Nak short trip ke negara Jiran, Singapura sebenarnya tak memerlukan banyak kos, lagi jimat bila pergi dengan bas dari Kuala Lumpur. Spend 2 hari 1 malam kat sana cukup untuk cover hampir semua tempat menarik di Singapura.
Seperti yang dikongsikan oleh Pengguna Facebook Encik Fadhil. Dengan bajet lebih kurang RM300 banyak tempat yang sempat dilawati lelaki ini sepanjang trip 2H1M ke Singapura.
Ikuti perkongsiannya:
SHORT TRIP SINGAPORE 2H1M
Tbs – Larkin sentral tambang RM30.30
Naik Bas CW2 Causeway link dari Larkin sentral ke Queen street terminal tambang RM4.70, Bas akan berhenti di Imigresen Johor & Imigresen Singapore. Isi siap2 arrival card di ICA mobile apps sebelum nak masuk singapore, selesai urusan imigresen naik balik bas yang sama CW2 ke Queen Street Terminal
Sampai Queen street terminal terus jalan kaki ke hostel Atlantis pods area little india. harga 1 mlm RM89.11
Perjalanan kat singapore semuanya menggunakan MRT, tak perlu beli Tourist card hanya menggunakan debit card atau credit card, tapi hari tu guna Bigpay je. total semua selama guna MRT 7.40 SGD / RM23.41
- Internet roaming digi 1gb 5days RM5.00, kat hotel guna wifi je
- Tukar duit 50 SGD / RM157
Tempat menarik di Singapore :
- Masjid sultan
- Kg kelam
- Arab street
- Bugis street
- Marina bay
- Merlion park
- Garden by the bay
Kos :
Tbs – Larkin sentral RM30.30
Larkin sentral – Tbs RM35.00
Larkin sentral – Singapore RM4.70
Singapore – Larkin sentral 4.80 SGD / RM15.00
Hotel RM89.11
Public transpot MRT – RM23.41
Roaming data RM5
Tukar duit singapore 50 SGD / RM157 (ada baki 12 SGD)
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Trip Solo Ke Semporna, Sabah Begitu ‘Sempurna’! Cuti Seorang Diri Lagi Best..
Ada setengah orang sangat mengagungkan pulau-pulau di negara luar. Dia tak tahu dekat Malaysia, lagi-lagi di negeri Sabah banyak pulau-pulau yang turut tersenarai dalam pulau tercantik di dunia. Dunia tau, bukan peringkat daerah ke peringkat negeri.
Hikmah perintah kawalan pergerakan, ramai yang mula sedar bercuti di dalam malaysia tidak kurang menariknya. Meleleh air liur kalau dapat jejak kaki di pulau negara kita ok! Cuba pusing semua pulau dekat dalam negara dulu, baru terjah pulau negara lain tau! Lepas itu anda buat perbandingan sendiri. Kalau di negeri Sabah, boleh pilih untuk bercuti disekitar Semporna. Banyak lokasi menarik yang boleh singgah di sini.
Antara cadangan pulau best yang anda boleh terjah adalah Pulau Bohey Dulang. Pulau ini terbentuk akibat kesan letusan gunung berapi jutaan tahun dahulu. Ia adalah sisa tinggalan gunung berapi seolah-olah kawah yang dibanjiri air laut lalu mewujudkan lagun besar. Kawasan lautnya pula berada pada kedudukan strategik iaitu berkongsi lautan dengan selatan Filipina dan utara Sulawesi.
Ini perkongisan percutian solo saudara Romi Zunaidi ke Semporna, Sabah sebelum PKPB
Solo Travel To Semporna, Isand Hiking
Di sini aku share pengalaman aku ke Semporna pada bulan Ogos yang lepas. Untuk ke Semporna aku menaiki flight dari KLIA2 ke Tawau. Setibanya di Tawau aku sepatutnya menunggu van ke Semporna tetapi mungkin bak kata orang lokal disana kekerapan van kurang disebabkan tak banyak flight time covid dan kekurangan tourist maka tunggu takda van masa tu maka aku tumpang je bas persiaran yang ke Semporna. Kebetulan bas persiaran nak ke Semporna dan bawak group pelancong yang kebetulan satu flight dari KL ke Tawau.
Caj one way sebanyak RM25. Aku stop di area KFC di Pekan Semporna. Pekan Semporna bagi aku tak besar mana. Kalau jalan kaki pusing habis dah satu round. Di Semporna aku menginap di Kuree Hut via booking dot com. Semalam dalam RM50 sahaja dan owner upgrade aku ke bilik Queen Room disebabkan aku seorang sahaja check-in hari tu tanpa sebarang additional caj. Highly recommended. Kalau nak ke jeti Semporna boleh jugak jalan kaki dari sini. Kalau dari Semporna nak balik ke airport Tawau boleh naik van di Shell kat Pekan Semporna. Caj one way RM25.
Aktiviti Pulau di Semporna
Untuk Trip Pulau aku walk in sehari sebelum ke Jetty Semporna cari pakej. Aku takde book online any pakej. Sampai jeti aku survey pakej dan dapat pakej trip one day RM70 (Bohey Dulang, Mantabuan, Sibuan termasuk dengan lunch dan snorkelling).
Seperti semua sedia maklum untuk trip pulau kene book paling lewat sehari sebelum untuk proses pendaftaran dan sebagainya. Untuk trip pulau lain seperti Mabul, Kapalai, Pom-Pom, Timba-Timba dan Mataking termasuk dalam perancangan asal namun kerana ada emergency case aku skip trip pulau ini. Takpa lah tiada rezeki nak cover 7 pulau. Maybe insya allah ada rezeki boleh datang lagi.
Hiking di Semporna
- Misi hiking di Bohey Dulang gagal disebabkan ditutup untuk pendakian kerana petugas mengatakan masalah cuaca dan trek licin.
- Aku sempat juga hiking di Bukit Tengkorak, Semporna. Just book grab dari pekan Semporna dan search ‘ Bukit Tengkorak’. Tambang dalam RM9. Masa hiking di Bukit Tengkorak aku di offer untuk join hiking selepas itu ke Bukit Parapat oleh beberapa kenalan baru yang aku kenal di puncak Bukit Tengkorak.
- Sebenarnya Bukit Parapat tiada langsung dalam plan asal aku bila ke Semporna. Tak tau pulak ada bukit cantik di Semporna. Tak rugi ke Bukit Parapat. Bagi aku view dia cantik cuma nak ke sana susah sikit sebab jauh sikit dan menurut teman aku di Semporna susah nak dapat grab nak ke sini. Kalau sewa kereta senang sikit la. Aku bernasib baik tumpang kereta dorang semua.
- Kalau nak ke sini elakkan petang kalau boleh sebab ramai orang. Macam aku naik dalam 2pm macam tu oklah tak crowded sangat.
- Turun dari Bukit Parapat boleh jalan kaki ke Jeti Anjung Warisan Parapat.
Makanan
- Untuk makluman Pasar Malam Semporna dibuka setiap hari dan tak crowded sangat. Sebelum ini Semporna dipenuhi oleh pelancong luar dan apabila pandemic covid19 melanda dunia, Semporna juga turut terkesan dan kalau korang nak datang sini buat masa ini bagi aku sesuai jugak sebab tak crowded.
- Bagi penggemar seafood aku syorkan juga ke Restaurant Anjung D’Samudera tak jauh dari Jeti Semporna. Kat sini ada pelbagai pilihan menu yang boleh dicuba.
Walaupun hanya cover 3 pulau tetapi bagi pendapat aku yang dulu pernah travel ke Maldives pada tahun 2018 bagi aku Semporna layak digelar ‘Maldives Malaysia’ kerana memang betul bila lihat depan mata memang cantik keindahan pulau-pulau disekitarnya. Kedua-duanya memiliki kecantikan yang tersendiri.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Gadis Ini Kongsi Itinerari Solo Trip Ke Pakistan Jejak Pemandangan Paling Cantik. 12 Hari Yang Terindah, Teruja Semua Tempat Cantik!
Gunung, lembah dan tasik yang ada di Pakistan boleh dikatakan sebagai syurga dunia. Bandar yang wujud di tengah pergunungan pasti akan mengujakan setiap orang yang menjejak kaki ke sana.
Berkesempatan bercuti ke Pakistan pada June yang lalu membuatkan Norzaini Rohaizan Zainudin ingin berkongsi tentang keindahan negara Pakistan yang mungkin ramai tidak mengetahuinya.
Trip selama 12 hari itu tidak sehari pun membosankan percutian solonya ke negara keenam yang mempunyai penduduk teramai di dunia.
Ikuti perkongsiannya:
Cantiknya Pakistan 10-21 June 2022
Alhamdulillah dapat juga ke negara Pakistan. Lama aku berniat nak ke Pakistan. Aku suka kan pemandangan gunung-gunung, view yang luas tanpa bangunan pencakar langit, kampung-kampung yang sangat sederhana. Syahdu ya perasaan dapat tengok tempat macam tu.. happy dan syukur. Dulu aku sanggup ya pergi hiking ke Annapurna base camp (ABC) di Nepal sebab kan nak tengok view tu depan mata. Walaupon bukanlah seorang yang fit, tapi gigih aku training 4 bulan untuk ke sana. Tapi ke Pakistan ini sangat last minit.
Terima kasih kawan-kawan yang aku dah dm tanya-tanya pasal Pakistan. Sangat membantu dan juga membuatkan aku percepatkan trip aku hehe..sis sejenis tak sabar!!
Ok meh aku nak share sikit pasal Pakistan. Siapa yang suka kan view, scenery, landscape.. silalah ke Pakistan. MasyaAllah cantik ya. Lawaaaaaaa sangat!!!… Sepanjang 12 hari di Pakistan, tiada satu hari pon yang membosankan aku.
Ni itinerary pendek je:
Day 1: Arrive Lahore
Day 2: Lahore to Naran (ko akan nampak landscape berubah dari kesibukan kota ke kawasan pergunungan..ishhh sis love )
Day 3: Naran to Skardu (sampai Skardu sila tutup mulut, sebab korang akan tergamam dan ternganga dengan keindahan alam ciptaan tuhan )
Day 4 & 5: Explore Skardu (air terjun, gurun, gunung semua ada)
Day 6: Skardu to Hunza
Day 7: Explore Hunza (petik cherry, Khunjerab border China-Pakistan, Attabad Lake)
Day 8: Hunza to Fairy Meadows (sini merasa la korang naik jeep di jalan yang dikenali sebagai “the most dangerous jeep road”, sila tawakal dan berdoa banyak-banyak. Insyaallah selamat)
Day 9: Explore Fairy Meadows (negeri atas awan..disini korang disajikan dengan view Nanga Parbat yang kadang-kadang malu nak munculkan dirinya)
Day 10: Fairy Meadows to Naran
Day 11: Naran to Lahore
Day 12: Explore Lahore and fly back to Kl at night
Apa yang korang akan bawa balik? Kenangan terindah la wehh.. sangat indah sampai aku belum boleh move on lagi dari Pakistan #posttravelsyndrome
Aku nak tulis secara details akan jadi panjang sangat. Aku ada buat travel video ala-ala daily vlog dekat youtube. So kalau korang nak tengok view and tempat-tempat yang aku pergi, korang boleh search YouTube channel aku “ZainiRohaizan”. Ada 6 episod semuanya. Or korang boleh tekan link bawah ni jelah. Kalau bermanfaat korang sedekah la sikit subscribe, komen, like. TQ in advance
Trip aku memang awesome sangat. Walaupon aku masa tu solo je. Aku join dengan satu family ni, dorang best giler sporting habis. And with the best guide ever (bodek sikit haha) lagilah awesome and smooth je. My trip jadi sangat best, santai, harmoni, happy dan juga berilmu. Gituuu..
Oklah, enjoy gambar-gambar aku di sana. Ada soalan boleh tanya je. Insyaallah aku jawab. Feel free to share this post. TQ
Thanks to my most awesome amazing guide who make sure our trip smooth and beautiful Osama Shahid Bangash
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Lokasi Jalan Kaki Sekitar Ipoh, Bercuti Cara ‘Zero’ Kos
Ini lokasi jalan kaki sekitar Ipoh yang patut anda tahu kalau sudah sampai Perak. Serius, jiwa akan rasa seronok kalau tbercuti tapi dapat jimatkan kos.
Jom baca perkongsian daripada Adda macam mana dia bergerak jalan kaki sahaja waktu sampai Ipoh. Banyak sangat tempat menarik dekat-dekat bandar Ipoh pun, senang!
Lokasi Jalan Kaki Sekitar Ipoh
Buat korang yang plan nak ke Ipoh, tapi masih tah tahu nak hala ke mana, boleh singgah 9 tempat ini ya:
1. Concubane Lane
Pergi sini sebab nak makan street foods yang super sedap! Dan dah tentulah borong souvenir sebagai kenangan. Boleh makan dessert ‘rain drop’ dan ‘ais kepal’ cuaca pulak panas, lega tekak wehh!
2. Kong Heng Square
Bermalam di ‘Hotel Sekeping’ yang terletak di kawasan Kong Heng Square, lagi menjimatkan masa dan tenaga kalau nak berjalan kat Ipoh. Sambil tu aku ronda artisan market dan boutique kat kawasan ini.
3. Little India
Dengar nama pun tahu ia adalah kawasan India. Jalan kaki lebih kurang 10 minit dari Concubane Lane. Ada banyak pilihan restoran masakan india juga kedai menjual pakaian tradisi serta aksesori mereka.
4. Lorong Panglima – Lorong Seni
Lepastu, kami teruskan lagi jalan kaki ke ‘Lorong Panglima’, lorong yang telah dicantikkan dengan lukisan mural. Pilihan para photographer dan mempelai untuk bergambar di sini.
5. Book Xcess
Bukan sekadar Book store bagi si ‘ulat buku’. Malah menjadi port OOTD bagi yang suka bergambar. Setiap sudutnya cantik, memang seronok singgah sini.
6. Birch Memorial Clock Tower
Dibina pada tahun 1909, ini menjadi salah satu bangunan bersejarah kat Ipoh ini. Kami tak lepaskan peluang untuk melihat dengan lebih dekat. Ambil masa 8 minit jalan kaki dari ‘Book Xcess’.
7. Ipoh Railway Station
Keunikan pembinaan bangunan station ini amat mengagumkan. Masih kekal bertahan sehingga kini. 20 minit jalan kaki ke ‘concubane lane’. 1st day sampai kami pergi sini dulu, sebab datang naik keretapi. Baru lah jalan ke tempat lain.
8. Cendol Abang Kacak
Pernah viral kerana si penjual adalah abang kacak yang sado. Ramai artis dan ahli politik pernah singgah pekena cendol kat sini. Amboiii kemain! Aku pun tak lepaskan peluang singgah carik abang kacak. Tapi segan eh nak bergambar dengan dia. Carik cendol cukup lah kan. 🤭 Terletak betul-betul kat kawasan ‘concubane lane’. 2 minit sampai.
9. Cafe Suhaimi
Dah penat berjalan, of course lah lapar kan. Terletak di Jalan Bijeh Timah. Korang kena singgah makan kat sini. Mee kari dia padu weh!! Sebenarnya aku tak plan pergi sini. Masa tu jalan, terus ternampak Cafe Suhaimi ini. Lepas itu cubalah singgah.
Perghh, ini yang bestnya kalau jalan kaki, kita dapat singgah tempat yang tak ada dalam plan kita pun! Tak singgah mana kita nak tahu, tetapi `cafe Suhaimi’ sangat berbaloi. Murah dan sedap!
Jadi, mesti korang rasa tak sabar nak ke Ipoh kan? Save now travel later!
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI