
Negeri Sabah banyak pulau-pulau yang tersenarai dalam pulau tercantik di dunia. Dunia tau, bukan peringkat daerah ke peringkat negeri. Meleleh air liur kalau dapat jejak kaki di pulau Sabah terutama di daerah Semporna. Cuba pusing semua pulau dekat sini, kemudian buat perbandingan sendiri.
Tercari-cari pakej trip keluarga ke Semporna, Sabah. Baca perkongsian lengkap daripada saudara Nazrul Akram
Semporna adalah salah satu destinasi pantai tercantik didunia dan mendapat nama didalam Travel Insider. Jika nak berbandingkan dnegan Maldives, pulau-pulau di sekitar Semporna ini sama taraf malah ianya adalah lebih murah diantara negara-negara yang lain jika nak dikunjungi. Terdapat 8 buah pulau utama yang pelancong boleh kunjungi iaitu
1. Pulau Mabul (Perkampungan Air)
2. Bohey Dulang (Hiking)
3. Matabuan
4. Timba Timba
5. Pom Pom
6. Mataking
7. Sibuan
8. Matabuan
Pulau-pulau ini digabungkan pada pakej yang tertentu dan tak boleh dihabiskan dlaam masa satu hari. Jika anda nak pergi semuanya anda memerlukan masa 3 hari untuk 8 buah pulau ini. Berikut adalah contoh itinerary perjalanan saya serta budget selama 3 hari 2 malam dibawah RM1,000.00 untuk seorang. Mungkin kalau korang mempunyai tempat yang lebih menarik atau lebih awesome sila sharekan bersama. Sila jangan bermalu -malu.
- Tiket Penerbangan : RM1450.00 untuk 2 dewasa dan 1 kanak-kanak. Agak mahal kerana ianya jatuh pada permulaan cuti sekolah. Kalau korang pergi hari Jumaat atau Khamis mungkin lebih murah. Average harga KL Tawau KL menaiki airasia sekitar RM300-RM400, kalau promo mungkin lebih murah.
- Harga ini termasuk tiket penerbangan Malaysia Airline, standard seat return, 1x makan return, dan luggage 20kg return. Untuk pengetahuan anda, flight domestik MAS kena bayar yer skang, macam Airasia. Tiket ini saya beli 1bulan sebelum tarkh penerbangan, korang mungkin akan mendapat lebih murah jika membeli dengan lebih awal.
- Seminggu sebelum trip ke Tawau, saya membuat penempahan untuk pakej ke pulau Mataking dan Timba-Timba. Harga untuk pakej ini adalah RM89.00 untuk dewasa dan RM47.00 untuk kanak-kanak. Harga pakej tidak berbeza banyak dengan syarikat lain. Dinasihatkan, korang kena booking sehari awal untuk ke pulau Semporna kerana ianya mempunyai proses pendaftaran bagi keselamatan pelancong. Jadi jumlah 2dewasa dan 1kanak kanak adalah RM225.00.
- Tiba di airport kami sewa kereta Axia untuk memudahkan pergerakkan dari Tawau ke Semporna. Perjalanan dari Tawau ke Semporna sekitar 1jam 30minit. Harga kereta adalah RM90.00 untuk sehari. 3 hari makan jadilah RM180.00.
- Saya mengisi minyak full tank RM45.00 dan top-up lagi RM20.00 sepanjang perjalanan 3hari ni. Kereta Axia minyak jimat itu pun ada lebihan lagi masa return kereta. Jadi total isi minyak adalah RM65.00.
- Korang boleh memilih untuk menginap di bandar Tawau ataupun bandar Semporna. Kami stay di homestay atau harga hotel di bandar Tawau sekitar RM150.00 manakala di Semporna RM100.00. Penginapan 3hari 2malam adalah berharga RM300.00.
Jumlah pembelian dan bayaran kasar adalah :
1. Tiket Flight : RM1450.00
2. Hotel : RM300.00
3. Kereta Sewa : RM180.00
4. Pakej Pulau : RM225.00
Total bayaran adalah RM2,155.00
Dibawah adalah itinerari perjalanan serta budget makan yang dikategorikan sebagai duit poket.
Day 1 : Kuala Lumpur – Tawau
– Flight MAS MH2660 berlepas jam 0740pagi dari KLIA.
– Tiba di Tawau Airport pada jam 1030pagi.
– Mengambil kereta sewa di airport.
– Isi minyak full tank. (RM45.00)
– Makan tengah hari dibandar Tawau. (RM30.00)
– Shopping barangan kering di pasar UTC Tawau. (RM150.00)
– Makan Malam di Bandar Sri Indah. (RM25.00)
Total of Day 1 : RM250.00
Day 2 : Tawau – Semporna
– Menuju ke bandar Semporna seawal pagi.
– Tiba di Jeti Perlancongan Kg. Bangau Bangau. Parking percuma.
– Membeli snack dan air tambahan. (RM15.00)
– Pakej pulau bermula di Timba-Timba Island
– Snorkeling di Mataking
– Snorkeling di Pompom Island.
– Tiba di Jeti Perlancongan dan minum petang. (RM10.00)
– Isi minyak balik ke bandar Tawau. (RM20.00)
– Makan malam seafood (RM80.00)
Total of Day 2 : RM125.00
Day 3 : Tawau – Kuala Lumpur
– Menuju ke pasar basah di bandar Tawau
– Sarapan pagi sekitar bandar Tawau. (RM9.00)
– Beli barangan basah, udang, sotong dan lobster. (RM150.00)
– Menuju balik ke airport.
– Flight balik MH2661 pada jam 1125pagi.
Total of Day 3 : RM159.00
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ladies Trip Jejak Negara Balkan Selama 16H15M, Bajet Seorang RM5.2K. Gadis Ini Kongsi Itinerari!

Negara-negara Balkan memang terkenal dengan kawasan yang kaya dengan sejarah dan bentuk muka bumi yang cukup mengagumkan. Justeru kesempatan melawat ke negara-negara yang ada dalam kawasan Balkan tidak disia-siakan oleh Norshaheera Kamis dan temannya.
Menjejaki negara-negara Balkan dalam masa 16 hari 15 malam, wanita ini berkongsi itinerari dan juga beberapa maklumat tentang pengembaraan mereka. banyak juga tip yang dikongsikan untuk rujukan pembaca lain yang ingin berkelana seperti mereka.

Lebih menarik, bajet yang digunakan sepanjang dua minggu lebih memang cukup jimat dan berpatutan. Namun menurut Norshaheera, ada beberapa negara mereka hanya touch and stay selama semalaman kerana masa yang tidak mengizinkan.
Travel light hanya dengan membawa beg pack 10kg, dua wanita ini sempat melakukan banyak aktiviti menarik termasuk bermain ski di Bursa.
Ikuti perkongsian gadis ini:
Ladies Trip Jejak Negara Balkan
Balkan 16h15m ()
Total hangus dalam RM 5.2k/person (all in)
Trip berdua guna public transport
Itinerary ringkas
17/2 : KUL-AUH-IST (RM 2414 return)
18/2 : IST airport ke Taksim (+)
Check in dreamer v&v (RM 82.50/room)
Jln2 sekitar Taksim
19/2: SAW-Sarajevo (RM 215.92)
Check in hotel (RM 90.00/room)
Ptg Jalan-jalan sekitar Old Town Sarajevo
20/2: Jalan-jalan sekitar Old Town Sarajevo
Jalan-jalan di Sarajevo
Check out
Sarajevo-Mostar (RM 35.00)
Check in Guest House Nana
(RM84/room)-recomendd sbb dkt dgn
stesen ketapi dan selesa
21/2: Mostar-Blagaj (2.10 KM)
Entrance fee Dervish House (€ 5.00)
*kalau tak masuk pun tak rugi
Blagaj-Mostar (2.10 KM)
Mostar-Split (RM 50.25)
(tido di stesen bas)
*terpaksa reroute msk ke Split sbb xder
trip direct ke Dubrovnik untuk tarikh ni
22/2: Split-Dubrovnik (RM 94.00)
* amik bas pukul 4.00 pg sampai
pukul 9.00 pagi dan sempat jalan-jalan Dubrovnik.
Dubrovnik-Kotor (RM 95.00)
check in hotel Studios Kono
(RM230 untuk 2 malam/room)
23/2: Jalan-jalan di Kotor (memang tak mengecewakan)
24/2: Kotor-Tirana (RM 138)
(ambil bas kul 8.00 pagi dan sampai tengahari)
Check in di Mosaic Home (RM 101/room)
Jalan-jalan di Tirana
25/2: Check out
Tirana-Skopje (RM102) (Tido dalam bus)
26/2 : Sampai Skopje dalam kul 3.00 pagi
Pagi jalan-jalan di Skopje
Skopje-Sofia (RM 132)
(bas ptg dan sampai dlm pkl 9.00 mlm)
check in (RM 90/room)
27/2: Jalan-jalan di Sofia
28/1: Sofia-Istanbul (RM 95)
Ambil bas pukul 12.01 pagi dan sampai dalam
pkl 9.00 pagi
Istanbul-Bursa (TL 190)
*agak mahal berbanding tiket feri &
perjalanan pun lama dekat 4jam
check in Kule Apartment (RM 70)
jalan-jalan sekitar Bursa
1/3 : Bursa Teleferik (TL 490) mahai tapi berbaloi
Sewa peralatan ski (TL 150)
Bursa-Istanbul (TL 110) (90 mnt)
* Ambil feri petang sebab nak main ski puas-puas
check in Golden Horn area spice bazar
(RM 140 untuk 2 malam/room)
Jalan-jalan dan survey harga di spice bazar
2/3 : Jalan-jalan area Sultanahmed, grand bazar
spice bazar. Time ni baru shopping betul-betul
3/3 : Pagi lepas breakfast check out & pi taksim
Taksim ke IST airport (TL 87)
IST-AUH-KUL
**pandangan saya, balkan secara backpacker agak mencabar. Toilet banyak tutup waktu malam. Kita pula, bila takdak time tu la nak guna
** hotel/room yang kami stay bukan yang berbintang-bintang ye. Sesuai la dengan harga dia yang murah.
** kami bawa alat untuk vacum baju dan winter coat supaya jimat ruang
**kalau dalam town, kebanyakkan tempat memang kami berjalan kaki saja. Musim sejuk ni jalan tak rasa letih sangat
**trip kami ni lebih kpd touch stay semalam & go…masa tak mengizinkan
**dari Malaysia kami hanya tukaq euro dan lira saja…currency lain kami tukaq kat negara tersebut dan tukaq bagi cukup-cukup saja. Sebelum keluaq dari negara tersebut kami akan shopping baki duit syilling siap-siap
**sentiasa check email sebab kadang-kadang trip bas yang kita beli batal…company akan email maklumkan. Kami terkena 2 kali trip cancel…satu tu last minit baru tau dan terpaksa beli tiket lain on the spot. Refund jangan risau, so far yang kami beberapa hari je dia akan refund balik kat kredit kad yang kita guna time bayar
**disebabkn umo yang makin meningkat, kami cuba kurangkn tido di stesen bus/overnight bus….hahaha
**cara kami, 6 bulan awal kami beli tiket flight untuk point masuk dan keluar dulu. Pastu baru plan dan muktamadkan route lain dan survey-survey hotel. 2 atau 3 bulan sebelum baru start beli tiket bas/ketapi. Lepas beli tiket baru book hotel tapi make sure hotel yang free cancellation. Kira lepas beli tiket bagai sempat lagi la nk menabung untuk perbelanjaan kat sana
Kredit: Norshaheera Kamis
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Wanita Ini Kongsi Itinerary Ke Kuala Terengganu, Syok Banyak Tempat Singgah!

Ramai yang suka ke Kuala Terengganu sebab keindahan pantai dan makanan yang segar dan sedap. Pendek kata, semua tempat rasa berbaloi untuk disinggah.
Namun jika anda pertama kali nak masuk negeri ‘penyu bertelur’ ini, pasti rasa sukar nak cari tempat menarik. Jadi cuba baca pengalaman Puan Wan N Wan ini, mudah untuk bergerak bila dah tahu tempat makan dan bergambar. Nak beli ole-ole pun boleh!
Itinerary Ke Kuala Terengganu
Minggu lepas ke Kuala Terengganu. Entah kali ke berapa pun tak tahu. Tapi kali ni aku rasa agak berpuas hati dengan semua aktiviti yang aku buat dekat sana. Dari segi makan dan tempat aku explore.
16th Aug aku naik flight AA pukul 7.15am, sampai aja terus ke Warung Nasi Kerabu Pok Din untuk breakfast.
Memang puas hati dapat makan nasi kerabu yang cukup semuanya. Bezanya, kurang pedas aja sambal dia. Lain semua sedap.
Lepas makan, singgah tepi pantai dekat Miami Beach kejap.
Kemudian terus gerak ke Pulau Kekabu. Bila kau sejenis yang sukakan laut, tak kira berapa banyak tempat kau singgah pun kau tak kisah. Tenang. Mungkin sebab weekdays, jadi tak ramai orang. Cuaca pun mendung aja. Berjalan dari tempat parking sampai ke hujung tembok tu pun tak rasa penat.

Memandangkan esoknya nak ke Pulau Kapas, 1st night aku stay dekat Chalet Cik Su aja. Tak jauh nak ke Jeti Marang. Malamnya pergi makan dekat D’Suasane Ibai Restaurant.
Kebetulan masa sampai tu hujan renyai-renyai, jadi bolehlah pergi duduk dekat atas tu. Konon seronoklah dapat duduk atas sambil tengok orang dok kayuh swan (paddle boat), sekali kemain lebat hujan. Swan pun kena balik ke sarang semuanya. Makanan semua sedap-sedap. Kena dengan selera semuanya.
17th Aug, selesai breakfast terus ke Jeti Marang. Tujuan utama nak ke Bukit Singa & Blue Lagoon. Sampai aja dekat Bukit Singa, terus tengok track nak naik. Tapi tak usah risau lah.

Kalau aku boleh naik, kau orang mesti boleh naik juga. Kecuali kalau kau orang jenis gayat. Tak payahlah naik. Ruang dekat atas tu pun tak besar mana. Memang tak sesuai nak naik ramai-ramai.

Boatman pun cerita dah banyak kes orang jatuh dari bukit itu dan patah kaki bila dah ramai-ramai atas tu. Jadi, hati-hati kalau nak pergi.


Dah selesai bergambar semua, konon nak ke blue lagoon. Tapi tak ada rezeki sebab malam tu hujan kemain lebat, jadi air pun tak berapa cantik. Aku pun tak berapa berani nak turun memandangkan dari cerita boatman dekat situ ada shark & dia sendiri pernah nampak shark yang besar hampir sama besar badan dia. Moh lah kita ke Marine Park saja.
Dekat Marine Park ni, ikan memang dah tunggu kau siap-siap. Kemain banyak ikan. Coral pula pada aku boleh tahan lagi ok dari Redang & Perhentian. Mungkin sebab coral dia jauh lebih ke dalam dan kita tak dapat sentuh. Jadi, masih terjaga elok. Bezanya air tak berapa jernih sebabnya macam aku cakap tadilah. Hujan malam sebelumnya. Jadi cuaca tak berapa nak cerah sangat. Tapi still boleh nampak rumah nemo. Dory pun ada, agaknya tengah cari mana nemo pergi.
Selesai di Marine Park, lepaklah tepi pantai Pulau Kapas tu. Haa, mainlah air puas-puas. Air memang jernih. Ada lah sekor aku jumpa baby shark besar tapak tangan aku. Dalam 1.30pm gerak balik ke darat.
Terus gerak ke Grand Puteri Hotel untuk check in. Hotel ni dekat dengan semua benda. Nak makan mudah, nak pergi masjid depan tu aja. Boleh kata semua dekatlah. Petang tu rest aja dah penat kejar ikan. Malam tu makan di The Nelang Cafe. Sedap! Memang kalau datang lagi boleh repeat tempat makan ni semua.
18th Aug. Santai-santai aja. Hari Jumaat dekat Terengganu kau orang kena alert. Kedai akan tutup pukul 12.45pm sampai 2.30pm (kalau salah tolong betulkan).
Jadi, kena plan kalau nak pergi mana. Pagi tu saja ke KTCC Mall, pusing-pusing beli cookies kemudian balik ke hotel semula. Pukul 2.30pm baru keluar dan terus ke Muzium.
Sampai muzium, muzium tutup. Sudahnya ke Taman Tamadun Islam. Lepak di D Benteng,TTI. Terus makan celup tepung. Order dan diaorang akan goreng panas-panas. Sedapnya udang dan sotong goreng tepung. Udang yang besar tu pun RM10 sepinggan. Bihun goreng dia sedap.
6.00pm naik boat di Sekati Emas Boat Tour pusing Sungai Terengganu pula. Konon nak tengok sunset, awan pun mendung semendung hati aku tak dapat tengok sunset.
Oklah, dapat tengok masjid kristal & drawbridge dari sungai pula. Malam pun ada trip naik boat tu. Pilih saja nak pukul berapa.

19th Aug. Pagi tu makan nasi minyak John. Jalan kaki aja dari hotel 1 minit. Antara nasi minyak yang famous. Hari kerja, pukul 7.30am dah habis nasi minyaknya.
Selesai, terus gerak ke Pantai Angin Berbisik dekat Kampung Merchang. Dekat sini ada campsite. Kau orang boleh google Merchang Glamping Park kalau nak bermalam dalam khemah.

Aku just pergi area Pantai Angin Berbisik sambil dengar angin berbisik apa tak tahu. Macam biasa, tenang. Tak ada orang.
Malam tu makan di Salaza&Sons. Memang kali ni pergi semua tempat makan yang kena dengan selera. Kalau tak kena dengan selera, tak adalah naik berat badan sampai lebih 4kg.

20th Aug. Masa untuk baliklah. Lama-lama tempat orang, risau aku jadi belon balik. Aku naik flight Mas pukul 8.45am. Overall, kali ni agak berpuas hati ke KT.
Banyak lagi tempat dalam Malaysia ini yang cantik-cantik. Jadi, bolehlah kita plan untuk next trip.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Info, Tip & Itinerari DIY Perth, Australia 6 Hari 5 Malam Dengan Kos RM1990 Seorang

Isi Kandungan
TogglePerth adalah salah satu daripada bandar-bandar besar yang terletak jauh dan terasing daripada bandar-bandar yang lain di muka bumi namun, bandaraya besar itu tetap menjadi lokasi yang terkenal di selatan Australia. Kekayaan hasil bumi dan kemakmuran yang ada di bandaraya itu menjadikan ia satu bandar penting sekalipun terletak asing dan jauh dengan bandar yang lain.
Kecantikkan alam semulajadi yang ada di Perth ini menjadi magnet yang menarik orang ramai untuk datang berkunjung saban tahun. Sebagai contoh, keindahan Sungai Swan atau Swan River, disamping jajaran pantainya yang memutih bak mutiara dan laut membiru – menjadikan Perth antara lokasi yang tercantik untuk pelbagai aktiviti dan pelancongan.
Banyak aktiviti yang boleh anda alami di sini seperti berlayar merentas arus ombak di pantainya dan berenang bersama aneka spesis hidupan marin, memancing atau bersiar-siar menaiki bot – semua ini adalah antara aktiviti popular yang harus anda cuba saat berkunjung ke Perth dan apabila anda berada di pusat bandar, pemandangan indah di Kings Park pasti akan memukau anda dengan pemandangan panorama ‘lukisan alam’ yang menjadi halwa mata.
Melihat kepada keindahan itu, Siti Raudhah yang pulang dari Perth sekitar awal tahun ini terpanggil untuk berkongsikan keindahan bandaraya Perth kepada anda melalui info, tip dan itinerari pengembaraan dan percutian beliau selama 6 hari 5 malam di bumi bertuah tersebut.
Bersama beliau menjelajah bumi Perth adalah tiga lagi sahabat dan masing-masing diantara mereka mengeluarkan kos sebanyak lebih kurang RM1990 untuk sepanjang berada di sana. Bagi Libur, itu adalah anggaran kos yang terbaik untuk anda melancong ke sana – tidak terlalu mewah dan tidak terlalu berjimat cermat hingga menggangu tujuan asal anda untuk keluar melancong iaitu melihat keindahan alam ciptaan tuhan dan merasai pengalaman berada di bumi asing.
Jadi jangan buang masa lagi, jom kita bedah apakah info, tip dan itinerari yang dikongsikan Siti Raudhah kepada kita. Semoga Bermanfaat untuk semua.
21-26 Mar 2019 | Trip 4 orang | Autumn Season | Currency 1AUD = RM2.91 | Road trip by car
Detail budget/pax:
1)Flight ticket Air Asia RM662
2) Baggage RM108
3) Visa RM20
4) Accommodation RM526
5) Car Rental RM236
6) Fuel RM78
7) Simkad Optus RM29
8) Entrance Fee RM105
9) Sandboard RM14
10) Parking RM21
11) Meals RM171
12) Prepack food RM20
Info dan Tips Flight, Baggage & Visa
✈️ Flight
Kos plg sng nak jimat. Book 6 bulan awal time AA free seat promo Sep18. Walaupon bukan free seat tp still murah. Time book tu kalendar cuti sekolah belum keluar so murah lagi..lps kalendar keluar amboi sgt harga melambung sbb rupanya date ktorg beli tu cuti sekolah.Beli hari ahad (priority utk AA member) gigih bgn 3 pagi sbb time camni booking ngan payment akan smooth.
? Baggage
Beli siap2 time book tiket lg jimat dari beli kemudian
? Visa
Better buat visa dulu baru beli tiket sbb byk dgr skrg visa x lps. mcm ktorg slambe je beli tiket dulu baru buat visa. Alhamdulillah sume approved. Email kat eta.australia@yahoo.com. dah approved baru byr RM20. Klu info visa ngan passport ada beza sbb bin ke binti, ktorg tanye staf AA aritu, dia ckp x de mslh pon. Sbb visa ktorg pon x de binti.
? Accommodation
Trip kali ni mmg saje nak feeling2 stay umah omputeh. Mmg cari Airbnb kat city yg ada 2 bathroom sng cket x berebut 4 org pagi2..Jimat masa pon ye ?
* Albany – Stay 1 night @ Park Avenue Holiday Units 2 bedroom – AUD160 (book thru booking.com)
* Perth City – Stay 4 nights @ Airbnb area Nollamara AUD567 – https://abnb.me/fPV1EzBLmW. Highly recommended! Cantik superb umah Erin (Aussie).
Untuk yang pertama kali nak guna Airbnb, korang boley sign up/register pakai link ni https://abnb.me/e/jHai6JWLmW so korg ley dapat instant discount utk first booking korg nanti. Sign up sendiri x dpt any discount ye.
Airbnb ni sebelum book, bace abes2 house rules, additional price sume sbb ada yg charge utk extra people, cleaning fee cari yg x mahal sgt.
Mlm ke 5 tu actually klu nak jimat ley je tdo kat airport sbb flight pon awal 6.50pagi cuma ktorg saje nak lepak2 umah sambil lyn netflix ngan packing2.
Airbnb ni complete sume ada, TV besar sgt2, dishwasher, washer, dryer.Ktorg basuh baju siap2 b4 blk sbb ada dryer.hehe.. beras, telur, roti plain ada. Actually Erin da tanye awal2 nak roti ngan susu apa as welcome meal, ktorg ckpla ktorg Muslim so klu ada teh pon cukup da.end up mmg dia belikan roti ada halal. Bgs hospitality dia. Pakai sabun taharah (beli siap2 kat Msia) untuk basuh2 pinggan.

? Car Rental
* Book @ Aries Car Rental thru website, whatsapp number +61415359777 (Owner Malaysian & staff pon ramai Malaysian) – Staf nama Nick Hazlan terbaik! Sabar melayan kerenah ktorg asyik tukar2 plan & sgt friendly:-)
* Kia Cerato Sedan 5 seaters for 5 days total AUD325 (include airport transfer from and to, insurance). 5 days rate lg murah compare to 4 days. Msian driving license accepted.
* Nama driver ngan pemilik credit card kene nama yg sama.
* Time booking akan deduct 1 day rental. Sampai sana baru byr full kat office dia. Ada bond AUD200 lock kat credit card (akan cancel klu pulang kete tanpa pape kerosakan)
* Klu pilih untuk anta kete awal pagi b4 flight blk tu, last shuttle by Aries kol 3pagi so kene anta kete kat Kewdale Office sebelum kol 3 ye.Uber rate vs airport transfer by Aries x jauh beza so ktorg pilih untuk anta kete pagi2 je so malam sebelum tu x perlu fikir cane nak blk Airbnb dgn brg byk2 sbb last day mmg last minute shoping:-)

⛽ Fuel
* Total AUD107 utk mileage almost 2000km for 5 days. Isi minyak hari Isnin murah. Siap ada petrol station PUMA.
? Simkad Optus
* Beli kat airport terus – AUD10 boley guna untuk 5 hari, 1GB sehari. Ktorg x sewa GPS from car rental so mmg pakai waze je. Jgn lupa bwk powerbank sbb byk pakai bateri waze2 ni.
?️ Entrance Fee
* Caversham Wildlife Park – AUD29/pax, make sure alert ngan aktiviti, showtime (Bergambar ngan Koala, Farm Show, Meet The Wombat)
* The Pinnacles Desert – AUD13/car
* Busselton Jetty pass – AUD4/pax

? Sandboard kat Lancelin
* Sewa 2 sandboard @ Lucky7 Shop AUD10/each, deposit AUD50 each (refundable)
* Sewa max 2 jam
? Parking
The Gap and Natural Bridge Albany – AUD13/car
Watertown (1 hour) – AUD4
Fremantle (3 hours) – AUD6.60
Rainbow Sea Container (1 hour) – AUD1.60
Moore River (1 hour) – AUD2
DFO Airport (1.5 hours) – AUD3
Kene alert ngan parking sign cth 1P means boley park max sejam je.
? Meals
Istanbul Kebabs & Turkish Bakery – AUD11/pax
Kailis Fish & Chips (2 set) – AUD32/4 – AUD8/pax
Charcoal Chicken Dianella (2 set) – AUD38.80/4 – AUD9.70/pax – Tutup Ahad
Lobster Shack – AUD38/2 – RM19/pax
D’Ankasa – AUD11/pax

? Speed Limit
Driving sana kene bersabar byk sbb speed limit dia berubah2 terutama kat city. So kene alert slalu sbb saman mahal.
? GST
GST kat aus ni 10%, byk tu..nak claim blk, syarat dia total pembelian > AUD300 from same ABN (Australian Business Number) ada tulis dlm resit. Boley combine resit.
? Day 1 – Albany
Perjalanan dar KL ke Perth 5 jam 30 minit. Dalam flight, ktorg dah makan kenyang2 pagi tu dah mcm sahur dah (mknn dlm flight x ley bwk turun ye). Sampai Perth Airport jam 5.35 pagi, time beratur nak check passport, ada anjing hidu beg dulu. Lps check passport, kami berempat kene interview sampai 3 kali, ingat muka dah trusted abes dah. yg 1st tu, tanye nak pegi mana means specific places la tp membr sorg ni punya la nervous agaknye smpai jwb ‘we want to see beautiful places’. Muka officer tu dah blur2..Adoi apakah??..sah2 la pegi sana nk tgk tmpt cantik2..hihi.so klu risau x ingat tmpt mane, tnjuk jela itinerari korg. dia tanye bwk mknn apa..ktorg dah declare siap2 dlm arrival form. Maybe random check je, x sume org kena. Dtg tmpt org, kite follow je rules dia sbb diorg pon just nak pastikan kite mmg betul2 dtg bercuti.
Solat kat Surau airport tp surau dia campur laki perempuan ye.
Beratur beli Simkad Optus AUD10. Dah activate sume, kol Aries Car Rental utk pickup.
Shuttle akan bwk kite pegi kat office dia (Kewdale branch) dlm 7 minit dari airport. Pick up kete ada bond AUD200 lock kat credit card. Tanye abes2 ye apa insurance cover. Ktorg dpt kete baru lg x smpai 1000km mileage pon. Ada reason nape book kia cerato, sbb ktorg dari airport mmg terus ke Albany 5 jam driving so mmg cari yg bonet besar ley muat 4 luggage 24″. siap pergi kia showroom la nk tgk saiz bonet b4 book kete. gigih kan?? kene plan betul2 sbb byk gak dgr kes pecah kete kat Perth so x nak letak beg2 kat seat dpn.
Albany
Bertolak ke Albany dlm 400++km. Perjalanan 5 jam ikut highway. Albany ni mcm countryside cket so tenang je. Yang best kete ni klu kite termasuk lane sblh kete akan vibrate utk alertkan kite dah tersasar.jakun jap time tu.
The Gap and Natural Bridge
Tempat ni la yg buatkan ktorg sanggup nak ke Albany walaupon jauh. Cantek gler tmpt ni. Parking AUD13/car
Wind Farm
Berbaloi sgt2 dtg sini sbb view ngan bunyi deruan ombak tu menenangkan. Parking free.
Check in hotel @ Park Avenue Holiday Units & Solat Jamak
Dinner kat Istanbul Kebabs & Turkish Bakery. Terubat rindu makan gozleme ngan pide.Sedap.
Lps mkn, biasela mlm masih muda kan tp kat Aus ni mmg kedai byk tutup awal so pandai2 cari apa yg bukak so ktorg singgah ‘Target’ department store cuci mata tgk blouse etc. Pastu balik tido sbb esoknye plan nak gerak awal kol 6.30 pagi.
? Day 2 – Denmark – Yallingup – Busselton – Watertown
Breakfast kat hotel. Ktorg ada bwk nasi goreng frozen just panaskan dlm microwave. Skrg nmpk ada new rules lagi psl mknn boley bwk ke x so check latest ye.
Check out.
Denmark
Singgah Greens Pool tapi x pegi Elephant Rock walaupon sblh2 sbb hujan time tu. Mat saleh yg mandi2 situ pon sume pakat blk dah. Free parking
Yallingup
Canal Rocks. Lawa batu2 dia..Free parking. Lunch kat sini je bwk bekal dari hotel.
Busselton
Busselton Jetty.Jetty kayu ni kedua terpanjang kat dunia tau. Jetty pass AUD4/pax (bwh 17thn free). Kalau nak naik train tu dlm AUD13.50. Ktorg amik jetty pass je..jalan la lg syok tp x smpai hujung jeti pon..
? Spend time kat sini lama gak sbb view sume lawa2. Solat jamak kat sini je. Mostly tmpt mmg x de surau, pandai2 cari tmpt sesuai nak solat. Free parking
Perth
Bertolak ke city ptg sbb x nak on the road waktu malam. Bahaya drive mlm2 kat highway sbb takut langgar kangaroo etc.klu da smpai city x pe.
Singgah Watertown sbb Jumaat je tutup lmbt kol 9mlm. Parking AUD4 utk sejam.
Dinner Chicken Charcoal.. Fuhh sape dtg Perth x mkn ni 1 kerugian yg besar. sedap sgt2 lamb dia!
Check in Airbnb area Nollamara
Owner keje mlm tu so dia dah bg instruction siap2 cane nk masuk rumah (tmpt letak kunci pon canggih, secured abes). Ada garage yeay!! teringin nak park kete dlm garage..hihi. Interior dlm rumah x yah ckpla mmg lawaaa.. wangi plak tu bau candle. Actually ley muat 5 org rumah ni sbb ada 3 bedroom (2 queen 1 single bed) so boley jimat lg klu pergi berlima.
? Day 3 – Caversham – Fremantle – Rainbow Sea Container – DFO Airport
Caversham Wildlife Park (Opening hour 9a.m-5.30p.m)
Beli tiket kat kaunter. Masuk2 je terus bergambar ngan koala. Tp kat sini x boley peluk koala sendiri,dpt bergambar sblh koala je. nak peluk pegi Brisbane baru puas hati. Then bg kangaroo makan pastu x sangka dpt jumpa Quokka siyes comel sgt tp x byk la..klu nak lg best kene g Rottness Island tp ktorg x sempat sbb Rottness kene spend masa lama cket. Entrance fee AUD29/pax, free parking
Fremantle ( Bukak Jumaat, Sabtu, Ahad je)
Parking kat Fremantle ni ada byk area, korg ley google nak zone biru, kuning, or pink.sume lain2 rate. ktorg park kat zon biru AUD2.20/hour. Spend 3 jam sini so total AUD6.60
Lunch @ Kailis Fish and Chips. Dah sume org pegi mkn ni kite pon nak rasa jugak. Ok la bg ktorg biase2 aje. Klu nak order, jgn order yg mussels tu sbb staff situ sendiri ckp ada letak wine. So ktorg just order normal fish&chips (1 grilled, 1 fried). 1 portion tu boley share 2 org sbb byk gak. Option lg 1 utk mkn boley pegi Cicerellos dekat2 situ jugak.
Beli souvenir @ Megabes. Kedai ni murah. Staf pon da pandai ckp melayu da sbb ramai sgt msian pegi sana.
Rainbow Sea Container
Tmpt ni tak jauh dari Fremantle market tadi dlm 10 minit driving.Tepi jalan je rupanya tp parking bkn tepi jalan ye..ada parking kat another side mengadap Swan River. Spend time kat sini kejap je ambik2 gmbr. Parking fee AUD1.60/hour
Solat Jamak pon kat area parking sbb ada washroom sng nak ambik wuduk. Ktorg ni jenis solat je mana2 yg yakin bersih.Make sure ada kompas dlm hp ngan sejadah travel siap2.
DFO Airport (Opening hour 10a.m – 6p.m)
Shopping time! byk sale time ni. Lg best dari Watertown. Baru bukak bulan Okt 2018. Kat aus ni, ada GST 10% ye. So kalau korg beli brg simpan sume resit sbb nanti boley claim blk kat Airport. Tapi ada syarat. Baca kat tips. Parking first hour free, lebih baru bayar.
Charcoal Chicken Dianella (Opening hour 10.30a.m – 9p.m, Ahad tutup)
Dinner ni lagi sbb sdp sgt2..kali ni order take away sbb nk mkn kat Airbnb je..Ktorg order set lamb ngan chicken (AUD38.80 share 4 pax)
? Day 4 – Lancelin – Pinnacles – Moore River – Lobster Shack – Bell Tower
Breakfast siap2 kat umah. Mkn megi je..huhu..
Lancelin Sand Dunes
Bertolak seawal 6.15 pagi sbb x nak panas meluncur kat Lancelin. Perjalanan dlm 1 jam 30 minit.
Sewa sandboard kat Lucky7 shop sebelum smpai Lancelin.Sewa AUD10 each, deposit AUD50 each (refundable). Ktorg ada singgah kedai lain sebelum tu tp mahal AUD20 so cari Lucky7 shop ni murah. Max 2 jam boley guna. Ktorg sewa 2 sandboard sbb x nak tnggu lama nak meluncur tu klu gilir2 4 org kan..
Meluncur pasir besttt..1st time pengalaman tp kene bertabahlah ngan angin kuat, so pasir pon berterbangan. make sure bwk sunglasses. pakai sunblock siap2 sbb nmpk mcm x panas tp burn jugak lps tu.
Lepas pulangkan sandboard, singgah public washroom area situ utk bersihkan pasir2.
The Pinnacles Desert
Perjalanan dalam sejam. Bergambar la smpai lebam nak lompat ke apa. cuma batu2 situ tak boley pegang or duduk2. byk spot utk bergambar sbb luas sgt desert ni. Entrance AUD13/car
Lobster Shack
Perut da lapar. Singgah lunch kat sini. Ktorg duduk luar sbb view dia superb.Lobster dia isi maniss sedap sgt. Order 1/2 GRILLED GARLIC BBQ’d LOBSTER (AUD38) share 2 org.
Solat jamak kat sini jugak. Pandai2 cari port nk solat.
Moore River
Perjalanan dlm 1 jam 15 minit. Tempat ni pertembungan Moore River ngan Indian Ocean so sungai bertemu laut gitu.. cantek sgt2..tak rugi datang sini. Spend sejam je kat sini, cuaca best nyaman je. Parking actually ada yg free klu korg drive ke blkg sikit. tp ktorg ni smpai2 trus je park kat dpn so kene bayar AUD2/hour.
Bell Tower
Perjalanan dalam 1 jam 15 minit. Dah sampai city blk la kirenye ni. Since ktorg smpai dlm kol 6ptg, so park kete kat tepi jalan tu free je x yah byr sbb parking mostly smpai kol 5/6ptg je yg kene byr.
? Day 5 – Chemist Warehouse – DFO Airport – D’ Ankasa – Blue Boat House
Breakfast kat umah makan roti ngan tuna. Roti yg owner dah provide, tuna bwk sndiri. Nak mkn roti telur pon boley sbb telur mmg provided.
Chemist Warehouse Mirrabooka
Misi mencari perfume. Membr kat msia pon siap kirim. Perfume branded kat sini murah2 sgt. Kedai ni plg selesa nak membeli compare to chemist warehouse lain sbb ktorg ada pegi few outlets sbb kdg2 x sume yg kite nak ada.
Mirrabooka Square
Jangan confuse ngan kedai atas sbb nama je sama tp Mirrabooka Square ni tmpt lain cuma dekat gak la ngan kedai 1st. mcm mall tp kecik je. dlm ni ada Coles, Woolworth, Big W. Sape nak cari corelle boley la tp x byk choice sgt.
DFO Airport
Datang lagi..haha..sbb aritu singgah kejap sgt x sempat usha abes. Sejam stgh kat sini tp rase mcm x cukup. Biasela pompuan kan..🙂 Membr yg mule2 mcm x nak beli last2 dia la plg byk hangus. Jgn lupa simpan resit sbb ktorg akan combine sume resit utk claim blk GST kat airport. Syarat2 bace kat tips ye mcm sebelum ni. Parking AUD3 utk sejam 30 mnt.

D’Ankasa
Lunch kat sini. Restoran ni kat Hay Street. Ktorg order goreng2, portion dia besar rupanya. sbb x abes, tapau separuh ley mkn utk dinner. Nasi goreng apa ek order x ingat tp AUD11.
Park kete kat Aries Car Rental CBD (Terrace Rd). Mmg sape yg sewa ngan Aries, ley park sini free. tp jauh nak menapak ke D’Ankasa sbb Hay St ni panjang rupanya..huhu..x pela exercise plus dpt parking free (sedapkan hati)
Blue Boat House
Rumah biru comel ni tepi jalan je..Mule2 ktorg nak park area Forrest Hall tp jalan jauh sikit. Solat jamak kat area Forrest Hall tu kejap. Then ada local people bgtau parking dekat. Betul2 bertentangan blue boat house dekat housing area. So ktorg trus park sana. Make sure x tinggal pape brg berharga dlm kete ye. Kene cross road nak ke blue boat house. time ni da ptg, ramai org beratur nak ambik gmbr, so kene sbr la ye menunggu..sbb msg2 nak pose mcm2?
Singgah Coles beli buah, kopi Moccona (membr ckp sdp sgt).
Dinner makan yg tapau lunch td je. Pastu packing esok nak balik!
? Day 6 – Last day
2.15 pagi drop 2 org membr ngan baggage kat Airport dulu. Lg 2 org drive ke Aries Car Rental Kewdale office (7 min dari airport) sbb staf Aries nak inspect kete tanpa beg2 sume. Lps setel sume urusan, bond pon dah cancel, staf Aries send ktorg ke Airport.
Check in bag. Solat subuh siap2 kat Airport. Lps check passport, akan nmpk 1 kaunter utk claim GST tp kaunter mmg x de org jaga. Kene self service isi form, letak sume resit, letak dlm envelope then masuk dlm box dia. Ktorg dpt claim lps sebulan, masuk dlm credit card.
6.50 pagi, fly blk!
12.20 tghari, Home sweet home.
Sorry la sbb posting pnjg. x reti nak pendekkan cite sbb takut x smpai info tu.? boley refer album utk gmbr lain n ada harga menu mknn skali.
Posting asal Siti Raudhah:
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI