CENDANA melancarkan SH/FT, iaitu Pameran Seni Visual Kontemporari sebagai penghargaan terhadap seni tempatan dalam kalangan generasi muda yang menampilkan lebih 170 karya seni dari 42 artis bebas tanah air. SH/FT sedang berlangsung hingga 11 Ogos di White Box dan Black Box, MAPKL @ Publika.
Pameran ini terbuka kepada orang awam dan masuk adalah percuma. SH/FT dibawakan untuk meningkatkan profil artis dan kolektif kesenian tempatan dengan menyediakan satu platform bagi mereka mewujudkan kesedaran, di samping mempamerkan dan menjual karya seni unik.
Ads
Antara penggiat seni kreatif yang mengambil bahagian termasuk Ajim Juxta, Alias Mat, Alya Hatta, Amar Shahid, Ammar Idris, Anas Afandi, Azarikh, Blank Malaysia, Cristjen Lai, Emir Nazren, Fauzan Fuad, Fizrie Azhan, Haris Rashid, I-Ling, Jack Yong, Kara Inez, Khairul Zariq, Kua Chia Chi, Lai Chang Shiang, Lee Mok Yee, LimJing, Lith Ng, Mark Tan, Max Jala, Mohsin Aminuddin, Myra Myn, Nabihah Haiyee, Ng Kim Peow, Nicholas Choong, Rico Leong, Sanker Ganesh, September Khu, Seven Sans Set & Foie, Sheila Samsuri, Tsa Meera, Sophia Kamal, Syazana Afrina, Tajrin Fariqi, Tomi Heri, Victor Khoo, Wong Xiang Yi, Yati dan Zariq Zin.
Ads
SHIFT telah dirasmi oleh Dato’ Khairul Anwar Salleh, Naib Presiden dan Ketua Bahagian Melayu & Nusantara Kumpulan Kandungan Astro. Beliau menegaskan kepentingan platform-platform strategik seperti SHIFT, bukan sahaja mengiktiraf bakat seni artis tempatan, tetapi juga memacu sektor kreatif sekaligus menyumbang kepada ekonomi negara.
“Sektor seni dan budaya adalah pemacu ekonomi yang amat transformatif, serta memberikan fokus kepada pembangunan yang berteraskan insaniah, penyediaan pekerjaan, penjanaan pendapatan serta perolehan eksport. Justeru, kami memerlukan inisiatif-inisiatif seperti SH/FT bagi menyokong ekosistem seni yang semakin bertumbuh, di samping menghubungkan artis tempatan dengan masyarakat umum serta merangsang permintaan terhadap karya seni tempatan,” tambahnya
Ads
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Kepada anda yang nak beli tiket penerbangan, kajian dan analisis data penerbangan yang dilakukan oleh Airlines Reporting Corporation (ARC) dan Expedia Group ni mendapati tempahan tiket penerbangan pada hari Ahad lebih menguntungkan kerana memberikan penjimatan sehingga 20% kepada anda.
Kajian yang diorang buat memberitahu faktor masa untuk memperoleh penjimatan adalah sangat penting dalam pelan pelancongan anda dan laporan mendedahkan faktor itu juga boleh digunakan untuk mendapatkan tiket penerbangan khas atau premium dengan harga yang lebih murah.
Antara tip penjimatan dalam membeli tiket penerbangan bersandarkan faktor masa adalah seperti ini:
1. Tempah tiket penerbangan anda tiga minggu lebih awal untuk penjimatan terbaik.
2. Tempah tiket penerbangan kelas ekonomi, premium atau bisnes pada hari Ahad untuk penjimatan sehingga 20%.
3. Jimat lebih daripada 10% bagi tiket penerbangan kelas ekonomi apabila anda memulakan perjalanan pada hari Khamis.
4. Jimat sehingga 5% bagi tiket penerbangan kelas premium atau bisnes apabila anda memulakan perjalanan pada hari Jumaat.
5. Tambah satu malam penginapan pada hari Sabtu ketika perjalanan pertengahan minggu jika bermula pada hari Rabu untuk jimat lebih daripada 10% bagi tiket penerbangan dan ada ketika lebih banyak diskaun dapat diperoleh jika ke destinasi perniagaan yang popular.
Jadi kalau anda nak penjimatan ketika beli tiket penerbangan, jom tempah buat tempahan pada hari Ahad!
Jerebu tebal akibat kebakaran hutan bukan sahaja menjejaskan jutaan manusia di rantau ini, tetapi turut menyebabkan banyak haiwan mati dan jatuh sakit.
Antara haiwan yang terjejas termasuklah orang utan apabila kebakaran hutan yang sering terjadi di Borneo menyebabkan habitatnya musnah. Bencana pada tahun 2015 ketika itu adalah paling buruk sejak 1997.
Mengimbas kembali misi menyelamat orang utan beberapa tahun yang lalu, Pusat perlindungan orang utan di Borneo yang dikenali sebagai Pusat Perlindungan Nyaru Menteng telah merancang memindahkan haiwan dalam jagaan mereka dan melancarkan misi berbahaya mencari orang utan yang terperangkap di dalam hutan.
Ketika itu 16 anak orang utan dapat diselamatkan serta dirawat kerana sakit akibat terlalu lama terdedah dengan jerebu tebal beberapa tahun lalu. Beberapa orang utan dewasa pula hanya terbaring kerana terlalu letih selepas diselamatkan dari kawasan hutan yang terbakar. Berpuluh-puluh orang utan yang lain pula menunjukkan tanda-tanda berada dalam keadaan sangat tertekan.
Pengurus program itu, Denny Kurniawan berkata, keadaan bertambah buruk ketika itu dan pihaknya merancang memindahkan kira-kira 470 orang utan dalam jagaan mereka. Bagaimanapun, operasi itu sangat sukar dilakukan dan kemungkinan banyak haiwan berkenaan sudah mati akibat terperangkap dalam kebakaran. Namun, hari ini kesemua orang utan yang diselamatkan kelihat sihat dan ceria.
Korea Tourism Organization (KTO) baru-baru ini mengumumkan pelantikan pelakon Korea, Lee Jae Wook sebagai Duta KTO.
Sebagai tanda menerima pelantikannya secara rasmi dan memulakan peranan pertamanya sebagai Duta KTO, pelakon yang sedang popular dengan drama bersiri Alchemy Of Souls itu membuat lawatan khas ke Malaysia.
Peminat yang membeli mana-mana Pakej Pelancongan Korea daripada mana-mana Agensi Pelancongan KTO yang mengambil bahagian, Syarikat Penerbangan dan Rakan Kongsi Agensi Pelancongan Dalam Talian dari 13 September hingga 11 Disember 2022 yang lalu diberi peluang untuk bertemu dengan pelakon itu secara dekat di event meet & greet “Annyeong Kawan with Lee Jae Wook” pada 20 Disember 2022.
“Kami sememangnya berbesar hati bersama Lee Jae Wook di sini sebagai Duta KTO. Dengan pelantikannya, kami berharap dapat meningkatkan lagi Korea sebagai destinasi pelancongan teratas untuk rakyat Malaysia dan mewujudkan lebih banyak peluang untuk rakyat Malaysia meneroka Korea bersama Lee Jae Wook”, kata Encik Yang Kyung Soo, Pengarah Urusan KTO.
Encik Yang Kyung Soo menambah, “Bersama-sama dengan Lee Jae Wook, kami teruja untuk mempersembahkan pengalaman unik dan menarik Korea Selatan melalui satu siri video di media sosial pada sesi bertemu peminat secara bersemuka. Kami mengharapkan maklum balas positif daripada peminat Malaysia, terutamanya daripada peminat K-drama dan K-pop.”
Lee Jae Wook membuat penampilan sulungnya dalam filem thriller fiksyen sains “Memories of the Alhambra (2018-2019) dan mengukuhkan lagi statusnya sebagai peneraju lelaki dalam drama fantasi terkenal Alchemy of Souls (2022).
Acara yang diadakan di PJPAC di 1 Utama E pada petang itu menyaksikan kemeriahan apabila peminat Malaysia memenuhi PJPAC untuk melihat sendiri selebriti itu. Ia adalah petang yang penuh dengan keterujaan dan keseronokkan kerana pelakon itu berkongsi tempat kegemarannya untuk dilawati di Korea selain memberi petunjuk tentang apa yang penonton boleh jangkakan daripada Musim 2 Alchemy of Souls yang akan datang.
Peminat bertuah juga turut membawa pulang barangan eksklusif Lee Jae Wook dan berpeluang bergambar bersama Lee Jae Wook.
Meet & Greet “Annyeong Kawan bersama Lee Jae Wook” dianjurkan oleh KTO dengan sokongan rakan kongsi agensi pelancongan yang mengambil bahagian iaitu Apple Vacations, Pusat Tempahan Syarikat Penerbangan (ABC Holidays), Airlink Travel & Tour, Esplanad Holiday, Golden Tourworld Travel (GTT). ), Ice Holiday, Parlo Tours, Holiday Tours, Malaysian Harmony Tour & Travel (MHTT) dan rakan kongsi yang mengambil bahagian termasuk CU Malaysia, Klook Malaysia, Malaysia Airlines dan History of Whoo.
Rakan Kongsi Rasmi, Pusat Beli-belah 1 Utama, dengan bangganya disenaraikan di antara pusat membeli-belah terbesar di dunia dan diiktiraf sebagai “The Top Shopping Mall in Malaysia” dengan lebih 750 kedai untuk membeli-belah-makan-bermain!