Travel

Sherry Ibrahim Berjaya Menakluki Puncak Gunung Kinabalu Sabah, Tahniah!

Share

Tumpang gembira dengan pencapaian pelakon wanita, Sherry Ibrahim berjaya menakluk puncak Gunung Kinabalu, semalam. Tahniah!

Berjaya sampai ke puncak

Menerusi sebuah posting di Instagram, Sherry berkata, dia tiba di puncak Gunung Kinabalu sebelum matahari terbit sekitar pukul 6 pagi selain disambut dengan kemunculan pelangi yang indah.

Tambah Sherry, perjalanan ke puncak bukan hanya tentang cara pendakian sahaja tetapi lebih kepada menguji ketahanan fizikal serta mental.

7 Julai 2024, syukur Alhamdulillah Sherry okay, Sherry berjaya. Saya berjaya sampai ke puncak sebelum matahari terbit dan melihat pelangi yang indah selepas hujan.

Perjalanan ke puncak ini lebih daripada sekadar pendakian fizikal. Ia menguji ketahanan, keazaman dan daya tahan yang mendorong kekuatan saya secara fizikal dan mental.

Bercerita lebih lanjut, pelakon ‘Dunia Baru’ ini memberitahu pendakian tersebut merupakan pengalaman pertama dan terakhirnya mendaki gunung tertinggi di Asia Tenggara itu.

Ujar Sherry lagi, kakinya tidak lagi merasa dapat menjejak tanah ketika turun ke kaki gunung tersebut.

Kenali kawan baru saya dan mereka semuanya kuat dan luar biasa. Pada akhirnya bukan gunung yang kita takluki tetapi diri kita sendiri. Ini pertama dan terakhir ya ‘Mr Akinablu’ (Gunung Kinabalu) dan saya tak dapat ‘rasa’ kaki saya sepanjang perjalanan turun dari gunung.

Terdahulu, Sherry memohon doa daripada pengikutnya di Instagram agar pendakiannya ke puncak Gunung Kinabalu berjalan lancar.

Sumber: Sherry Ibrahim

Oleh
Nadia