
Pokok Krismas yang paling terkenal di Rio de Janeiro, Brazil dinyalakan dengan lampu berwarna-warni sempena sambutan perayaan itu sehingga 6 Januari 2020
Setiap kali perayaan Hari Natal berlangsung, ribuan orang awam berkumpul di sekitar Rodrigo de Freitas Lagoon hanya untuk menyaksikan pokok setinggi 70 meter itu dinyalakan dengan kerdipan lampu cantik yang turut dimeriahkan dengan pertunjukan bunga api selama tujuh minit.
Pokok yang begitu terkenal dalam kalangan rakyat Brazil dan peloancong itu juga dianggap pembawa harapan kepada orang penganut agama Kristian.
Ia merupakan acara kebudayaan ketiga terbesar di Rio de Janeiro, selain sambutan ambang malam tahun baru dan acara Karnival Rio. Nyalaan pokok berkenaan menandakan permulaan perayaan Krismas di ibu kota Brazil itu.
Pokok itu diterangi oleh 900 ribu lampu LED dan ia akan dihidupkan setiap malam bulan perayaan Krismas. Setiap tahun, pokok ini mempunyai tema dan konsep nyalaan lampu yang berlainan sebagai simbolik perayaan yang sangat ditunggu-tunggu.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Switzerland Mula Buka Sempadan Dengan Negara Jiran Austria, Jerman & Perancis Jun Ini

Switzerland mengumumkan pembukaan semula sempadan dengan tiga negara jiran bermula 15 Jun depan selepas ditutup hampir tiga bulan.


Ia langkah terbaharu untuk melonggarkan sekatan yang dikuatkuasakan berkaitan COVID-19. Kerajaan Switzerland menjelaskan pembukaan itu melibatkan sempadan dengan Austria, Jerman dan Perancis. Ketika ini, Switzerland hanya membenarkan penghantaran kargo dan pekerja rentas sempadan yang mempunyai pengecualian had. Negara itu bukan anggota Kesatuan Eropah (EU) namun ia adalah sebahagian daripada kawasan Schengen yang membolehkan perjalanan bebas visa di dalam Eropah.



“Rundingan ini menunjukkan kita mempunyai persamaan untuk kembali menjadi normal secepat mungkin, termasuk di bahagian sempadan. Jika perkembangan epidemiologi membenarkannya. Ini juga bermakna kita boleh kembali melaksanakan kebebasan perjalanan, kami sasarkan untuk membuka sempadan sepenuhnya dengan Jerman, Austria dan Perancis pada 15 Jun. Ini adalah perjanjian yang berjaya dicapai antara empat negara ini,” kata Ketua Jabatan Kehakiman dan Kepolisan, Karin Keller-Sutter.
Sumber: Bernama
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
3 Puncak View Menarik Di Thailand, Minat Hiking Boleh Pergi!

Isi Kandungan
ToggleSebenarnya banyak view menarik di Thailand dan kalau anda jenis suka hiking boleh plan ke negara jiran ini pula.
Selain daripada mempunyai pelbagai makanan unik, negara Thailand juga menjadi tumpuan pelancong disebabkan banyak lokasi bersejarah dan seni bina bangunan mengagumkan.
Namun, untuk anda yang dah biasa datang ke Thailand dan tak tahu nak pergi ke mana, jom kami kongsi 3 tempat menarik yang mempunyai pemandangan lawa!
1. Kew Mae Pan
Siapa suka tengok view daripada puncak, siap nampak awan berkepuk-kepuk, kena datang ke Kew Mae Pan yang terletak di Taman Negara Doi Inthanon, terletak kira-kira 2 jam daripada barat daya Chiang Mai.
Destinasi ini sangat popular di Thailand tau disebabkan ia mempunyai salah satu laluan alam semula jadi yang sangat cantik dan laluan tersebut terletak di puncak Doi Inthanon, titik paling tinggi di Thailand.
Jadi, kalau nak tengok pemandangan yang menakjubkan, perlu mengikut laluan pendek merentasi hutan hujan untuk ke puncak.
Menariknya, dari puncak tersebut juga dapat melihat keindahan Royal Twin Pagoda yang terkenal di Thailand!
Paling penting, anda tak perlu risau tentang kesukaran trek pendakian sebab trek laluan ke puncak sangat mudah untuk diikuti. Macam ni barulah seronok!
2. Gunung Phu Thap Boek
Satu lagi lokasi yang mempunyai pemandangan menakjubkan serta trek pendakian mudah adalah di Gunung Phu Thap Boek, terletak di Wilayah Phetchabun.
Menariknya, gunung yang juga mudah didaki menggunakan pacuan 4 roda ini cukup terkenal dengan pemandangan sangat lawa terutama pada awal pagi ketika awan masih banyak, serta ketika musim hujan, membuatkan kabus menyelubungi kawasan tersebut.
Nak tahu apa yang lagi best? Dekat sini ada tapak perkhemahan serta penginapan. Jadi, kalau suka tengok keindahan bintang-bintang atau nak bangun awal untuk lihat sunrise, memang kena datang ke Gunung Phu Thap Boek.
3. Phu Chi Fa
Nak melihat pemandangan lawa dan pada masa sama tak nak mendaki gunung tinggi, Phu Chi Fa adalah destinasi paling tepat!
Gunung yang terletak kira-kira dua jam pemanduan ke utara Chiang Rai ini mempunyai perkampungan hilltribe yang menawarkan pelbagai kemudahan seperti restoran dan tempat berehat. Jadi, lepas long drive, boleh lah berehat dulu sebelum mendaki.
Perjalanan untuk ke gunung tersebut daripada perkampungan hilltirbe itu pun hanya 750 meter saja.
Gunung Phu Chi Fa ini menjadi tumpuan popular dalam kalangan orang tempatan sendiri sebab memberikan pemandangan gunung yang sangat lawa terutama pada waktu pagi ketika kabus menyelubungi kawasan pergunungan.
Jika suka dengan kehijauan alam, Gunung Phu Chi Fa memang destinasi pendakian yang tepat sebab mempunyai pelbagai jenis flora dan fauna tempatan lawa, paling best terdapat juga sungai lembangan, Sungai Mekong!
Lepas ni, kalau nak melancong ke Thailand, pastikan 3 destinasi ini ada dalam bucket list. Sekali sekala untuk tenangkan fikiran, apa salahnya.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Berhujung Minggu Di Hotel Armada

Jika berfikir untuk menginap di hotel yang praktikal dan selesa, Hotel Armada wajar anda pertimbangkan. Lokasinya yang strategik bersebelahan dengan Lebuh Raya Persekutuan, hanya lima minit berjalan kaki dari Stesen LRT Asia Jaya memberi kemudahan buat pengunjung. Hotel Armada menawarkan lokasi untuk berehat dan bersantai sama ada secara individu atau bersama keluarga.
Hotel serba selesa dan praktikal
Hotel Armada dengan ketinggian 24 tingkat membolehkan pengunjung yang menginap dapat menikmati pemandangan yang sewajarnya. Kesemua bilik dilengkapi televisyen plasma 40” dengan USB serta sambungan wi-fi percuma. Menyediakan sebanyak 257 bilik penginapan yang selesa dengan ruang dalaman bergaya moden kontemporari memenuhi tren terkini. Bilik mandi peribadi dengan alat pengering rambut, kemudahan membuat teh atau kopi dan bar mini juga disediakan.
Hotel ini baru sahaja mengubahsuai 49 bilik eksklusif di lima tingkat ‘Premier’ bermula daripada tingkat 21. Ia memberi jaminan kepada tetamu merasai pengalaman yang menyeronokkan. Semua penginapan bagi tetamu menawarkan kemudahan yang difikirkan dengan teliti bagi memastikan rasa selesa yang sukar ditandingi.
Setiap bilik hotel dan ruang koridor di aras Premier menggunakan lampu energy –saving dan permaidani plush dari bahan recycle. Kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan oleh hotel ini menyenangkan para tetamu.
Jamu selera dan hiburan
Makanan tempatan dan Jepun yang lazat disajikan di dua restoran yang terdapat di hotel iaitu Utara Coffee House dan Shokudo sebuah deli Jepun . Pilihan menjamu selera di dalam bilik juga boleh disediakan. Utara Coffee House boleh memuatkan sehingga 180 orang pda suatu masa dan dibuka dari jam 6.30 hingga 2.00 pagi pada setiap hari. Ia juga menjadi ruang pilihan untuk mengadakan majlis khas namun tertakluk kepada tempahan.
Shokudo menyediakan makanan terbaik dari Jepun dalam suasana cozy. Ia terletak di aras 1 dan dibuka dari jam 12 tengah hari hingga 2.30 petang dan 6 petang hingga 11 malam ( kecuali Ahad). Penggemar kopi , snek enak serta rangkaian minuman terpilih boleh menikmatinya di kafe’ 52 atau Piano Lounge. Dibuka dari jam 11 pagi hingga 11 malam setiap hari.
Pihak hotel menawarkan aktiviti rekreasi untuk memastikan anda mempunyai perkara untuk dilakukan sepanjang penginapan anda. The Merchant Live di aras satu wajar dikunjungi buat anda yang suka berhibur. Live band yang energetik dihidangkan buat tetamu dari Khamis hingga Sabtu bermula jam 9.30 malam. Bilik karoake dilengkapi dengan sistem canggih dan bilik yang luas memberi keselesaan buat tetamu. Sebelum memasuki ke bilik, disambut dengan lampu LED aneka warna dan reka bentuk spiral. Anda boleh memilih sama ada karoake di bilik Red,, Silver dan Gold. Setiap bilik luas mampu memuatkan 20 hingga 30 orang. Teknologi canggih melengkapi bilik ini dengan sistem bunyi yang terbaik.
Bilik mesyuarat dan pengajuran acara
Untuk tujuan bermesyuarat pula Atlanta Ballroom di aras tiga boleh menempatkan 350 hingga 500 orang tetamu dengan kemudahan tercanggih. Terdapat juga enam bilik serba guna lain sekiranya ingin menganjurkan aktiviti. Hotel Armada juga baru memperkenalkan The Latitude, ruangan baru untuk penganjuran acara yang sangat luas dan bergaya. Ia meliputi tiga bilik suite dengan kemudahan kontemporari. Ia mampu menempatkan sehingga 250 orang tetamu. Kemudahan yang hebat dan lokasi yang strategik menjadikan Hotel Armada pilihan yang sempurna untuk percutian atau bersantai di hujung minggu.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI