Oleh kerana kita masih dalam sekatan PKP dan pintu sempadan juga masih belum dibuka, jadi kebanyakan geng travel hanya mampu untuk ‘throwback’ percutian lalu.
Seperti salah seorang sahabat Backpackers Buddies Malaysia, Deena Azahari throwback percutian ke Northen Pakistan yang dikatakan tidak asing buat traveller dari Malaysia.
Salah satu tempat yang dicadangkan adalah Gilgit Baltistan yang dikatakan sangat cantik ketika musim sejuk.
Menurutnya winter di sini lebih cantik dari winter di Iceland, Eropah, Jepun atau Kashmir.
Just nak throwback, Northen Pakistan sudah tak asing lagi bagi traveller Malaysia.
Cuma sis nak highlight yang Gilgit Baltistan ini terlalu cantik during winter. Tetapi yang peliknya bilangan tourist boleh kira dengan jari..
The place is yours. This is truly winter wonderland. Serious, lagi best dari winter di Iceland, Europe, Japan, Kashmir etc..
Just makesure stay di hotel yang ada pemanas dan air panas untuk mandi. Kami stay di Darbar Hotel, Hunza Karimabad dan di Gilgit stay di Serena Hotel.
My TOP 3 highlights of Northern Pakistan trip:
NO 3: Husaini Bridge Upper Hunza.
Diiktiraf sebagai 3rd most dangerous bridge in the world.. rasa happy sangat berjaya menyeberang ke sana.. view waktu winter sangat-sangat cantik..
Tengok warna air sungai tu.. kalau musim lain air sungai tu jadi muddy..
Fakta:
Panjang: 193m
Tinggi: 43m
Tahun dibina: 1968
Tujuan: menghubungkan kawasan kampung dengan kawasan mereka bercucuk tanam. Ada juga summer home mereka di sana. Waktu winter bridge ini tak digunakan. Mereka cross sungai yang beku dan buat beberapa jambatan untuk cross kawasan yang tak beku.
NO 2 : Passu Cones & Passu Village, Upper Hunza
Subhanallah. Itulah perkataan pertama yang terpancul dari mulut bila melihat Passu Cones ni di depan mata. Terlalu cantik yang tak dapat nak digambarkan.
Sangat unik dan menakjubkan. Gunung yang berbentuk kon bersusun susun rapat macam crown dan berlapis-lapis kon itu semua. Setiap kon itu ketinggiannya semua di atas 6000m.
Memang tak pernah tengok fenomena bentuk muka bumi ini di mana-mana. Apa yang lebih unik walaupun kawasan sekitar mendung dan redup puncak puncak kon ni sentiasa kena cahaya matahari dan digelar golden peaks..
Sekitar kawasan ini ada perkampungan yang sangat cantik. Orang kampung semua baik-baik. Bagi masuk halaman rumah dan kawasan peliharaan mereka dan nak tumpang buang air kecil pun boleh.
NO 1: Seriously tempat ni kat Pakistan? Frozen blue magnificent Atta Abad lake, Upper Hunza
This is truly my wishlist. Nak berjalan dan berguling atas frozen lake yang kebiruan. Yang boleh nampak structure lake tu sampai ke bawah..walaupun tak sehebat Abraham lake di Canada tapi tetap hebat.
Sila la berkunjung ke Pakistan especially during winter, its really winter wonderland yang terlalu cantik. Orangnya hensem dan baik-baik. Sis boleh recommend agent yang sangat responsive dan bagus.. Gilgit Baltistan simply boleh claim title Heaven on Earth dari Kashmir.
Info Tambahan:
Kalau nak menerokai Gilgit Baltistan ini sis cadangkan fly terus ke Islamabad naik Thai airways. Dari Islamabad boleh fly ke Skardu naik PIA. Harga RM300 sehala, agent akan tunggu di Skardu dan bawa kita menerokai Gilgit Baltistan.
Dan akhir journey di Gilgit sebelum fly semula ke Islamabad, boleh spend semalam dua di Islamabad untuk terokai keindahan Islamabad yang moden dan juga twin city nya yang sangat tradisional Rawalpindi. Dengan cara ini kita dapat spend banyak masa di Gilgit Baltistan.
Boleh berhubung dengan agent Mr Nasir +92 346 5001043
Fb: Nasir Ahmed Sangat recommended. Servis cemerlang, fast respon dan juga harga paling kompetitif.
Artikel Berkaitan:
Perkongsiaan Itinerari Percutiaan Ke Utara Pakistan Untuk Bawa ‘Keluarga Besar’
Kuantan Diisytihar Bandar Raya! Ini Itenari 3H2M Buat Yang First Time Nak Melawat
Kafe Ruma Puteh, Berkonsep Taman Minimalis. Port Baru Tengah Bandar Kl, Buat Kaki ‘Insta-Worthy’!