Sekali pandang, pemandangan seperti di New Zéaland, dengan awan berkepuk-kepuk macam gula kapas ditambah dengan cuaca sejuk.
Tetapi rupanya situasi ini boleh dialami juga di negara kita sendiri. Tak jauh pun hanya beberapa jam perjalanan untuk sampai ke sini iaitu di Gerik, Perak.
Ikuti perkongsian Bella Farhana yang turut dikongsi di laman sosial, Facebook Cuti-Cuti Low Bajet.
Staycation Saksi Awak Kepuk Bak Gula Kapas
Bukan New Zealand tapi di Gerik je ni guyss…awan kepuk-kepuk macam gula-gula kapas. Dari tiba sampai lah balik, ada jee atas bukit tu, macam lukisan. Menariknya tempat ni ada kolam mancing tau…
Otw masuk ke tempat ni tu kami buka tingkap kereta, wahhh dah rasa sikit-sikit sejuk dari jauh dah nampak kabus-kabus atas bukit tu. Sebab awal Januari haritu kan hujan je kan, tapi seriuss best camping masa musim hujan di negeri jiran sbb akan dapat tempias mendung. Sejuk je sepanjang camping 4 hari, kalau hujan pon 2-3 pagi cmtu, ok la waktu tido dah kan tu.
Jom tengok ape best kat sini pulak:
Ads
– Sewa rumah segitiga tu RM 150 per malam, boleh muat 4 orang berkatil dan ada aircond, hmm murahh, siap dibagi board game (dam, chess) – Khemah RM 30 per khemah, siap tapak dan khemah siap pasang – Yg penting ada karoke gaiss hahaha sound system terbaik yee, melalak la ko dalam hutan tu takde orang nak peduli – Kolam mandi air bukit tauuu, syok je tengok budak2 duk mandi, kebetulan khemah kami dapat depan kolam tu – Ada 5 kolam pancing (klo xsilap bella) tengok depa duk mancing ikan besar2 ye yg naik – Ada ATV, ada kayak, lokasi kayaknya lawaaa weii – Ada unggun api yee – Tandas banyak dan selesa – Ada ayam, kambing haha kuda depa kata dah oder tapi tak sampai2, pkp kot kuda xleh rentas negeri – Ada nasi talam , korang kene cuba ni, cenggini . RM 50 setalam .. lauk banyakk dan pior lauk kenduri di Gerik
Ads
– Surau di kayangan, mcm menara pantau dah tp lawa – Ada sungai juga – Paling penting staff bagus-bagus, tak berhenti tengok depa buat keje, mintak pinjam tikar, dia bagi mai hantar, mintak meja kerusi, dia mai hantar lagi, bagi pinjam free tauu, sebelum tidur, depa mai tanya ok tak ape semua – Ada dewan terbuka besar if siap pa system – Ada banyak ruang blh buat sukaneka if family day – Ada jual daging perap, if bawak dapur steamboat mcm kami, boleh main grill2 – Oh satu lagi jangan lupa beli rempeyek org asli otw kluar masuk ke tempat ni, org asli tu jual depan rumah dia..
Bangun pagi , wahh sejukkk berkabussss… kami dgn tak mandi merayap main alat senaman yg ada kat situ.. beli aiskrim zaman dulu tu lepak kat pondok sambil tengok orang mancing.. pastu pi main kayak.. santai-santai.. nak main hp tak ada line, so kami kami buat la ape boleh buat kat situ..
Ads
Sebelum Bella nak gerak balik ownernya mai jumpa. Terima kasih Cikgu Tarmizi dlm sibuk2 sempat mai sembang sekejap, terkejut kitee, ingt sape la mai cari tgh2 bercuti, ramah orangnya.
Jomlah kita, habis PKP serbu tempat lawa ni, banyak spot bergambar dan aktiviti boleh buat bersama keluarga.
Ramai juga rakyat kita dalam kalangan pendaki yang sangat teruja dan menanam impian untuk mendaki Annapurna.
Gunung Annapurna adalah antara tiga gunung yang paling tinggi dan berbahaya di dunia. Gunung Annapurna adalah salah satu gunung yang melebihi paras ketinggian 8,000 meter dan dari aspek kepayahan pendakian, Gunung Annapurna 1 adalah gunung yang mempunyai ketinggian risiko kematian berbanding Gunung K2 atau Gunung Nanga Parbat. Namun tiga gunung ini adalah paling susah dalam 14 gunung yang tertinggi di dunia.
Minggu lalu, empat pendaki rakyat Korea Selatan dan tiga pemandu pelancong warga Nepal dilaporkan hilang dalam kejadian salji runtuh di kawasan pergunungan popular Himalaya di Nepal pada 17 Januari 2020. Sebelum ini, banyak kehilangan turut dilaporkan akibat kejadian yang 'ditakuti' pendaki Annapurna.
Kejadian terkini salji runtuh yang berlaku di Annapurna itu adalah pada ketinggian 3,230 meter dari permukaan laut. Insiden itu berlaku di laluan trekking Annapurna yang terkenal pada kira-kira pukul 10.30 pagi hingga 11 pagi (waktu tempatan).
Mangsa yang hilang adalah dua wanita berusia antara 30 dan 50-an serta dua lelaki berusia 50-an. Kesemua mereka adalah guru yang bertugas secara sukarela di Nepal. Ketika kejadiaan, sesemua mangsa dalam perjalanan turun dari Deurali ke Dovan semasa salji runtuh itu berlaku.Operasi menyelamat bertambah sukar apabila keadaan cuaca dilaporkan buruk.
Seorang pemandu pelancong dari syarikat Janbogo Tour Nepal, Sandesh Pandy berkata, disebabkan hujan berterusan selama dua hari berturut-turut di rantau Annapurna, mereka tidak dapat mendaki sehingga tapak kem. Mereka dalam perjalanan pulang dari Deurali ke Dovan pada Jumaat petang apabila salji runtuh terjadi. Itu yang dimaklumkan oleh salah seorang pemandu pelancong. Ahli yang lain dalam kumpulan itu melalui jalan yang sama hanya beberapa detik sebelum itu. Mereka berjaya menyeberang, tetapi empat warga Korea Selatan dan dua warga Nepal itu tersangkut.
Durian antara buah yang menjadi kegemaran ramai, bila dapat tahu ada campsite yang menawarkan tapak perkhemahan dan juga dapat makan durian segar tentulah teruja nak cuba.
Alfariq Campsite yang terletak di Yan, Kedah ini antara tapak perkhemahan terbaru yang mana lokasinya juga agak rare kerana terletak di kaki Gunung Jerai selain mempunyai pokok-pokok durian yang pelbagai.
Memang puas dapat makan durian di sini dan seterusnya berendam dalam sungai yang jernih. Berpeluang berkunjung ke tapak perkhemahan baharu ini, Noorsuzaimi Noordin berkongsi pengalaman dia dan keluarga camping selama 3 hari 2 malam di sana.
Nak tahu apa yang best ada kat campsite ni, jom baca perkongsian Noorsuzaimi Noordin ini!
ALFARIQ CAMPSITE, YAN, KEDAH
Camping sambil makan durian dan mandi air sungai macam air mineral.
Sebagai penggemar durian, nampak saja post di page Alfariq Campsite boleh camping sambil makan durian, suuppp!!! macam kena pukau terus booking tapak untuk makan durian baru luruh, makan pula di campsite. Sini ada durian variety IOI, Kampung isi kuning dan Kampung biasa.
Terus whatapps Aleep, booking 4 tapak, bayar deposit terus takut campsite penuh, maklum lah campsite ni tengah viral sekanrg. Booking dari 10 May tau.
Pada 17-19 Jun 2022 haritu saya ke AlFariq Campsite di Yan, Kedah. Untuk camping kali ni saya bersama dengan 2 keluarga jiran dan 1 keluarga kawan. Masuk ja campsite fuhh berbau doyan..
Campsite ni baru saja dibuka lebih kurang 3 bulan dan kami antara campers yang teracun untuk booking.
Ownernya Aleep FarAh. Sepanjang kat sini memang ‘merap’ dia saja. Minta tolong beli ais la, tukar extension la, minta tanak pulut dan santan la.. yang paling tak tahan dia boleh deal sekongkol dengan wife saya jadi tok dalang prank birthday saya. “bang bang, ada orang gostan kena belakang kereta, lampu pecah” tapi tengok ayaq muka dia pun tau dah jenis tak reti menipu. hahaha… Apapun TQ Aleep dan Atikah Pazil berjaya prank, walaupun dah dapat hidu awal lagi dah.
Reason saya pilih campsite ni sebab musim buah doyan, manggis dan rambutan, dan yang paling penting air sungai dia jernih yakmat macam air mineral, cuma tak boleh la direct minum (sumber dari air terjun batu hampar).
Boleh menyuluh udang waktu malam. Nak mandi waktu malam pun boleh sebab cerah dengan lampu. Banyaknya lampu kat sini macam bil TNB dia dapat diskaun 70%.
Keseluruhan review, campsite ni agak rare sebab berada di kaki gunung Jerai, di dalam kawasan Kg Raga dan tak jauh dari laut. Bonus, campsite ni ada sungai yang amat jernih air.
Ringkasan review:-
Name of place : Alfariq Campsite
Cost of site :- RM40 khemah sendiri, RM30 Campervan.
Menara ikonik bandaraya kosmopolitan di Kuala Lumpur iaitu Menara KL akan bertukar warna kepada warna pink sempena sambutan ulang tahun Barbie yang ke-60 tahun sehingga 31 Mac ini bermula pukul 7 petang sehingga pukul 12 tengah malam.
Sambutan ulang tahun ini telahpun dimulakan di seluruh dunia sejak awal Mac lalu tetapi di Malaysia, kemeriahan dan keriangan sambutan ulang tahun berlangsung semalam di dataran Menara KL dengan dihadiri oleh orang ternama antaranya ahli astrophysicist pertama negara Professor Dr. Mazlan Othman, dan ahli perniagaan Datin Vivy Yusof.
Beberapa bangunan ikonik di seluruh rantau Asia Tenggara juga turut sama bertukar warna pink dalam meraikan acara sambutan ulangtahun ke-60 Barbie seperti Manila City Hall, Filipina, Muzium Fatahillah, Indonesia, Singapore Flyer, Singapura, dan Emquartier, Thailand.
Barbie turut mengambil kesempatan dalam sambutan ulangtahun ini untuk memperkenalkan slogan ‘You Can Be Anything’ kepada semua remaja perempuan untuk menjadi apa sahaja yang mereka inginkan dalam mencapai cita-cita mereka selama ini.
Sebanyak 60 patung permainan Barbie bertemakan kostum pekerjaan mula dijual secara eksklusif antaranya angkawasan, juruterbang, pembaca berita, ahli politik, ahli astronomy dan pemain bola sepak.
Buat peminat-peminat Barbie diluar sana, ayuh serikan lagi kemeriahan sambutan 60 Barbie dengan berkunjung ke Menara KL, ambil gambar berlatarbelakangkan Menara KL dan hashtag #barbie60 sekarang.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!