Dalat antara destinasi pelancongan yang popular di Vietnam. Terletak pada kedudukan 1,500 meter dari paras laut, bandar ini mempunyai banyak tempat menarik untuk dilawati.
Biasanya pelancong akan mengunjungi tempat-tempat yang popular di sana seperti Cable Car, Crazy House, Fresh Garden dan lain-lain, namun sebenarnya masih banyak tempat menarik yang boleh anda kunjungi bila bercuti ke Dalat.
Siti Sarah Mohd Shariff berkongsi tempat-tempat menarik lain yang ada di Dalat dalam satu hantaran di grup Backpackers Buddies Malaysia (BBM). Menyifatkan penduduk di Dalat baik dan mesra, wanita ini berharap dapat berkunjung lagi ke sini dan meneroka lebih banyak tempat menarik yang ada.
Nak tahu nama tempat yang dikunjungi oleh Siti Sarah, ikuti perkongsiannya:
Trip to Dalat, Vietnam
Saya naik Vietnam Airlines dari KLIA, transit to HCM, pastu ke Dalat. Include luggage 23kg x 4, meals, baby meal pun dapat. Makanan dah request halal meal dekat email sebelum date fly. 3 adults, 1 kid, 1 infant RM2800 return.
Dalat ni agak popular sekarang, so ramai dah tahu common places dekat sana mcm cable car, crazy house, fresh garden & datanla alpine coaster. Saya nak tambah sikit maybe ada lagi yang belum explore :
– Cloud hunting ada banyak spot. Saya pilih di Cau Dat Tea Hill
Ads
– Chika Farm (ada alpaca yang comel & gebu)
– Mongo Land (boleh sewa baju Mongolian & bergambar di kwsn tu)
Ads
– Amiee Dalat (tempat shopping pakaian Muslim macam HCM. Boleh bayar pakai RM)
Cloud hunting saya ambil package dengan Dalat Sunny Travel since nak kena gerak pukul 5 pagi dari hotel, so rasa macam susah nak dapat grab. So ambil terus package dengan dorang, dari 5am – 1pm, sekali bayar bagitau je nak ke mana semua dia bawak. Entrance fee je bayar sendiri. Parking, petrol, takyah bayar. Whatsapp je. Boleh berkomunikasi dalam English. Service tiptop. Driver yg di assigned pun baik sangat. Handphone suami ada problem internet habis data, dia tolong topupkan pakai duit dia sendiri, then husband bayar cash. Bag semua dia angkatkan since kami bawa mertua saya & baby. Penuh juga tangan. Mmg layanan first class. Saya kasi 5 bintang untuk service dorang.
Lain2 hari kami bergerak guna grab sahaja. Lepastu driver cakap dia boleh tunggu and terus jd personal driver for the whole trip. Especially bila ke Chika Farm & Mongo Land yg agak jauh, rasanya kalau driver tak tunggu, susah nak dapatkan grab bila nak balik nanti. Nanti saya share phone number dia.
Ads
Orang Dalat baik & polite. Bila pergi kedai, mesti berhidang snacks & drinks. Sampai depan kedai, staff datang bukakan pintu kereta. Tak jumpa la scammer mcm hcm . Time shopping baju, saya silap dgr 120k, so husband bayar la 120k, lepastu dia pulang balik dia ckp bukan2, 100k saja. Fuhh jujur. Communication pakai google translate untuk ayat yg kompleks. Untuk driver, kebanyakan grab driver boleh communicate dalam simple English. Kalau taxi driver mmg tak reti. Tp tetap baik hati.
Sampai saja sana agak lewat sbb flight pun delay sejam, naik taxi ke hotel. Rupanya hotel yg husband book tu taktau la tak wujud ke apa sebab gelap ja. Driver taxi tolong call kawan2 dia carikan hotel wpun kami communicate pakai google translate ja, dia tanya prefer area mana, kami bagitau area night market, terus dia ke sana & berhenti di lorong2 yang banyak hotel so husband walk in satu2 hotel. Syukur, jumpa dgn orang baik.
Ada rezeki nak repeat Dalat lagi. Syiokkkk.
Nota tambahan : boleh withdraw duit di sana. Mcm biasa activekan international withdrawal dekat atm card kita. Haritu driver bawak pegi vietcom bank.
Bentuk muka bumi di Perak memang sesuai untuk melakukan pelbagai aktiviti semulajadi. Boleh dikatakan kawasan sekeliling di Perak masih menghijau dan seronok untuk diterokai.
Antara destinasi dan lokasi menarik untuk lakukan aktiviti nature di Perak:
Meneroka Gua Tempurung
Berkunjunglah ke Gua batu kapur yang menjanjikan pengalaman eksplorasi gua dan riadah yang menyeronokan. Pengunjung bakal menyaksikan dengan jelas keindahan struktur batu-batu kapur yang membentuk lima kebuk gua sejak ribuan tahun dahulu, walau terpaksa membongkok dan merangkak untuk mengelakkan kepala terlanggar siling batu kapur dan stalaktit yang membentuk jeriji-jeriji batu sepanjang laluan kira-kira dua kilometer tersebut. Di mulut terowong ini, pengunjung dapat merasakan deruan angin yang menerobos masuk membuktikan terdapat satu lagi pintu di hujung gua tersebut.
Gua Tempurung yang dipercayai wujud sejak tahun 8,000 sebelum masihi ini sebenarnya mendapat nama dari rupa bentuknya yang menyerupai tempurung kelapa. Selain menjadi laluan dan tempat persembunyian komunis, gua ini dipercayai telah ditemui terlebih dahulu oleh seorang sami buddha yang menghuni kawasan tersebut sebagai tempat pertapaannya. Jejambat dan tangga yang dibina di dalam gua ini memudahkan pengunjung meneroka dengan selamat.
Jungle Trekking di Belum
Taman Negara Royal Belum merupakan khazanah yang tidak ternilai serta mempunyai
unsur-unsur kepelbagaian biologi yang begitu tinggi dan perlu dipelihara untuk generasi
akan datang. Di sini terdapat beberapa keunikan yang menjadi tarikan pelancong antaranya kewujudan habitat haiwan, bunga pakma atau rafflesia, perkampungan
orang asli, pelbagai spesies burung dan aktiviti jungle trekking.
Jika memilih untuk melakukan aktiviti jungle trekking di sini, masa yang diperuntukan oleh juru arah adalah sekitar enam jam perjalanan sahaja. Pengalaman melakukan aktiviti ini pasti meyeronokkan dan padat dengan info mengenai rahsia alam di Royl Belum.
Whitewater Rafting di Perak Rivers
Bagi pengunjung yang mengidamkan sedikit keseronokan dalam percutian mereka, apa kata mencuba aktiviti lasak Whitewater Rafting lagi menyeronokkan di sepanjang Sungai di Perak seperti Sungai Sungkai, Sungai Kampar dan Sungai Ulu Slim. Keselamatan anda ketika mencuba aktiviti ini tidak perlu diragui, kerana kelengkapan keselamatan telah tersedia seperti pakaian wetsuit penuh, booties, fin dan jaket keselamatan.
Off Road di Lasah
Kepada peminat aktiviti Off Road anda boleh mencuba menggunakan laluan yang ada di Perak, iaitu Lasah dan boleh terus memandu sehingga sepanjang jalan melalui Gua Musang di Kelantan serta Cameron Highlands di Pahang. Jika anda tidak mempunyai kenderaan sendiri, tetapi berminat untuk mencuba aktiviti ini, jangan risau kerana terdapat kemudahan kereta disediakan beserta pakar-pakar pengendali kenderaan ini yang berpengalaman menemani sepanjang pemanduan yang mencabar.
Masa terbaik untuk melakukan aktiviti ini di Perak ialah semasa musim kering antara Mac hingga Oktober. Tetapi bagi mereka yang ingin lebih cabaran, ada boleh mencuba aktiviti ini pada musim monsun iaitu nulan November hingga Februari.
Santuari Burung Kuala Gula
Kuala Gula merupakan sebuah perkampungan nelayan terletak di persisiran pantai utara negeri Perak, kira-kira 50 km dari barat laut Bandar Taiping. Ianya merupakan sebahagian daripada Hutan Simpan Paya Laut Matang yang terdiri daripada hutan bakau dan kawasan pantai berlumpur. Kawasan ini penting sebagai kawasan mencari makan untuk burung-burung berhijrah dan tempat bertelur untuk burung residen.
Kuala Gula telah terkenal di peringkat tempatan dan antarabangsa terutamanya kepada pemerhati burung kerana ianya amat signifikan dengan kewujudan burung air berhijrah. Ramai pelawat tempatan dan antarabangsa seperti Amerika Syarikat, Australia, Eropah, Jepun dan negara lain datang ke Kuala Gula untuk melihat burung-burung ini.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Pulau Ular ini terletak di Kuantan, Pahang dan mula mendapat perhatian ramai penduduk tempatan. Penduduk Kuantan sendiri sebelum ini ramai yang tidak menyedari kewujudan pulau cantik ini.
Berkat kuasa viral di sosial media dan cerita mulut ke mulut, pulau ini mula dikunjungi ramai. Namun begitu, tetap tanamkan dalam diri agar menjaga pulau ini seperti keadaan asalnya yang bersih dan indah. Kalau anda sedang bercuti di Kuantan, Pahang masukkan lokasi ini dalam itinerari ok!
Untuk ke pulau ini, pengunjung perlu menaiki bot di jeti Sg Ular. Perjalanan ke pulau ini sangat singkat, iaitu sekitar 5 ke 10 minit bergantung kepada keadaan arus laut. Tiada sebarang perkhidmatan jual beli makanan disediakan, jadi pengunjung diingatkan membawa bekal makanan sendiri dan barang-barang untuk berkelah. Jika ingin berenang di sekitar pulau ini, disarankan untuk mengenakan jaket keselamatan sentiasa walaupun anda mungkin seorang perenang yang hebat. Keselamatan perlu diutamakan!
OK salah 1 hidden place yang aku tak tahu ramai ke tak yang tahu kewujudan pulau super duper cantik ni. Dalam 5-6 minit dari jeti sanctuary. Walaupun namanya Pulau Sungai Ular, korang tak perlu risau kerana disini bukan tempat habitat haiwan tersebut dan ia hanya nama bagi kawasan Sungai Ular, Kuantan. Pulau yang tidak mempunyai sebarang pembangunan ini memang dibuka untuk kunjungan pelancong. Tempatnya yang terletak tidak jauh dari pesisiran pantai. Ia sesuai dijadikan lokasi riadah bagi mereka yang mengimpikan percutian di pulau persendirian. Lebih kurang private island.. Fuh best weh , recommended.
Kalau korang dari jauh boleh menginap di resort berdekatan pantai dan perkhidmatan bot juga turut disediakan untuk mereka yang ingin berkunjung ke sana. Bermula dari hanya RM 15 untuk seorang, pengalaman yang dirasai pasti nak lagi. Air yang jernih dan pesisiran pantai yang bersih sangat sesuai dijadikan port berkelah bagi anda sekeluarga. Tapi kena ingat, di sana tiada sebarang perkhidmatan servis disediakan, jadi anda perlu bawa bekal makanan sendiri dan juga alatan.
Leave nothing but footprints
Take nothing but photograph
Tempat yang kami rasakan sebagai hidden place ini, sememangnya syurga bagi mereka yang ingin meluangkan masa bersama keluarga ataupun rakan di pulau yang jauh dari orang. Harus diingatkan juga untuk menjaga keselamatan bagi anda yang merancang ke sana. Stay safe . Anda dinasihatkan untuk menghubungi penyedia perkhidmatan bot dan deal awal untuk elakkan kesesakan. Kami mengharapkan pengunjung yang kesini tidak meninggalkan sampah anda dan kekalkan kebersihan pulau ini.
Aktiviti :-
Barbeque (barang bawak sendiri, cari kayu kat hutan)
Snorkeling
Memancing
Saya bagi rate 10/10
Jom cuti-cuti Malaysia!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Terokai hutan lipur di Perlis yang ada emerald pool, jom! Walaupun negeri kecil di Malaysian tetapi sebenarnya terdapat banyak tempat-tempat menarik yang boleh dilawati terutama melibatkan tarikan alam semula jadi.
Kalau nak tahu, Hutan Lipur Bukit Ayer ini terletak dalam kawasan Hutan Simpan Bukit Bintang dengan kawasan meliputi seluas 3.72 hektar.
Emerald Pool Di Perlis
Kolam disini airnya sangat cantik berwarna biru kehijauan bila terkena sinaran cahaya matahari (Emerald Pool). Terdapat air terjun yang boleh dipanjat untuk sampai kebeberapa kolam. Air Kolam di atas sangat sejuk dan tidak dalam, setakat pinggang orang dewasa.
Taman Eko Rimba Bukit Ayer
Dewasa (RM5.00) Kanak-kanak (RM2.00)
7.00 am-6.00 pm
WGS 84 : N6.5462° , E 100.1668°
Hutan lipur ini merupakan tempat popular untuk aktiviti mandi-manda dan riadah utama penduduk Perlis selain Taman Eko Rimba Gua Kelam dan Pusat Rekreasi Bukit Jernih.
Terletak 14km daripada Kangar, Keunikan hutan lipur ini ini terletak pada keindahan kawasan persekitaran menghijau dan sungai yang nyaman yang mana sangat sesuai untuk dijadikan lokasi untuk beriadah bersama ahli keluarga dan juga teman-teman sekiranya berkunjung ke Negeri Perlis.
Antara kemudahan lain yang terdapat disini ialah tempat menjamu selera, tandas awam, parking kereta, kolam mandi & tapak untuk camping / berkhemah dimana bayaran tambahan dikenakan untuk bermalam.
Jadi kalau nak berdamai dengan alam, boleh lah ke sini ya. Memang syok layan main air yang bersih macam ini.
Owh ya, nanti jaga kebersihan kalau sampai sini, bawa plastik nak letak sampah sesiap, siapa lagi nak jaga nature kita kalau bukan kita sendiri.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!