Oleh kerana kita masih dalam sekatan PKP dan pintu sempadan juga masih belum dibuka, jadi kebanyakan geng travel hanya mampu untuk ‘throwback’ percutian lalu.
Seperti salah seorang sahabat Backpackers Buddies Malaysia, Deena Azaharithrowback percutian ke Northen Pakistan yang dikatakan tidak asing buat traveller dari Malaysia.
Salah satu tempat yang dicadangkan adalah Gilgit Baltistan yang dikatakan sangat cantik ketika musim sejuk.
Menurutnya winter di sini lebih cantik dari winter di Iceland, Eropah, Jepun atau Kashmir.
Just nak throwback, Northen Pakistan sudah tak asing lagi bagi traveller Malaysia. Cuma sis nak highlight yang Gilgit Baltistan ini terlalu cantik during winter. Tetapi yang peliknya bilangan tourist boleh kira dengan jari..
The place is yours. This is truly winter wonderland. Serious, lagi best dari winter di Iceland, Europe, Japan, Kashmir etc..
Just makesure stay di hotel yang ada pemanas dan air panas untuk mandi. Kami stay di Darbar Hotel, Hunza Karimabad dan di Gilgit stay di Serena Hotel.
My TOP 3 highlights of Northern Pakistan trip:
NO 3: Husaini Bridge Upper Hunza.
Diiktiraf sebagai 3rd most dangerous bridge in the world.. rasa happy sangat berjaya menyeberang ke sana.. view waktu winter sangat-sangat cantik.. Tengok warna air sungai tu.. kalau musim lain air sungai tu jadi muddy..
Ads
Fakta: Panjang: 193m Tinggi: 43m Tahun dibina: 1968 Tujuan: menghubungkan kawasan kampung dengan kawasan mereka bercucuk tanam. Ada juga summer home mereka di sana. Waktu winter bridge ini tak digunakan. Mereka cross sungai yang beku dan buat beberapa jambatan untuk cross kawasan yang tak beku.
NO 2 : Passu Cones & Passu Village, Upper Hunza
Subhanallah. Itulah perkataan pertama yang terpancul dari mulut bila melihat Passu Cones ni di depan mata. Terlalu cantik yang tak dapat nak digambarkan.
Sangat unik dan menakjubkan. Gunung yang berbentuk kon bersusun susun rapat macam crown dan berlapis-lapis kon itu semua. Setiap kon itu ketinggiannya semua di atas 6000m.
Memang tak pernah tengok fenomena bentuk muka bumi ini di mana-mana. Apa yang lebih unik walaupun kawasan sekitar mendung dan redup puncak puncak kon ni sentiasa kena cahaya matahari dan digelar golden peaks..
Ads
Sekitar kawasan ini ada perkampungan yang sangat cantik. Orang kampung semua baik-baik. Bagi masuk halaman rumah dan kawasan peliharaan mereka dan nak tumpang buang air kecil pun boleh.
NO 1: Seriously tempat ni kat Pakistan? Frozen blue magnificent Atta Abad lake, Upper Hunza
This is truly my wishlist. Nak berjalan dan berguling atas frozen lake yang kebiruan. Yang boleh nampak structure lake tu sampai ke bawah..walaupun tak sehebat Abraham lake di Canada tapi tetap hebat.
Sila la berkunjung ke Pakistan especially during winter, its really winter wonderland yang terlalu cantik. Orangnya hensem dan baik-baik. Sis boleh recommend agent yang sangat responsive dan bagus.. Gilgit Baltistan simply boleh claim title Heaven on Earth dari Kashmir.
Ads
Info Tambahan:
Kalau nak menerokai Gilgit Baltistan ini sis cadangkan fly terus ke Islamabad naik Thai airways. Dari Islamabad boleh fly ke Skardu naik PIA. Harga RM300 sehala, agent akan tunggu di Skardu dan bawa kita menerokai Gilgit Baltistan.
Dan akhir journey di Gilgit sebelum fly semula ke Islamabad, boleh spend semalam dua di Islamabad untuk terokai keindahan Islamabad yang moden dan juga twin city nya yang sangat tradisional Rawalpindi. Dengan cara ini kita dapat spend banyak masa di Gilgit Baltistan.
Boleh berhubung dengan agent Mr Nasir +92 346 5001043 Fb: Nasir Ahmed Sangat recommended. Servis cemerlang, fast respon dan juga harga paling kompetitif.
Ada yang masih boleh tahan untuk 'membuang' dan ada juga jenis yang main redah sahaja melepaskan hajat. Di Malaysia, kita kira bersyukur kerana hampir semua rakyat kita masih lagi ada sifat malu untuk membuang air di tempat terbuka. Kalau ada tidak tahan sangat pun dek ketiadaan tandas, mungkin semak dan hutan belukar lokasi ideal melepaskan hajat.
Namun tidak untuk sesetengah negara yang rakyatnya tanpa segan silu membuang air di tempat terbuka atau dilihat orang. Ia seakan pemandangan biasa sahaja.
Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) negara India menduduki tangga teratas dengan seramai 626 juta orang di India suka 'melepaskan hajat' di tempat terbuka seperti rumput, semak dan sungai. Tangga kedua, diikuti Indonesia sebanyak 63 juta, Pakistan 40 juta, Ethopia 38 juta dan Nigeria 34 juta.
Masyarakat India juga gemar melakukan perkara yang sama di 18 buah negara lain, dedah laporan itu. Perkara itu difahamkan telah berlaku sebelum India mendapat kemerdekaan iaitu pada 1947.
Perdana Menterinya, Narendra Modi membina 20 juta tandas untuk kegunaan masyarakat di India sekali gus memberi penekanan dalam aspek kebersihan sejak beliau mengambil alih pucuk pimpinan pada 2014. Pada masa sama, beliau sentiasa berkempen mengutamakan tandas sebelum kuil.
Pada 2 Oktober lalu beliau turut meletakkan sasaran untuk menukar tabiat dan amalan masyarakat di India dan kenyataan itu ditegaskannya pada majlis ulang tahun ke-150 Mahatma Gandhi. Beliau dikatakan telah memperuntukkan lebih dari AS$40 bilion (RM166 bilion) untuk membina lebih 100 juta tandas baru di kawasan luar bandar bagi tahun 2019 sahaja.
Untuk anda yang gemar melancong ke negara-negara yang dinyatakan tersebut, jangan lupa menjaga kesihatan dan kebersihan diri ya!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Kopi sememangnya sudah sebati dengan kehidupan rakyat Malaysia. Bagi peminat kopi, tiada apa lebih enak saat aroma harumnya dihidu. Bahkan minuman kesukaan ramai ini diminum tidak kira waktu, sama ada pagi, tengahari mahupun di malam hari.
Bahkan ada banyak warung kopi ala hipster yang sentiasa menjadi tumpuan masyarakat bukan saja di bandar besar tetapi juga di pekan kecil bahkan ada kepelbagaian perisa boleh dinikmati oleh penggemar-pengemarnya.
Dan kalau korang ada cadangan bercuti ke Tampin, Negeri Sembilan, bolehlah menikmati secawan kopi di Warung Kupi Atok Kayo.
Terletak di Taman Mas Gunung Tampin, atau lebih kurang 15 minit perjalanan kalau keluar dari Tol Simpang Ampat, di Warung Kupi Atok Kayo ini ada macam-macam jenis kopi untuk korang cuba. Nak berapa kali up side down pun boleh request, tak ada masalah pun.
Bermula dari kopi kampung yang diberi nama unik seperti Kopi Tok Penghulu, Kopi Tok Man & Laut Biru tapi ada juga caramel latte, hazelnut latte, kupi sejuk, Milky Biscof, Biscof Coffee latte serta lain lagi.
Paling best, tatkala minum-minum di sini, memori zaman kanak-kanak akan terimbas. Ini kerana hiasan warung ini meletakkan permainan dan alat-alat permainan lama yang hanya dilakukan oleh mereka yang lahir pada tahun 80-an. Jadi ia sangat nostalgia.
Tidak hanya penggemar kopi, tapi bagi yang tidak minum minuman berkafein ini boleh menikmati minuman berasakan coklat kerana ia turut dijual di sini.
Waktu perniagaan Warung Kupi Atok Kayo ini bermula dari jam 12.30 tengahari dan tutup pada 8.30 malam. Dan ia ditutup setiap hari Selasa ya. Gambar :- FB Warung Kupi Atok Kayo & Encik Rusydi.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Benua Antartika dikenali dunia dilutipi dengan salju putih yang tebal dan sejuk.
Namun, satu fenomena aneh terjadi di sana baru-baru ini apabila sebahagian daripada Semenanjung Antartika akan berubah warna menjadi ‘salji hijau’. Ia dikatakan berpunca oleh pertumbuhan alga berikutan peningkatan suhu global.
Laporan penyelidikan itu didedahkan saintis di United Kingdom (UK) yang memetakan ‘permulaan ekosistem baharu’ yang dipercayai berpotensi mewujudkan sumber nutrisi untuk spesies lain. Menurut kajian diterbitkan dalam jurnal Nature Communications hari ini, bentuk hidup sel tunggal sangat padat sehingga salji bertukar warna hijau dan boleh dilihat dari angkasa lepas di beberapa kawasan.
Difahamkan, ahli biologi dari University of Cambridge dan British Antartic Survey menghabiskan masa selama enam tahun untuk mengesan dan mengukur salji alga hijau menggunakan kombinasi data satelit serta pemerhatian dari darat. Mereka telah menemui alga yang membentuk ikatan rapat dengan spora dan bakteria kulat kecil.
“Ia adalah komuniti yang berpotensi membentuk habitat baharu,” kata ketua penyelidik, Matt Davey dari Cambridge University yang menyifatkan peta alga itu sebagai potongan susun suai gambar atau jigsaw kitaran karbon yang hilang di Antartika.
Kumpulan penyelidik itu turut mengenal pasti 1,679 salji alga hijau berasingan yang meliputi kawasan seluas 1.9 kilometer persegi yang bersamaan pelepasan karbon kira-kira 479 tan setahun.
Selain itu, dua pertiga daripada alga itu ditemui di pulau kecil dan rendah di utara semenanjung yang berdepan beberapa suhu paling panas di dunia manakala salji hijau tersebut kurang ketara di bahagian selatan yang lebih sejuk. Sebelum ini, para saintis memantau peningkatan lumut hijau yang tumbuh lebih lambat berbanding alga.
Pada masa depan, kumpulan penyelidik akan turut mengukur alga merah dan jingga serta mengira bagaimana kewujudan bentuk warna-warni itu boleh mempengaruhi kualiti albedo salji yang memantulkan haba.