Bila sebut percutian di pulau, destinasi yang bermain di kepala dah tentu Pangkor, Redang dan Tioman.
Namun ramai juga yang berkira-kira nak ke sini kerana faktor jarak dan perjalanan yang memakan masa.
Tapi lepas ini tiada masalah lagi kalau teringin nak ke tiga pulau ini walau pun pada hujung minggu kerana sudah ada penerbangan terus ke sini dengan pelancaran SKS Airways semalam.
Syarikat penerbangan terbaru di Malaysia ini memperkenalkan laluan jarak dekat ke tiga destinasi pulau popular di Malaysia, Pulau Pangkor, Pulau Redang dan Pulau Tioman.
Semalam SKS Airways melancarkan penerbangan sulungnya ke Pulau Pangkor dalam satu majlis ringkas di Lapangan Terbang Antarabangsa Subang.
YB Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong, Menteri Pengangkutan melepaskan penerbangan pertama SKS Airways KI 6357 dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang pada jam 1315 ke Pulau Pangkor.
Antara tetamu yang menaiki penerbangan sulung SKS Airways termasuk Dato’ Rohman Ahmad, Pengarah SKS Airways Sdn.Bhd. beserta dengan beberapa tetamu lain yang terdiri daripada industri berkaitan dengan penerbangan dan pelancongan.
Info SKS Airways