Menggunakan perkhidmatan keretapi untuk travel dari satu tempat ke satu tempat masih relevan hari ini. Ramai pelancong hari ini memilih untuk menaiki kemudahan pengangkutan keretapi untuk ke pelbagai destinasi.
Jangan kata penumpang kanak-kanak sahaja yang seronok dapat menaiki keretapi, orang dewasa pun ada yang begitu teruja berpeluang menggunakan keretapi sebagai pengangkutan ketika bercuti.
Disebabkan percutian rakyat Malaysia hanya dibenarkan di dalam negara ketika pandemik, ramai yang lebih kreatif dalam memilih cara bercuti. Menggunakan pengangkutan kereta api menjadi semakin popular, lebih menyeronokkan jika mengambil peluang mencuba kereta api siap dengan tempat untuk tidur yang selesa.
Ini perkongsian trip daripada Cik Manis yang mencuba menggunakan khidmat kereta api KTMB bersama keluarga kecilnya dari Ipoh hingga ke Kelantan.
- Sharing trip Sleeper Train ke Kelantan bersama suami dan anak 3 tahun. Alhamdulillah salah satu wishlist tercapai nak bawa anak travel dengan Malaysia Jungle Train.
- Trip ni memang nak merasa bermalam dalam train semata-mata. Dari Ipoh ke Gemas saya ambil ETS dan dari Gemas-Wakaf Baru naik sleeper train. Sleeper train ada menghala ke arah pantai timur je, kalau cari dari utara ke selatan memang dah tak ada, semua sudah diganti ETS.
- Nak tunggu border buka untuk ke Bangkok naik sleeper train ni macam lambat lagi, jadi kita naik ke pantai timur sebelum lepas ni yang ini pun dimansuhkan juga.
- Saya book thru apps KTMB je, katil bawah nombor genap harganya RM46, katil atas nombor ganjil RM40. Pilih katil bawah tingkap luas sikit best tengok view yang sangat cantik
- Kafe dibuka 24jam, makanan panas-panas dan sedap serta harga pun murah. So far tak susah bawa anak, yang penting ada aktiviti, saya memang tak bagi anak handphone. Entertain dia dengan tengok view, jalan-jalan ke koc cafe, bawa buku untuk aktiviti. InsyaAllah anak mesti excited dan behave bagi saya, bila ada anak bukan penghalang nak travel, tapi lagi seronok travel dengan anak. Dah biasa, mudah dia suaikan diri.