Short Trip Ke Ipoh & Gopeng Perak. Ini Cadangan 8 Lokasi Korang Kena Terjah!

Share

Bercuti dalam negara sangat seronok tau. Walaupun tidak ada salji atau musim sejuk, setidak-tidaknya Malaysia mempunyai pemandangan alam semula jadi yang begitu menarik.

Jika mencari-cari destinasi menarik untuk bercuti di negeri Perak, anda dicadangkan untuk singgah di daerah Ipoh dan Gopeng. Terbentang di depan mata keindahan deretan gunung di Banjaran Titiwangsa. Setidak-tidaknya boleh menghilangkan sejenak kekusutan dek kesibukan kehidupan kota. Tidak keterlaluan, buat anda yang menginginkan kelainan dalam jadual percutian singkat, wajarlah berkunjung sendiri ke daerah Ipoh dan Gopeng.

Ini perkongsian daripada facebook saudari Noor Hanim yang sempat berkunjung ke bumi Perak nan indah.

Hi Geng..Nak share sikit pengalaman bercuti ke Perak di daerah Ipoh Dan Gopeng. Di bandar ipoh ni, terdapat banyak atrraction place yang boleh dilawati. Ukiran bangunan-bangunan lama juga menjadi plihan saya untuk berkunjung disini.

  • Railway Station Ipoh
  • Ipoh war memorial
  • Dataran Jam
  • The concubine Line
  • Art of old Tow & Ipoh Heritage
  • Kellie Castle
  • Glamping Park
  • Gua Tempurung

Di daerah Gopeng pula terdapat Glamping Park, bagi mereka yang suka akan suasana kampung bolehlah bermalam disini. Pengalaman tidur di dalam khemah dengan rekaan seperti di Mongolia. Pelbagai aktiviti disediakan disini seperti berbasikal,mandi sungai,hammock. Berdekatan dengan Glamping park ini pula, terdapat Gua Tempurung.
Pengalaman memasuki Gua adalah pengalaman yang tidak dapat saya lupakan.

Oleh
Husna