datang pagi
Masuk setiap kedai survey-survey harga dan jenis ikan dulu
Kalau pandai tawar boleh murah lagi
Nak naik LRT boleh, LRT Pudu dekat pastu jalan ikut map sampai ke jalan pasar (landmark dia bangunan biru kat gambar 1st tu: Market Hall)
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Obor-obor beracun atau ‘Portugese Man O War’ ini biasanya mendiami lautan Pasifik namun pernah ditemui di perairan pantai negeri Terengganu sebelum ini.
Obor-obor jenis ini disifatkan antara spesies berbahaya kerana sengatannya boleh menyebabkan kulit melecur, melumpuhkan mangsa dan membawa maut.
Fizikal obor-obor itu yang cantik, kecil seakan plastik dikhuatiri akan menarik minat sesiapa sahaja untuk menyentuhnya. Bagaimana pula jika terkena sengatan obor-obor ini? Apakah yang perlu dilakukan?
Ini ada info pertolongan cemas jika terkena sengatan obor-obor beracun perkongsian daripada saudara Altok Yusri Yusud
Catatan berkenaan dengan “Portugese man o war”/ “Blue Bottle”/ Obor2 karipap biru (budak lab bagi nama) Apa yang ambe tau setakat ini, ambe bukan expert dalam bab ni, tapi tak de pon org yang betul-betul kaji spesis ni di Malaysia (as with lots of other species).
Spesis: Physalia physalis
Walau bagaimanapun, ada pendapat mengatakan ada 2 spesis; Physalia physalis bertaburan di kawasan Lautan Atlantik sana, dan Physalia utriculus, bertaburan di kawasan Lautan Pasifik dan Lautan Hindi.
Kajian genetic menunjukkan P. physalis dari Lautan Atlantik memang berbeza dari spesis di Lautan Pasifik dan di Lautan Pasifik sendiri, terdapat lebih dari satu spesis sebenarnya (Pontin & Cruickshank, 2012)
Kesan sengatan:
Walaupun terdapat kematian yang disebabkan oleh spesis ini, tetapi kebanyakan kematian adalah dilaporkan di kawasan Lautan Atlantik.
Di kawasan Lautan Pasifik, berdasarkan laporan Australian Museum, tidak ada kematian dilaporkan di Southern Hemisphere, walaupan bilangan sengatan yang dilaporkan adalah agak tinggi, terutamanya di Australia (10-50ribu setahun)
Pertolongan cemas sekiranya terkena sengatan:
Basuh kawasan berkenaan dengan air laut.
Basuh juga kawasan berkenaan dengan cuka.
Rendam atau alirkan air panas (>45C) di kawasan berkenaan selama 45 minit.
(Cuka dan air panas ini akan menyahaktifkan dan membasuh jarum-jarum halus cnidae/ nematosis yang dilepaskan oleh organisma ini dan akan menyahaktifkan racun yang dikeluarkan.) Sumber: https://www.smithsonianmag.com/…/urine-luck-vinegar-best-t…/)
Di Australia, mereka menggunakan ais sebagai rawatan pertolongan cemas, menggantikan cuka.
Seterusnya silalah mendapatkan rawatan dari kelinik atau hospital yang berhampiran.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!