Selain Sabah, antara negeri di Semenanjung Timur yang sering jadi pilihan adalah Sarawak.
Dan semestinya Kuching menjadi destinasi pilihan pengunjung disebabkan pelbagai aktiviti menarik boleh dilakukan di sini.
Perkongsian sahabat Backpacker Buddies Malaysia, Naseer Othman memberitahu itinerary sepanjang 5 hari 4 malam berada di sana dengan bajet bawah RM1k.
Kuching 5Hari 4mlm
Total perbelanjaan RM923
Rabu 9/3/2022
– 0305pm-0505pm Pen-Kuc ( flight asal 7am di retime oleh air asia mcm biasa la kan ) costing rm218
– Ambik kereta sewa axia rm360 + rm20 minyak/2 = rm190
– Check in harbour view hotel 2mlm with breakfast rm258/2= rm129
– Dinner di topspot- walking distance ja dari hotel
– Jalan2 ronda area waterfront
Khamis 10/3/2022
– Hiking di bengoh dam, padawan
– Perjalanan dari hotel ke bengoh dam 40min. Laluan jalan pun berkabus dah cantek dah.
– Booking untuk hiking ni RM50 termasuk boat dan guide. Buat arrangement dgn guide tunggu di dam pukul 8am. Dari dam ke tempat permulaan hiking 20min, memang layan view.
Jumaat 11/3/2022
– Breakfast di hotel & check out
– Hiking di gunung santubong- free n x peu guide sbb track dia clear dan well maintain.
– Parking di Taman Negara Santubong, kena lapor diri dan tulis nama masa masuk dan masa keluar. Dia akan bagi nombor hiker, masa tu dpt no 4. Sehari limit 50org sahaja. Hiking di sini ada cut of time, kena sampai puncak sebelum pukul 1pm, jika x sampai tepat pukul 1pm kena patah balik. Pintu masuk dibuka pukul 7am dan tutup pukul 5pm. Kami start pukul 830am sampai ke puncak 12pm. Rehat 1jam di atas puncak turun ke bawah dalam 2jam. Track memang extreme, hard core hehe, not recommended untuk yang beginners or yang nak datang just OOTD hehe. Jarak ke puncak 4.95km elevation 820m. Ada 18tangga bomba 90degrees, ni yg bahaya masa turun, masa naik ok ja. Masa turun jenuh pikiaq nak pijak yang mana satu.
Sabtu 12/3/2022
– Mandi swimming pool- sebab pool dia lawa, rugi kalau tak mandi. Breakfast dan check out. Check out sini awal 11am ya
– Lunch di telaga air- sedap dan recomended
– Check in di Hilton Kuching rm255/2=rm127 with breakfast. Hotel ini ada view dari bilik sungai Sarawak dan bangunan dewan undangan negeri yang cantik tu.
– Oleh sebab kaki lenguh dan sakit p massages di Borneo Reflexology RM45 sejam murah sangat.
– Last dinner di topspot
Ahad 13/2/2022
– Breakfast at hotel
– Shopping ikan terubok masin di pasar satok
– Shopping kek mita
– Shopping kek Sarawak di Kek Lapis Dayang Salhah
– Late check out 2pm
— Lunch di Kopi O Corner- tak sedap not recommended
– Borneo Cultures Museum
– Baru sahaja dibuka pada 9.3.2022, setakat ini masuk adalah percuma. Ada 5 tingkat muzium ini, besar dan luas mmg best la nampak modern dan susunan tidak membosankan.
– Hantar kereta di airport
– 0845pm-1045pm kuc to open
Semoga bermanfaat.
Artikel Berkaitan:
Gaya OOTD Ketika Bercuti Lebih Menarik & Cantik Dengan Beberapa Tip Ini!