Setahun kumpul barang untuk camping, first time pacak khemah terus rasa teruja. Wanita ini dan pasangannya memilih campsite yang tidak jauh daripada Kuala Lumpur sebagai percubaan pertama.
Ia ternyata satu pengalaman yang best untuk diulang lagi. Berbaloi ada segala kelengkapan tambah pula dapat dapat pengalaman dirikan khemah dan juga merasai kegusaran apabila hujan turun ketika camping.
Turut berkongsi keadaan campsite yang dipilih iaitu Bin Khalid Sons Campsite yang terletak di Hulu Langat, Ibah Abdullah menyatakan ia satu pengalaman manis untuk dikenang dan bakal datang lagi ke tempat ini dan mungkin juga mencuba campsite lain untuk pengalaman baharu.
Jom ikuti perkongsian wanita ini!
SYAFIQ & IBAH CAMPING : TRIP #1
13 & 14 Aug 2022, 2D1N
Lokasi : Bin Khalid Sons Campsite, Hulu Langat
Setelah setahun mengumpul barang camping, finally berjaya cari masa untuk pacak. Tertarik dengan video Tiktok, kami pilih tapak yang tak jauh dari KL.
Kami camping 1 malam saja, sampai dalam pukul 11 pagi. Matahari tengah terik. Tapak atas bawah pokok semua dah full, kami dapat tapak bawah tepi sungai. Agak panas sebab direct sun, tapi view superb
Selaku first timer, 10 minit juga tercangak garu kepala awal sampai plan nak start dari mana. Sejam setengah, berjaya dirikan khemah dan setup barang tanpa pertumpahan darah dan jelmaan roh pendekar singa jadian, cuma acara berkicap mandi peluh. Petang migrain sebab heatstroke.
Malam hujan lebat kilat guruh sekitar 3 pagi. Agak lama. Cuak juga sebab lokasi khemah betul tepi sungai. Alhamdulillah shelter tent cemerlang.
Review sedikit campsite disini :
Campsite baru, start buka Dec 2021 pasca banjir besar Hulu Langat.
Parking : 4/5
Parking tak banyak. Parking tepi jalan berhadapan laluan ke campsite, free. Kalau penuh boleh park campsite sebelah RM5. Campsite seberang sungai, titi roboh akibat banjir jadi hanya lepas untuk pejalan kaki dan motor. Macam kami, CO tolong angkat barang dengan motor. Terbaik Kak Zura & daughters. Kalau ada wagon, boleh digunapakai.
Plugpoint : Tiada.
Malam hanya ada 1 lampu solar berhadapan tandas. Better siapkan lampu extra & lampu suluh untuk ke tandas.
Toilet & Tempat Mandi : 4/5
Ada 1 tandas duduk, 1 tandas cangkung. Air shower laju. Punca air bukit, sejuk.
Sinki Basuh : 1/5
Tiada sinki basuh. Cuma CO sediakan 2 tempat paip rendah untuk tempat mencuci. Kena cangkung.
Sungai :4/5
Sungai luas. Cetek, berbatu dan air agak deras. Ada tempat dalam yang berpasir. Tak terlalu jernih tapi tetap best untuk berendam badan air sejuk. Boleh water tubing & ada port untuk terjun tiruk.
Hp Coverage : 5/5
Keselamatan : 4/5
Lokasi campsite agak privacy, CO selalu buat rondaan.
Kedai makan : 3/5
Rasanya takde walking distance. CO baik boleh tolong belikan air batu, roti, air etc.
Campsite Operator: 5/5
Rasa nak bagi 10 bintang. Baik, sangat friendly & helpful. Kak Zura siap bagi donut untuk sarapan. Sumpah sedap. Memang added value untuk Bin Khalid Sons. Semoga dikekalkan. Masa kami datang, dah terlepas musim cempedak. Petang CO siap offer kayu api untuk buat unggun. Masa datang & balik, CO tolong punggah barang kami.
Overall Rating : 4/5
CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
Kami nampak kesungguhan & kerja keras Kak Zura & family handle campsite. Mungkin campsite baru beroperasi, kita pun faham. Cuma mungkin CO boleh selitkan rules untuk campers masa tempahan dibuat. Ada tapak yang pasang speaker kuat sampai jam 2 pagi. Cuma tak pasti, dari tapak sebelah atau tapak seberang sungai campsite lain. Dan ada yang basuh pinggan mangkuk guna sabun di sungai. Susah nak pantau, cuma kalau ada pesanan awal mungkin dapat dielakkan.
Mungkin juga boleh terus bahagi dan tandakan kawasan tapak khemah. Jadi at least ada penjarakkan antara khemah campers. Lebih teratur dan privacy.
Kalau ada sinki yang ringkas much better, boleh cuci pinggan sambil berdiri
Review dan rating sekadar pandangan peribadi kami sahaja. Insya Allah ada rezeki kami datang lagi.
Saya support bisnes lokal & semoga campsite Bin Khalid Sons terus maju jaya.
Nama Campsite: BIN KHALID SONS
Lokasi: Lubuk Manggis, Hulu Langat, Selangor, Malaysia.
Harga Tapak: RM50 – own tent, mohon hubungi CO untuk details harga terkini
Sumber: Ibah Abdullah