Seorang Maut, 4 Lagi Stabil Terkena Kencing Tikus Di Kawasan Air Terjun Hutan Lipur Di Jerantut

Share

Seorang lelaki meninggal dunia pada 15 Jun 2020 lalu manakala empat individu masih dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah dipercayai akibat terkena jangkitan leptospirosis atau kencing tikus.

Mereka dipercayai berkunjung ke sebuah kawasan hutan lipur pada minggu lepas sebelum dimasukkan ke hospital sehari sebelum salah seorang mangsa maut.

Empat lagi mangsa masih menerima rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah. Kesemua pesakit yang berusia antara 30 dan 32 tahun itu berada dalam keadaan stabil dan sedang menerima rawatan. Semua pesakit menunjukkan gejala menyerupai penyakit leptospirosis seperti demam, sakit sendi, sakit otot, cirit-birit dan muntah.


Mereka dipercayai jatuh sakit selepas pulang daripada mengunjungi kawasan air terjun (hutan lipur) berkenaan. Hasil siasatan mendapati, semua pesakit dipercayai mempunyai sejarah melakukan aktiviti rekreasi di Lubuk Sungai Kerawat, Jerantut, pada 1 hingga 4 Jun 2020 lalu bersama sembilan individu lain.

Orang ramai dinasihatkan supaya lebih berhati-hati dan mengelakkan kunjungan ke kawasan sungai di hutan lipur atau hutan buat masa ini. sentiasa mengamalkan langkah pencegahan untuk mengelakkan penularan leptospirosis.

Sumber

: astroawani
Oleh
Husna