Berada di tengah bandaraya Kuala Lumpur, agar sukar untuk mencari tempat makan yang istimewa bercirikan ‘nature’. Namun jika anda ke Restoran Bbq Lamb KL Kemensah pasti kemahuan anda itu akan tertunai. Uniknya lokasi makan ini dikelilingi alam hijau dan bonus terdapat air sungai semulajadi yang mengalir perlahan.
Ramai yang berasa teruja apabila berpeluang menikmati makanan di Bbq Lamb KL Kemensah iaitu lokasi menjamu selera di tepi sungai. Anda bukan sahaja berpeluang menjamu selera hidangan barbeku pada tengah hari, malah berasa seronok apabila dapat mencelup dan merendamkan kaki ke dasar air sungai yang menyegarkan.
Bagi pelanggan yang datang membawa anak-anak pula, anda boleh membenarkan mereka bermain air di sini iaitu kawasan sungai yang cetek dan tidak membahayakan
Ads
Jika anda memilih meja makan untuk menjamu selera di dalam sungai, ia mula beroperasi dari jam 12 tengah hari sehingga 5.30 petang sahaja. Ia boleh memuatkan 40 orang pada satu-satu masa. Selepas tempoh itu pelanggan boleh memilih untuk menjamu selera di dalam kawasan restoran tepi sungai yang dibuka sehingga jam 10 malam.
Selain ‘cara menarik’ makan di dalam sungai, semua jenis menu yang ditawarkan kepada pelanggan menggunakan cara memasak serta ramuan istimewa.
Ads
Kambing adalah pilihan utama di sini. Ia akan diasap di dalam rumah asap ini antara lapan hingga 10 jam lamanya. Kemudian jika telah mendapat pesanan daripada pelanggan, menu utama akan dipanaskan di atas arang seperti barbeku. Jadi anda tidak akan menunggu lama untuk menikmati makanan masing-masing. Hidangan akan sedia terhidang dalam masa 10 hingga 15 minit sahaja.
Ads
Macam menarik kan? Jika anda tidak makan menu kambing, pelbagai pilihan sajian lain yang ditawarkan seperti menu ayam dam makanan laut. Jom la singgah ke sini.
Bila menyebut Star Wars, kita pasti membayangkan watak-watak ikoniknya seperti Han Solo, Yoda, Luke Skywalker, Chewbacca, Princess Leia selain Darth Vader yang mana filem ini gerenti pecah panggung setiap kali ditayangkan.
Bermula dari The Phantom Manace (1999), The Empira Strike Back (2005) sehinggalah The Last Jedi (2017) termasuklah The Rise Skywalker, filem yang punya banyak sekuel ini punya ramai peminat.
Ternyata, di sebalik filem Star Wars pecah panggung, penggambaran yang dibuat di sebuah pulau di Ireland iaitu Skellig Micheal telah berjaya mempopularkan pulau ini sebagai destinasi pelancongan dunia.
Pulau ini mula digunakan sebagai penggambaran filem Star Wars bagi sekuel ke tujuh The Force Awakens (2005) dan kelapan iaitu Star Wars The Last Jedi (2017) menjadikan pulau yang mendapat pengiktirafan dari UNESCO sebagai destinasi pelancongan utama dunia. Ia merupakan tempat persembunyian Skywalker sekaligus menjadi seperguruan Jedi.
Kemasukan pelancong ke pulau ini naik kira-kira 17 peratus di mana 24 peratus datang dari Amerika Utara, Britain (17 peratus), Jerman (21 peratus) serta Belgium, Belanda dan Luxemborg sebanyak 31 peratus)
Apa yang menariknya, demi menjaga dan memelihara artifak di pulau ini, hanya seramai 180 orang dibenarkan berada di pulau yang cukup indah ini.
Tapi sebelum pulau ini popular pada 2015, lokasi ini sebenarnya adalah biara, tempat penganut beragama Kristian mengabadikan diri kepada Tuhan mereka pada abad ke 6 hingga 12. Dan sisa-sisa bangunan kuno masih berdiri kukuh di lokasi ini yang menjadi saksi bisu penyebaran agama di lokasi ini. Untuk ke sini, pelancong perlu mendaki 600 anak tangga pada ketinggian 200 meter sebelum sampai ke puncaknya yang cukup cantik dan dikeliling lautan.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Bila ada cuti objektif utama bagi yang berkeluarga tentunya untuk kegembiraan anak-anak. Jadi selain bercuti dengan menginap di hotel, camping dengan anak-anak juga antara aktiviti yang menyeronokkan untuk dibuat terutamanya pada cuti umum.
Memilih Flamboyan Resort yang terletak di Ulu Yam, Selangor untuk menghabiskan masa bersama keluarga tercinta sempena cuti Maulidur Rasul, perkhemahan di sini cukup menyeronokkan anak-anak.
Mempunyai kawasan yang luas dengan landskap dipenuhi flora dan fauna, air sungai kat sini juga cukup cetek dan sesuai untuk mandi-manda. Paling best waktu malam kalau cuaca bagus dapatlah lihat pemandangan Genting Highlands yang meriah.
Damai dan menenangkan percutian selama 3 hari 2 malam ke campsite ini, Raisah juga turut berkongsi info buat yang ingin berkunjung ke sini.
Assalamualaikum semua.
3 hari 2 malam sempena cuti maulidur rasul di Flamboyan Resort, Ulu Yam, Selangor.
Campsite paling menang di hati anak-anak sebab sungai cetek, toilet bersih dan damai sangat .
Tapak seberang sungai, mengadap Genting Highlands.
Cuaca baik sepanjang 3 hari. Alhamdulillah…
Flamboyan resort: contact Dato Yunus 019-2282224
maxis/digi
toilet
plug point
check in check out tak ada specific masa
RM60/ night
Campsite ni anak-anak paling suka sebab aman, kawasan luas anak-anak boleh berlari, ada landscape flora dan fauna, air sungai yang cetek mesra anak-anak, dan view mengadap Genting Highlands tu memang cantik especially malam.
Kuala Lumpur dikenali sebagai hub transit untuk mengembara, tidak sah jika tidak tinggal beberapa hari di kota ini kerana ia sentiasa menjanjikan seribu satu keseronokan. Disebabkan itu, penginapan berdekatan dengan pusat beli-belah, kemudahan awam dan tempat-tempat menarik merupakan pilihan tertinggi tetamu ketika mencari hotel terutamanya di sekitar bandar besar.
Maka tidak hairan jika Sunway Putra Hotel yang terletak di Jalan Putra, Kuala Lumpur menjadi lokasi tarikan pelancong dari dalam dan luar negara untuk datang menginap. Berada pada lokasi yang strategik selain mempunyai akses mudah ke pusat membeli-belah Sunway Putra Mall, ia merupakan satu kelebihan kepada pengunjung. Pelbagai aktiviti sampingan boleh dilakukan seperti menonton wayang, membeli-belah, menjamu selera atau hanya bersiar-siar mencuci mata.
Sunway Putra Hotel dianggap lokasi menginap paling sesuai sekiranya anda ingin meneroka ibu kota metropolitan Kuala Lumpur.
Gaya Percutian Hebat
Meskipun terkenal sebagai destinasi persinggahan untuk aktiviti pelanggan korporat di sekitarnya namun Sunway Putra Hotel masih mempunyai tawaran menarik kepada pelanggan dalam segmen bercuti pada hujung minggu bersama teman atau keluarga.
Jika mahukan percutian hebat bersama keluarga atau rakan, Sunway Putra Hotel menawarkan kemudahan yang pelbagai seperti kemudahan kolam renang untuk dewasa dan kanak-kanak serta kolam tub panas.
Kawasan lapang yang terdapat di sekitar kawasan ini juga sangat sesuai bagi mereka yang ingin bersiar-siar menikmati ‘view‘ Kuala Lumpur suasana pagi dan petang dengan hembusan angin pada ketinggian tingkat 11.
Di lantai ini juga terdapat kemudahan Pusat Kecergasan (Gym) yang dibuka 24 jam untuk kegunaan tetamu sahaja untuk mencuba pelbagai alatan kecergasan yang moden.
Untuk tujuan bermesyuarat atau penganjuran majlis dan acara pula, Sunway Putra Mall menyediakan pelbagai dewan dan bilik serbaguna utama dengan kemudahan teknologi canggih.
Bilik Penginapan Selesa & Praktikal
Beralih ke ruang penginapan, Sunway Putra Hotel yang bertaraf lima bintang mempunyai 650 buah bilik dan suite. Bagi yang ingin meluangkan masa pada hujung minggu bersama keluarga, jenis-jenis bilik percutian yang ditawarkan di Sunway Putra Hotel merupakan pilihan yang paling ideal. Terdapat sembilan jenis bilik iaitu Superior, Deluxe, Club Room, Club Suites, Family Room, Junior Suite, Classic Suite, 2-Bedroom Classic Suite dan Premier Suite. Sunway Putra Hotel dengan ketinggian 35 tingkat membolehkan pengunjung yang menginap dapat menikmati pemandangan yang sewajarnya.
Melangkah masuk ke ruang bilik pula, rekaannya berkonsepkan moden kontemporari dengan ruang selesa, bilik mandi luas, katil serta tilam yang empuk.
Kesemua bilik lengkap dengan sambungan Wi-Fi percuma, televisyen LCD dan seni reka dalaman yang unik. Setiap bilik juga mempunyai pelbagai kemudahan disediakan untuk tetamu seperti peti keselamatan, bar mini, alat pengering rambut dan seterika.
Menjamu Selera
Coffee House
Soal makan pula, Sunway Putra Hotel menawarkan restoran Coffee House yang dibuka setiap hari bermula awal pagi hingga lewat malam di tingkat 9. Coffee House merupakan lokasi tempat makan seharian yang menyajikan aneka makanan tempatan serta antarabangsa.
Kari Kepala Ikan merupakan signature dish di sini. Bagi keluarga yang membawa anak-anak, terdapat ruang untuk kanak-kanak bermain disediakan di sini.
Atrium Lounge
Penggemar kopi , snek enak serta rangkaian minuman terpilih boleh menikmatinya di Atrium Lounge yang berada di tingkat 9. Pihak hotel menawarkan aktiviti rekreasi untuk memastikan anda mempunyai perkara untuk dilakukan sepanjang penginapan anda.
Gen Japanese Restaurant
Terdapat sebuah restoran yang menawarkan makanan Jepun yang lazat bertempat di tingkat 10. Gen Japanese Restaurant menyediakan makanan terbaik citarasa Jepun dalam suasana cozy. Jangan lupa untuk mencuba menu set Teppanyaki bermula dari harga serendah Rm45 dan juga menu set Bento (Chicken Teppanyaki Bento / Grilled Salmon Bento / Beef Teppanyaki Bento) berharga Rm55.
Selain itu, jika masih terasa lapar, terdapat khidmat pesanan makanan 24 jam terus ke bilik anda (in room dining) atau boleh mencuba lebih 80 outlet makan dan minum yang berada di pusat membeli-belah bersebelahan (Sunway Putra Mall).
Pusing Kuala Lumpur
Pengunjung boleh berlibur di kawasan sekitar seperti Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur City Centre (KLCC) atau Bandar Sunway menggunakan khidmat shuttle percuma mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh pihak hotel.
Jika ingin meneroka Kuala Lumpur atau menuju ke destinasi tarikan pelacong, jangan lupamerasai pengalaman menaiki bas ‘Kuala Lumpur Hop On Hop Off. Dapatkan tiket bas ini di kaunter berhadapan dengan Sunway Putra Hotel. Menyediakan 27 hentian lokasi utama di Kuala Lumpur, perkhidmatan bas KL Hop On HOP Off City Tour adalah pilihan terbaik untuk anda meneroka bandar Kuala Lumpur dan lokasi hidden gems lain dalam masa satu hari.
Selain itu hanya 5 minit berjalan kaki untuk ke stesen jaringan pengangkutan aliran ringan (LRT)- Stesyen PWTC
Kemudahan yang hebat dan lokasi yang strategik menjadikan Sunway Putra Hotel pilihan yang sempurna untuk percutian atau bersantai di hujung minggu.
Sunway Putra Hotel | Address: 100 Jalan Putra, 50350 Kuala Lumpur | Phone: + 603 4040 9888 | Website: www.sunwayhotels.com
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!