Senarai 10 Pulau Terbesar Di Malaysia Wajib Korang Pergi. Layan Pemandangan Cantik & Mendamaikan!

Share

Lain orang lain cita rasa percutiannya. Ada yang suka bercamping, cuti gaya mewah dan tidak kurang juga yang suka mengunjungi pulau.

Sebenarnya banyak pilihan pulau-pulau cantik dan menarik boleh kita terokai di Maaysia ini.

Perkongsian Helmi Baharum memberitahu 10 pulau terbesar yang sempat dijejaki sepanjang PKP lalu untuk bercuti dalam negeri saja.

Top Ranking 10 Pulau Terbesar Di Malaysia

Alhamdulillah syukur misi menjejaki kesemua 10 pulau terbesar di Malaysia terlaksana setelah bertahun-tahun juga lah masa diambil menghabiskan, hikmah PKP boleh berjalan dalam negara ini lah hasilnya.

Mula terjebak dalam misi ni selepas membaca sumber blog ni: http://kamusbergerak.blogspot.com/…/10-pulau-terbesar…

TERIMA KASIH sangat2 kepada blogger ni sebab bagi saya terdetik untuk menjalankan misi ini.Nanti blh contact sy belanja kepci

Saya mohon izin untuk copy paste ayat2 si pemilik ini, maaf saya tak tahu cara nak hubunginya. Jadi korang yang lain bolehlah baca informasi di setiap gambar pulau ya, semoga bermanfaat untuk bersama.

Entri berkenaan posting saya ke semua pulau2 ni adalah seperti berikut: (Mengikut susunan saiz pulau)

PULAU BANGGI SABAH
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=4900906589933101&id=100000414261651

Populasi : 1000 orang
Status : Pulau desa / nelayan
Keluasan: 440.7 km2

Selamat datang ke pulau terbesar di Malaysia! Ya, itulah sepatutnya yang ditulis di papan tanda di pulau ini. Kalau korang usha peta Sabah, korang akan nampak sebuah titik besar di atas Kudat (which is actually Pitas, Kudat di sebelah kiri). Ramai rakyat Malaysia yang bila ditanya pulau terbesar di Malaysia, menyangka ianya Langkawi. Even beberapa blog Sabahan sebelum 2010 juga menyangka pulau ini kedua terbesar di Malaysia selepas Langkawi.

Pulau ini didiami penduduk kampung yang rata-ratanya bekerja sebagai nelayan.

Bagaimana cara hendak ke sana?
Korang boleh pergi dari 1. Terminal Jeti Kudat dan 2. bot pancung dari Marudu

PULAU BRUIT SARAWAK
https://www.facebook.com/100000414261651/posts/5219218218101935/

Populasi: 30, 000 orang
Status : Pulau desa / nelayan
Keluasan: 417 km2

Pulau ini adalah pulau kedua terbesar di Malaysia. Bukan Langkawi, ye haha. Di sini, penduduk pulau rata-rata bekerja sebagai nelayan dan pesawah padi (bukan di Kedah je ada padi ye haha).

Bagaimana cara hendak ke sana?
Melalui bot dari Sibu atau Daro.

PULAU LANGKAWI, KEDAH
https://www.facebook.com/100000414261651/posts/4754648624558899/

Populasi: 80, 000 orang
Status : Pulau pelancongan
Keluasan: 320 km2

Haa, sekarang barulah Langkawi. Pulau ni aku rasa memang dah feymes so tak perlu kot cerita panjang-panjang haha. Pulau ni tersenarai sebagai pulau industri, memandangkan pengaruhnya yang sangat tinggi terhadap negeri Kedah. Pulau ni mempunyai lapangan terbangnya sendiri dan mempunyai trafik ke-8 tertinggi di Malaysia, lebih tinggi daripada yang dikendalikan Lapangan Terbang Kota Bharu (no.9), dan Alor Setar (no.16).

Cara ke sana? (Biar betul korang ni? haha)
Samada melalui jeti Kuala Perlis atau Kuala Kedah. Boleh jugak naik flight dari KL menuju ke Airport Langkawi 

PULAU PINANG, PENANG
https://www.facebook.com/100000414261651/posts/3551147474909026/

Populasi: 750, 000 orang
Status : Pulau perbandaran
Keluasan: 293 km2

Pulau ini adalah merupakan pulau tersibuk dan terpadat di Malaysia. Ianya satu-satunya pulau di Malaysia yang mempunyai dua jambatan (atau patutkah aku listkan Pulau Indah sekali?) dan salah satu daripada pulau-pulau dalam entri ini yang tergolong dalam kawasan urban. Pulau ini kaya dengan kebudayaan dan pelancongan. Lapangan terbang Bayan Lepas yang beroperasi di sini merupakan jalan masuk kedua tersibuk di Semenanjung Malaysia (no.3 di Malaysia)

Cara ke sana?
Ikut je lah jambatan tu, labuuu…. Dah ada dua pun. Tak pun masuk ikut airport Bayan Lepas.

PULAU TIOMAN, PAHANG
https://www.facebook.com/100000414261651/posts/3471701576186950/

Populasi: 1500 orang (1990)
Status : Pulau pelancongan
Keluasan: 137 km2

Pulau terbesar di kawasan Pantai Timur, meliputi saiz sebesar 137 km persegi. Pulau ini terkenal dengan snorkeling dan pantainya yang cantik. 100% penduduknya adalah Melayu dan mereka bertutur dalam dialek Pahang. Disebabkan pulau ini dikunjungi ramai pelancong Eropah, penduduk pulau mengalami kejutan budaya. Antaranya, menu restoran kebanyakannya dalam bahasa Inggeris serta ada yang menukar nama ke Michael dan Joseph dan berkahwin dengan pelancong Eropah.

Cara ke sana?
Melalui Terminal Feri Mersing, Johor . Satu-satunya pulau di Malaysia yang kalau nak masuk, kena ikut negeri lain

PULAU CAREY, SELANGOR
https://m.facebook.com/groups/backpackers.buddies.malaysia/permalink/3863385710390344/

Populasi: Tidak diketahui, majoriti adalah orang asli Mah Meri
Status : Pulau perladangan dan budaya orang Asli
Keluasan: 129 km2

Apa yang menjadikan pulau ini unik berbanding pulau-pulau lain dalam entri ini adalah ianya dikategorikan sebagai pulau bila mana ianya dipisahkan dari “tanah besar” hanya melalui Sungai Langat dan bukannya laut. Pulau ini dijadikan kawasan ladang kelapa sawit dan diduduki majoriti orang asli Mah Meri. Mereka kebanyakannya sudah moden tapi masih mengekalkan keaslian budaya mereka.

Cara ke sana?
Melalui Jambatan Pulau Carey, SKVE

PULAU REDANG,TERENGGANU
https://www.facebook.com/100000414261651/posts/4834466906577070/

Populasi: 1500 orang
Status : Pulau pelancongan
Keluasan: 127.5 km2

Pulau yang berbentuk seperti hati (atau rama-rama?) ini adalah pulau yang menarik ramai pelancong hadir ke negeri Terengganu. Same goes like Pulau Langkawi dan Tioman, pulau ni merupakan pulau pelancongan yang terkenal dengan pasirnya yang memutih. Oh ye, pulau ini juga boleh dikunjungi dari Airport Subang ataupun Airport Changi, Singapore.

Cara ke sana?
Naik dari Airport Subang (telefon resort anda terlebih dahulu), atau naik dari Jeti Syahbandar, Kuala Terengganu dan Jeti Merang 

PULAU TIMBUN MATA, SABAH
https://www.facebook.com/100000414261651/posts/5189496971074060/

Populasi: Tidak diketahui/ tidak berpenghuni
Status : Pulau terasing
Keluasan: 114.97 km2

Cara ke sana?
Korang kena sewa bot sendiri memandangkan pulau ni tak seberapa berpenghuni. Biasanya jadi port kaki pancing.

PULAU LABUAN, WP LABUAN
https://www.facebook.com/100000414261651/posts/4884815664875527/

Populasi: 86,908 orang
Status : Pulau perbandaran
Keluasan: 91.64 km2

Siapa sangka pulau yang merupakan salah satu daripada Wilayah ni pun boleh tersenarai? Aku pun asalnya tak sangka, sampailah terlintas dalam kepala aku, eh Labuan pun besar gak per.

Rata-rata Sabahan yang aku bertanya mengatakan yang Labuan ni pulau urban yang sunyi, ala-ala Putrajaya tu. Mostly memang takde traffic jam katanya, tak macam KK. Berada di Labuan, korang boleh mengunjungi suasana urban dan desa dalam masa serentak.

Ada 3 cara, samada
1. Naik flight ke Airport Labuan.
2. Naik feri di Jesselton Point
3. Naik bas dari KK ke Menumbok, kemudian ke Jeti Menumbok

PULAU PERHENTIAN, TERENGGANU
https://www.facebook.com/100000414261651/posts/3378552185501890/

Populasi: 1300 orang
Status : Pulau pelancongan
Keluasan: 91.21 km2

Pada mulanya, aku nak gabungkan kedua-dua pulau perhentian, tapi lepas saiznya agak fishy (lebih besar dari Tioman walaupun teramat tidak logik) jadi aku just ambik saiz Pulau Perhentian Besar je.

Ni pulau pertama dalam entri ni dalam bentuk pairing, dan aku pun tak sure camne korang nak berhubung antara dua pulau tu. Maybe ada bot kot, kot laa…

Kalau korang datang dengan family, atau kawan-kawan yang konservatif, datanglah ke pulau ni. Ianya lebih tenang dengan suasana desa, kampung nelayan, dan harga makanan yang murah. Tapi kalau korang datang dengan kawan-kawan yang gila, liberal lagi sekularis (wkwkwk over sungguh ayat aku ni) , datang ke Pulau Perhentian Kecil yang menawarkan hiburan malam yang menurut suatu blog yang aku duk blogwalking, tak sesuai untuk kanak-kanak katanya, lagi-lagi di Long Beach. Aku pun naik curious. Ada apa kat sana? Tarian api? Limbo berbikini? Entahla nak.

Cara ke sana?
1. Naik ikut jeti Kuala Besut
(Reminder: Kalau datang dari KL dengan flight, make sure turun ikut Kota Bharu, memandangkan Kelantan lagi dekat dengan Besut, berbanding Kuala Terengganu)

*Bonus:sesetengah pulau dikeluarkan dari entri kerana sensitiviti (Pulau Sebatik dan Pulau Layang-layang) dan kekurangan info (Pulau Balambangan, Malawali dan Jambongan) walaupun pulau2 ni lebih layak dalam entri ni.

Pulau Sebatik boleh menjadi pulau no.1 terbesar sekiranya dikira keseluruhannya atau pun no.5 sekiranya dikira hanya bahagian Malaysia.

Artikel Berkaitan:

Kelebihan Individu Berani ‘Travel’ Secara Solo, Ramai Tak Tahu Kelebihan Mereka!

Fasiliti Lengkap Di Kela Adventure Camp Raub Pahang. Rasai Suasana Camping Dikelilingi Lembah & Bukit!

Jangan Bersantai Di “New Zealand” Malaysia, Polis Pantau Lokasi Viral Ini

Oleh
Siti Zurina Mat Saman