Perkongsian oleh Zanariah Salam, Joseph Cheung, Shamsul dan, Maizurah Ariff

Perjalanan udara yang memakan masa lebih kurang 2 jam 40 minit dengan menaiki pesawat AirAsia sebelum tiba ke Surabaya. Setibanya di sini,perjalanan diteruskan dengan menaiki van selama lebih kurang 4 jam ke pergunungan Bromo, Surabaya yang merupakan gunung berapi yang masih lagi aktif di Indonesia dan mempunyai ketinggian 2392 meter dari paras laut.

Bromo sememangnya terkenal dengan landskapnya yang menarik terutama sekali ketika matahari terbit, namun yang uniknya bagi kami ketika kembara kali ini ialah adanya festival yang sedang berlangsung disini iaitu Festival Kasada.

Festival penuh keunikan

Festival yang dijalankan setiap tahun pada malam bulan penuh hari ke-14 dalam bulan Kasada (bulan ke Sembilan) dalam pengiraan kalendar Jawa Tengger merupakan upacara adat bagi suku kaum Tengger yang beragama Hindu di sini.

Seram! Kaum Tengger Pernah Korbankan Manusia Di Gunung Bromo Satu Ketika Dahulu

Seram! Kaum Tengger Pernah Korbankan Manusia Di Gunung Bromo Satu Ketika Dahulu

Ads

Upacara ini dijalankan sebagai simbolik bagi memperingati pengorbanan anak bongsu nenek moyang mereka iaitu pasangan penguasa wilayah, Roro Anteng dan Joko Seger yang dikorbankan kekawah Gunung Bromo setelah mereka dikurniakan 25 orang anak. Kerelaan anak bongsu pasangan ini untuk dikorbankan bagi memenuhi permintaan sang dewa diabadikan dengan upacara penyembahan sesaji ke kawah Gunung Bromo yang dijalankan hingga ke hari ini. Ketika upacara ini dilakukan, kaum Tengger akan melemparkan sesaji ke kawah Gunung Bromo sebagai upacara sembah ke atas Tuhan mereka (Sang Dewa Api, Brahma) dan juga sebagai penghargaan mereka atas hasil tani dan kehidupan yang diberikan. Sesaji yang dimaksudkan di sini merupakan hasil pertanian mereka seperti sayuran, buah-buahan, malahan ada juga haiwan ternakan seperti ayam atau kambing. Malah, Ada juga yang melemparkan wang ke kawah gunung tersebut.

Bukan sekadar gunung berapi

Selain penyembahan sesaji di Kawah Gunung Bromo, masyarakat Tengger juga akan melakukan sesaji dan upacara keliling tugu pemujaan di kuil di kaki Gunung Bromo. Dukun merupakan pengantara kepada Sang Hyang Widi yang mana masyarakat Tengger akan memohon doa untuk kehidupan yang lebih baik. Masyarakat Tengger akan makan bersama keluarga di sekitar Lautan Pasir sebagai simbolik kepada perayaan Kasada. Pelbagai ragam menarik boleh dirakam sepanjang festival ini berlangsung. Penduduk di sini tidak kira tua, muda malahan kanak-kanak mengambil peluang ini mengunjungi kawah Gunung Bromo yang boleh didaki menerusi lebih kurang 250 anak tangga untuk menyaksikan festival ini.

Seram! Kaum Tengger Pernah Korbankan Manusia Di Gunung Bromo Satu Ketika Dahulu

Manakala di sepanjang kaki lima di sekitar hadapan hotel tempat kami menginap, terdapat khemah jualan yang seakan pasar malam atau “fun fair” di Malaysia. Ianya dibuka sebagai salah satu cara mereka meraikan festival kasada.Pelbagai barang keperluan harian seperti baju, topi, perkakasan dapur malahan permainan kanak-kanak dijual.

Ads

Masyarakat Tengger sememangnya mengambil kesempatan ini untuk bersuka ria tanpa risau memikirkan permasalahan mereka yang mana pada ketika ini sudah hampir dua bulan kemarau melanda di sini. Seharian mengambil gambar berkonsep human interest diupacara Festival Kasada tidak menghalang kami untuk terus mengambil landskap pemandangan di sekitar Bromo. Sememangnya Bromo memang tidak pernah mengecewakan setiap pengunjungnya.

Pasir berbisik vs padang savana

Jika hari sebelumnya di awal pagi lensa kami merakam matahari terbit, antara pukul 9:00 pagi hingga ke lewat 2:00 petang pula, lensa kami pula merakam akan keindahan Lautan Pasir Bromo yang menjadi kemestian perjalanan di Gunung Bromo.

Seram! Kaum Tengger Pernah Korbankan Manusia Di Gunung Bromo Satu Ketika Dahulu

“Whispering Sands” atau lebih dikenali sebagai Pasir Berbisik di sini disebabkan oleh tekstur pasirnya yang sentiasa berubah tekstur setiap kali angin bertiup kencang seolah-olah bisikan yang menyeru akan keindahan alam Bromo. Pasirnya sungguh halus, dan AWAS, jangan sesekali menukar lensa disini kerana keberangkalian debudebu kecil memasuki sensor amatlah tinggi.

Ads

Tidak dilupakan deretan bukit yang menyerupai Bukit Teletubbies dalam rancangan kanak-kanak di TV suatu masa dahulu, disamping hamparan padang rumput yang dipenuhi pelbagai jenis bunga indah di Padang Savana Bromo menjanjikan lanskap seperti berada di New Zealand.

Seram! Kaum Tengger Pernah Korbankan Manusia Di Gunung Bromo Satu Ketika Dahulu

Uniknya, rumput di sini akan berubah warna mengikut musim, iaitu berwarna hijau tika musim hujan manakala warna kekuningan ketika musim kemarau.Tika ini, adalah musim kemarau, maka rumputnya sudah kekuningan. Fotografi lanskap beserta penduduk kampung dan kudanya amat menarik disini.

Seram! Kaum Tengger Pernah Korbankan Manusia Di Gunung Bromo Satu Ketika Dahulu

Bromo sememangnya bukan sekadar merakam gambar matahari terbit, tetapi ia menjanjikan lanskap fotogenik dan kebudayaan yang terbaik di dunia. Hanya letakkan kamera anda pada tripod dan pusinglah pada 360 darjah, dan anda mampu merakam gambar-gambar yang indah. Ia sememangnya syurga fotografi.

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI