Travel

Sentuh Alpaca di Zahara Garden Perak, Tempat Menarik Baharu Di Gopeng

Share

Ada tempat baru buka di Gopeng Perak, Zahara Garden Kg Jelintoh yang mana anda boleh merasa lebih dekat untuk tengok alpaca.

Kalau sebelum ini anda jumpa binatang alpaca di Cameron Highland, kali ini hala ke Gopeng pun dapat sentuh, ya!

Sentuh Alpaca di Zahara Garden Perak

Luas pemandangan masuk sini dengan dihiasi beberapa tempat untuk ootd, memang cantiklah kalau nak bergambar.

Okay, untuk tiket masuk dewasa hanya RM25, jika umur atas 70 tahun ada diskaun dalam RM20.

Nak mudah mencari lokasinya, ingat lepas tol Gopeng sebelum Bomba Gopeng masuk sebelah simpang kanan.

Di sini selain binatang Alpaca yang cukup jinak, ada juga burung-burung, ayam, arnab, ikan dan mini garden.

Ada cafe dalam ini tapi kalau nak jimat anda boleh bawa makanan dari luar siap-siap.

Teh Tarik Panas RM4.50
Strawberi Milkshake RM8
Kopi dalam RM5
Makanan ada waffle

Nak masuk dalam ini kalau musim panas, elok bawa payung. Tetapi kalau anda sempoi tahan panas, boleh berjalan begitu sahaja.

Lokasi: Zahara Garden
Waktu Operasi: 8 pagi – 6 petang setiap hari
Harga Tiket: Dewasa RM25, Kanak-kanak/Warga Emas RM15

Hah, kalau dah sampai belah Utara, singgah lah sini ya! Boleh juga merasa suasana baharu di Perak.

Oleh
Nadia