
Tumpang gembira dengan pencapaian pelakon wanita, Sherry Ibrahim berjaya menakluk puncak Gunung Kinabalu, semalam. Tahniah!
Berjaya sampai ke puncak
Menerusi sebuah posting di Instagram, Sherry berkata, dia tiba di puncak Gunung Kinabalu sebelum matahari terbit sekitar pukul 6 pagi selain disambut dengan kemunculan pelangi yang indah.
Tambah Sherry, perjalanan ke puncak bukan hanya tentang cara pendakian sahaja tetapi lebih kepada menguji ketahanan fizikal serta mental.
7 Julai 2024, syukur Alhamdulillah Sherry okay, Sherry berjaya. Saya berjaya sampai ke puncak sebelum matahari terbit dan melihat pelangi yang indah selepas hujan.
Perjalanan ke puncak ini lebih daripada sekadar pendakian fizikal. Ia menguji ketahanan, keazaman dan daya tahan yang mendorong kekuatan saya secara fizikal dan mental.
Bercerita lebih lanjut, pelakon ‘Dunia Baru’ ini memberitahu pendakian tersebut merupakan pengalaman pertama dan terakhirnya mendaki gunung tertinggi di Asia Tenggara itu.
Ujar Sherry lagi, kakinya tidak lagi merasa dapat menjejak tanah ketika turun ke kaki gunung tersebut.
Kenali kawan baru saya dan mereka semuanya kuat dan luar biasa. Pada akhirnya bukan gunung yang kita takluki tetapi diri kita sendiri. Ini pertama dan terakhir ya ‘Mr Akinablu’ (Gunung Kinabalu) dan saya tak dapat ‘rasa’ kaki saya sepanjang perjalanan turun dari gunung.
Terdahulu, Sherry memohon doa daripada pengikutnya di Instagram agar pendakiannya ke puncak Gunung Kinabalu berjalan lancar.
Sumber: Sherry Ibrahim
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Itinerari: Sisi Unik Trip Backpack 4 Hari Ke Siem Reap, Cambodia

Cambodia seperti yang diketahuai ramai penuh dengan kejutan dari segi sejarah, tamadun, seni bina, hiburan, makanan dan sebagainya. Setiap seni binanya berbeza malah sebahagian keaslian budaya manusia dijaga hingga ke hari ini.
Di sini tersergam indah dan kukuh Angkor Wat, kuil Buddha terkenal di dunia. Angkor Wat merupakan candi gemilang abad ke-12 yang dianggap bangunan keagamaan terbesar di dunia dan terletak dalam kawasan perhutanan yang tebal kini Tapak Warisan Dunia Unesco.
Jika anda teringin ke Seam Reap dan gemar percutiaan ala backpakers, perkongsian info dan itinerari daripada Romi Zunaidi ini bakal membantu.
Itinerary Backpackers to Siem Reap
- 4hari 3malam – Solo Traveller (06-09 Feb 2020). Total all : RM766 (tidak termasuk belanja makan & shopping)
- Flight Ticket : KL-Siem Reap-KL = RM188
- Penginapan : TravellerHome Angkor Guesthouse. Private room with pool. 10 USD per night. Bilik untuk 2org.
Day 1 (Khamis 06 Feb 2020)
KLIA2 – Siem Reap (6.45am – 7.50am).
Beli Sim Card 5USD 19GB
Free Airport Transfer ke Guesthouse.
Check in TravellerHome Angkor Guesthouse
Sewa motor per day 8usd
Isi minyak moto 3usd (banyak balance)
Lotus Farm 0.5usd (atas sumbangan)
Tonle Sap (Lepak di jetty sahaja)
Angkor Silk Farm (free)
Lunch di The Siem Reap Backpackers Restaurant
Cambodia Primary School (English class for student)
Cambodia Phrae Circus 18usd
Day 2 (Jumaat 07 Feb 2020)
Ambil servis tuktuk Angkor Wat dari Mr Sa Lim.
13usd. Driver tuktuk adalah adik Hafiz.
Pakej meliputi (Angkor Wat Temple dan lain-lain temple seperti Angkor Thom, Bayon, Baphuan, Phimeanakas,Terrace of Elepehantsx Terrace or Leper King, Thommanon, Chau Say Teroda, Ta Keo, Ta Prohm, Banteay Kdei).
Entrance fees Angkor Wat 37usd
Killing Field 3usd
Lunch at Halal Unity Kitchen
Artisans D’Angkor (free)
Pub Street
Siem Reap Night Market
Siem Reap Art Market
Hard Rock Cafe Siem Reap (layan live band)
Day 3 (Sabtu 08 Feb 2020)
Sewa motor 8usd
Theam Gallery, Siem Reap
Lunch at Halal Unity Kitchen
Cambodia Cultural Village 15usd
Pub Street
Siem Reap Night Market
Siem Reap Art Market
Hard Rock Cafe Siem Reap (layan live band)
Day 4 (Ahad 09 Feb 2020)
Check out TravellerHome Angkor Guesthouse
Lunch at Halal Unity Kitchen
GrabTukTuk ke Airport 4USD
Siem Reap Airport to KLIA2 (3.05pm – 6.20pm)
Note
- Harga guesthouse sangat berbaloi. Boleh muat 2orang dan hanya 10usd atau kira-kira RM40 semalam sahaja dan lokasinya sangat strategik boleh berjalan kaki sahaja ke area Night Market/Pub Street.
- Hari pertama aku mencuba menu makanan tempatan ‘lembu naik bukit’ di Siem Reap Backpackers Restaurant. Terima kasih Fari atas layanan sepanjang berada di sini. Terbaik! Sepanjang aku kat sini boleh dikatakan dalam sehari sekali je aku makan kat luar. Selebihnya kalau breakfast or dinner aku bawak instant food Brahim dari Malaysia.
- Satu pengalaman menarik apabila melawat salah satu sekolah di Siem Reap. Sekolah ini special sikit sebab ada buat satu program untuk mana-mana traveller untuk mengajar bahasa inggeris secara sukarela kepada murid-murid di sana selama sejam. Konsepnya adalah bebas bergantung kepada korang.Tak perlu register. Hanya datang terus ke sekolah ini pada pukul 5pm setiap hari isnin hingga jumaat dan terus berjumpa dengan cikgunya dan cakap korang nak jadi volunteer hari ni.Aku tak lupa beri sedikit sumbangan alat tulis dari Malaysia. Sebab memang dorang alu-alukan bagi something untuk buat budak-budak ni happy.
- Cambodia Phrae Circus– 18usd.Digalakkan beli awal takut sold out. Show start 8pm dan kira-kira 2jam.Macam aku beli tiket masa petang tu jugak tapi staff kaunter tu cakap zon 18usd dah sold out.Aku pun kawtim la dengan staff kaunter tu cakap aku seorang je..lepaskan je la satu tiket. Lega dia cakap okay je. Sebab selalunya geng2 rombongan europe tourist dah booked show awal sebab dorang minat tengok circus ni. Tiket ikut zon tapi kalau kau duduk tepi zon murah 18usd pun still nampak je sebab overall performance dia fokus semua side. Kalau ke Siem Reap jangan lupa ke Phrae Circus ni. Banyak aksi akrobatik. Pendek kata worth it la ! sebabnya ia berkaitan dengan kebudayaan dorang jugak.
- Angkor Wat – Untuk Angkor Wat Pass 37usd satu hari. Pass ni cover Angkor Wat dan temple2 lain.Yang ni memang wajib pergi sebab orang cakap inilah tujuan utama ke Siem Reap. Aku beli pagi tu je terus sebab kaunter banyak takde la beratur panjang. Tak sampai 5minit pun. Aku ambil servis tuk-tuk dari Abg Sa Lim dan anak buah die Hafiz bawak aku.
- Angkor Silk Farm – masuk free. Nak tengok penghasilan sutera dari awal. Tapi jauh sikit dari pekan Siem Reap. Nak sampai sini aku guna moto yang aku sewa dan follow je waze. Sama jugak macam Lotus Farm. Jauh sikit dari town. Tapi so far bawa moto kat sini okay je. Sebab semua macam tak rushing.Sepanjang aku bawa sini aku pelik jugak takde ke yang bawak macam laju gila. Semua macam sopan je. Mungkin itu style dorang kat sini kot.
- Artisan D”Angkor – ni masuk free jugak. Nak tengok penghasilan kraftangan boleh datang sini. Selain itu aku pun pegi Theam Gallery. Kalau minat pasal art boleh datang sini. Nanti ada staff kat sini akan tunjuk satu persatu karya seni kat korang.
- Cambodia Cultural Village – Salah satu tempat yang wajib dilawati selain Angkor Wat. Untuk memahami dengan lebih dekat seni dan kebudayaan masyarakat di sana boleh datang ke sini. Setiap tempat dalam village ini ada tema dia dan show untuk public. Masa beli tiket nanti korang akan dapat jadual untuk setiap show.Digalakkan pergi dalam pukul 2pm ke atas sebab pagi hanya ada satu show dalam 11am lepas tu takut korang mereput tunggu next show.
- Disebabkan tempat aku duduk dekat sangat dengan area night market, so dua malam berturut-turut aku jalan area night market, pub street dan Hard Rock Cafe.Dekat Siem Reap Art market aku cari kedai Rizy Sity Souvenir. Number kedai 7A. Kedai dia belah luar menghadap bridge. Betullah info traveller dari Malaysia yang pernah ke sini sebab fridge magnet dia boleh dapat 1usd = 5 keping. Rata-rata kedai lain area situ aku survey kebanyakannya 1usd = 3 keping.
- Ada lagi suggestion aktiviti kat sini yang boleh korang buat macam Bambu Stage, Siem Reap. Dia macam wayang kulit tapi masuk dia bayar 18usd kalau tak silap. Aku tak pergi sebab bajet dah tipis masa ni. Selain itu di Siem Reap area Angkor Wat ada jugak zipline. Tapi kos agak tinggi jugak sebab dia by package. So dalam package tu dia sekali dengan macam2 zipline n tour guide. Package yang paling murah dalam RM250++ macam tu.
- Halal Unity Kitchen. Aku cuba menu local macam Fish Amok dan Beef Lok Lak. Terbaik beb.Aku rasa 3-4 kali aku lepak sini sebab guesthouse aku sebaris je dengan Halal Unity ni. Baru bukak dalam akhir tahun lepas. Owner dia Resh dan Syuk Yusoff Samnang. Dua-dua orang Malaysia. Dua-dua friendly. Guys kalau siapa-siapa yang datang ke Siem Reap jangan lupa singgah ke sini. Boleh google je location ataupun ke FB Halal Unity Kitchen.Sempat jugak interview Syuk. Tak rindu Malaysia ke? Haha.Dia dah berhijrah ke Siem Reap dan kahwin dengan orang sana dan baru dapat baby. Thank you beb sebab layan solo traveller macam aku borak-borak kosong cerita pasal travel dan life.
Sekian perkongsian dari aku sewaktu berkunjung ke Siem Reap. Harap perkongsian ni dapatlah sedikit sebanyak bantu bagi korang yang akan ke sana. Thank you !
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Bercuti Di Kluang Je Uolls..Tak Perlu Pergi Jauh-Jauh. Best Sangat Ok!

Menurut portal Majlis Perbandaran Kluang orang-orang tua di Kluang bersependapat bahawa nama bandar Kluang terbit daripada nama sejenis mamalia yang terbang di waktu malam mencari buah-buahan, iaitu kluang ataupon Malayan Flying Fox dianggap sejenis kelawar yang terbesar di dunia.
Terdapat juga cerita yang binatang yang menyerang kebun buah-buahan sehingga terpaksa dipanggil dukun bagi menghalau mereka. Walau bagaimanapun cerita ini tidak dapat disahkan oleh orang lama-lama di sini. Yang jelas sebuah perkampungan bernama Kmapung Kluang telah wujud sebelum tahun 1910 berdekatan bandar Kluang ini. Kehadiran kelawar-kelawar besar ini mungkin disebabkan oleh penebangan hutan di tengah-tengah Johor bagi tujuan membina jalan kereta api dan juga penempatan di Kluang.
Perkongsian daripada wanita yang dikenali sebagai Miera Maira di laman sosialnya menarik minat ramai untuk mencuba trip bercuti ke Kluang, Johor.
Kluang : Half Day Train Trip
- Next thing to consider adalah aktiviti apa nak buat dekat Kluang ni. List aktiviti dan harga seperti berikut :
- Lunch at Rumah bawah Kolong: RM5 – Rm 8 depends on lauk apa you ambil. Nasi campur tema dia
- Gunung Lambak : Free entrance fee
- Pakai sport shoes kalau plan ke Gunung Lambak dia punya curam bila turun tu fuhh cuma sport shoes je mampu tanggung
- LA daily Goat Farm : Free entrance bayar RM5 untuk rumput, to feed the animals like deer, cow, horse, and rabbit.
- Return Train ticket Kulai – Kluang : RM24 / pax
- Half day tour 12pm – 5 pm with uncle Eddy inclusive pakej ambil gambar : RM 100
**Uncle ni pandai ambil gambar and angle dia cantik. Even posing semua dia ajar. Uncle Eddy Chow. Tour dengan uncle Eddy Chow ni best, sebabnya dia jenis ramah and selalu buat suasana meriah. So takdalah korang kemurungan nak buat setiap activity tu. Nak mengantuk pun tak sempat! For me it’s worth RM 100 for 3 pax dapat buat 6 aktiviti dalam 1 hari. Kalau kedai cendol mamak yang dekat laman kreatif Kluang tu buka dah dapat buat 7 aktiviti in total.
Kilang kopi Cap Televisyen tour: Free entrance . Dapat minum coffee, white coffee free kat sini cicah biskut kering. Nak beli coffee pun ada! I bought white coffee 15 sachet for RM 14 only.
- Laman kreatif Kluang 3D drawing: Free
- Banyak gambar menarik kat sini
- Kluang Railway coffee makan ikut suka you all la
Kalau ada bajet bawah RM 100 but nak enjoy satu hari? Boleh la berjalan ke Kluang Di hujung minggu.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Layan Minum Kopi Di Hanoi & View Cantik Di Sapa Memang Syok. Lelaki Ini Kongsi Itinerari Lengkap 4H3M Bercuti Ke Vietnam!

Kalau kaki travel memang tak senang duduk kalau tak dapat ke mana-mana. Lagi best bila dapat travel ke tempat yang memang menjadi pilihan hati dan punya tarikan yang tersendiri.
Berkesempatan bercuti ke Hanoi dan Sapa di Vietnam dua tahun yang lalu ketika musim sejuk di sana meninggalkan kenangan manis buat Mohd Shahril Iqbal Othman.
Lengkap dengan itinerari sepanjang 4H3M di sana, lelaki ini juga turut berkongsi beberapa tip dan bayaran untuk setiap perbelanjaan dia dan rakannya di sana.
Jom ikuti perkongsiannya, mana tahu boleh diguna pakai untuk plan ke sini tak lama lagi!
HANOI dan SAPA (Winter Season)
*5 feb 2020 – 8 feb 2020*
DAY 1 (5/2/2020)
- Flight jam 6am
Total : RM 352 return
- Sampai Hanoi around 9am. Terus naik bas je ( kluar dari airport corner kiri )
- Bas No 86 mmg terus ke bandar Old Quarter
Total : RM 6 / 36k dong
- Sampai bandar terus pegi ke Golden Moon Hotel ( highly recommended ) servis trbaik dan paling penting semua dekat! Hotel ni mmg dalam Old Quarter. Dekat lah.
- Kami request utk check in awal dalam jam 10 am ( tambah rm 20 )
- Hotel : RM 80 + Rm 20 / 2
(book online)
(Ini ikut masing2. Memandangkan malam tu kami gerak ke Sapa so dah kene check out. Jadi, korang xperlu book hotel pun x pa. Boleh letak beg dkt Office Sapa Express)
- Lepas check in. Apa lagi mencuba utk explore bandar Hanoi. Sempat pegi a few places je. Mood potong sikit sebab musim sejok + hujan . Menggigil so budget lari sebab terpaksa beli jacket tebal. ( tapi murah jgak )
Tempat kami pegi :
- Giang Cafe – Egg Coffee (wajib try!)
- Hoan Kiem Lake
- St. Joseph’s Cathedral
- Lunch dekat Al Noor Mosque
- Ho Chi Minh Mausoleum
- Malam Jam 930 bas pegi jemput di hotel utk gerak ke Sapa (6 jam)
- booking online at Sapa Express website
- Total : tiket bas (12 usd / one way) or RM 90 (scr kasar)
Others:
- Egg Coffee – RM5 or 30k dong/ per person
- Lunch – RM 27 or 200k dong/per person
- Shopping – Depends
Day 2 – Sa Pa
- Sampai Sa Pa dalam jam 5 am. Mmg sejuk gila suhu around 5dgree C! Terus jalan kaki je ke Phuong Nam Hotel letak beg sebab check in at 12 pm. Jalan dalam 15mins jugak la dalam kabus tebal tu
Total Hotel : RM 112/2
( banyak hotel murah tapi yang ni mmg nice view dkt rooftop mmg nice! Dan dekat dengan Sapa Station dan kedai Makanan halal. Memang literally like sebelah menyebelah je )
- Lepas drop beg (kemas2 diri) terus ke Sapa Station ( walking distance ) untuk ke Fansipan Mountain by Train then Cable Car
- Buy ticket in the Sun Plaza Sapa Station.
Total: Harga tiket 750k dong / RM125 sorg
(Masa dekat atas tu mmg sejuk gilak dengan angin n kabus tebal gila mmg literally tak nampak pape. So mmg tak smpai ke puncak. Kecewa sikit. So elak pegi waktu musim sejok hahah! Tapi kalau ada luck boleh nampak view dia)
- around 12 pm balik check in hotel dan terus pegi lunch dekat Restoran depan Hotel.
Total : 120k dong or RM 20
- Lepas makan macam nak rehat tapi rugi pulak masa terus sewa moto straight to Cat Cat Village
Total: sewa moto 200k dong or RM33/2
Entrance: 70k dong or RM10 sorg
( jiwa kene kental. Dekat Cat cat village ya ampun. Terasa macam hiking. Banyak tangga and jaoh nk berpusing. Entrance lain exit lain dan jaoh. Jaoh tu satu. Yang naik turun bukit tu yang menguji keimanan. Ade la sekali dua stop kejap ambik nafas)
- Malam pulak jalan kejap pusing pekan Sapa nice tp sejuk namatey. Balik singgah ke pharmacy beli panadol HAHA! And beli coffee 3in1 dkt market sedap gilak!)
Day 3 : Sa Pa – Hanoi
- pagi tu breakfast sndiri je (mnum coffee dan makan roti) and lepak atas rooftop hotel. Then Check out hotel pastu tinggal bag kat hotel.
- naik moto pusing-pusing Sapa tapi lebih ke area perkampungan diaorang. Memang naik bukit etc. Jalan kampung die mmg kecik je so hati-hati kalau bawak moto. Pastu view pun superb. Memang a few times stop nak tangkap gambar
- lunch pulak dekat Hotel Cosiana.
Order nasi goreng ayam + teh tarik. Sedap. Situ terjumpa la pelancong Malaysia yg lunch sekali haha. Ramai pulak tu.
Total lunch: 200k dong ( Rm27 aggaran)
- before hantar moto terus g satu kedai ni mmg aku borong jugak wind breaker smpai 5 aku beli, siyes murah giler. Duit msia dlm belasan ringgit. N jacket skali.
- anta moto terus naik teksi ke Sapa Express.
Total: tiket bas 12 usd / around rm 90
- jam 330 pm gerak ke Hanoi.
- Arrived at Hanoi – 900 pm. Terus check in hotel and kuar g jenjalan.
- dinner makan maggie + roti + coklat je haha! (Beli dekat Circle K . Mcm 7e la kalau di sini)
Day 4 – Hanoi
- memandangkan hari pertama tak sempat explore semua so pagi ni all out lagi kejap.
Kami sempat ke:
- Hanoi train street
- Hoam Kiem Lake (red bridge)
- Giang Coffee again! Before balik haha.
(Sekitar lake tu mmg ada jual souvenirs. Sempat la borong cikit utk bawak balik)
- Check out hotel then terus ke airport.l naik grab.
Total: Grab car to airport – 277k dong
Flight back to KLIA2 – 250 pm
Overall, Hanoi dan Sapa memang best! Serious aku akan kembali ke sana pada musim lain pulak. Tak tahan sangat musim sejuk ni. Sesiapa nak pegi kena beringat sentiasa. Hanoi traffic die hati-hati sikit nak lintas jalan tu. Haha.
Hanoi city boleh jalan kaki. Gigih ckit ya. Kalau tak larat naik je grab pun okeh.
http://www.instagram.com/reylchinoe
Jumpa lagi next trip! Cari member yang sporting and lasak as well best travel same! Haha. Apa-apa pun nk tanya boleh pm dan Semoga bermanfaat
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI