Ada pengumuman penting buat anda yang menggunakan penerbangan AirAsia laluan KL-Labuan!
Jabatan Kesihatan WP Labuan menyeru semua 95 penumpang pesawat AirAsia AK5172 Kuala Lumpur-Labuan pada 6 Oktober 2020 jam 7.20 pagi lalu diminta untuk menjalani saringan COVID-19 selepas seorang penumpang diuji positif jangkitan virus itu.
Jabatan Kesihatan WP Labuan, menerusi pengarahnya turut menggesa semua tetamu sebuah majlis perkahwinan di Dewan Konvensyen Financial Park Labuan (FPL) pada 3 Oktber 2020 lalu yang masih belum menjalani saringan supaya berbuat demikian kerana seorang daripada jemputan itu telah diuji positif jangkitan virus itu. Lebih 200 orang yang menghadiri majlis perkahwinan itu telah menjalani ujian di Klinik Kesihatan Membedai tetapi masih belum memperoleh keputusan ujian tersebut.
Labuan kini mempunyai dua kluster iaitu Bah Bangat (bermula 8 Oktober 2020) dengan sembilan pesakit termasuk seorang pelajar sekolah menengah serta Bah Bundle dengan lima pesakit masih dipantau di pusat pengasingan Hospital Labuan.
Sebanyak 13,462 sampel telah diambil daripada orang ramai yang pulang dari Sabah sejak 26 September 2020 dan daripada jumlah itu, sebanyak 9,680 keputusan saringan telah dikeluarkan manakala 3,776 lagi masih menunggu keputusan.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Boleh Bawa Anak Kecil Pergi ‘Jalan-Jalan’ Tapi Patuhi Penjagaan Kesihatan” – Menteri
Ada ibu bapa yang mengeluh kerana anak-anak sudah lama berkurung dirumah kerana tidak dibenarkan keluar rumah disebabkan wabak pandemik COVID-19.
Ada juga yang susah hati terpaksa tinggalkan anak-anak kecil sendirian di rumah atau di dalam kereta sahaja ketika ke pusat membeli-belah dan kawasan tumpuan awam.
Keluhan kebanyakkan ibu bapa ini mendapat perhatian Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang menyatakan tiada larangan untuk membawa kanak-kanak ke tempat awam termasuk pusat beli-belah dan restoran, namun perlu mematuhi penjagaan kesihatan sewaktu negara sedang berdepan pandemik COVID-19. Selain itu tiada peruntukan atau hukuman dikenakan ke atas ibu bapa yang membawa kanak-kanak ke kawasan awam berkenaan, kerana ia tidak diwartakan.
“Tidak ada tegahan untuk tidak benarkan kanak-kanak pergi membeli mainan, beli-belah, dan sebagainya bersama ibu bapa mereka. Cuma sering kali saya nasihatkan, kalau boleh jangan bawa kanak-kanak kerana mereka golongan berisiko tinggi, dan ibu-bapa kena jaga kepentingan anak mereka walaupun dipakaikan pelitup separuh muka. Tidak ada hukuman kerana tidak diwartakan yang kanak-kanak tidak boleh dibawa ke restoran dan pusat beli-belah. Tapi kerana anak-anak berisiko tinggi dengan jangkitan COVID-19, kita galakkan tidak bawa anak bersama-sama,” katany.
Kerajaan juga tidak menetapkan halangan untuk kanak-kanak beriadah di taman permainan dan pusat beriadah, namun perlu mematuhi jarakkan sosial selain tidak berhimpit-himpit. Semoga ibu bapa sekalian dapat memberi lebih perhatian kepada anak-anak, jika ingin membawa mereka ke lokasi tumpuan awam. Pastikan SOP terjaga! Anak-anak adalah tangungjawab kalian sendiri, bukan kerajaan.
Sumber: Bernama
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Lelaki Kongsi Pertama Kali Trip Ke Luar Negara Lepas Pandemik Covid-19. Tourist Ramai, Kena Pandai Jaga SOP!
Berdepan dengan pandemik virus Covid-19 yang melanda seluruh dunia menyebabkan banyak perancangan terutama untuk bercuti ke destinasi menarik dunia tertangguh.
Namun apabila keadaan dan kelonggaran sudah diberi untuk merentas negara, tidak ketinggalan merasai pengalaman bercuti kala musim pandemik ini.
Perkongsian lelaki ini Hafiz Nasir yang pertama kali pergi bercuti musim pandemik ini untuk kita jadikan panduan. Nampak perjalanan sahabat Backpackers Buddies Malaysia ini dipermudahkan sepanjang percutian ke Jerman.
Mungkin ada yang sudah merancang percutian ke luar negara walaupun penularan virus Covid-19 masih lagi berterusan.
Kongsi Itinerary Travel Ke Luar Negara Lepas Pandemik
Sharing ringkas berkenaan my first pandemic overseas trip (12/2/22 – 20/2/22)
12/2/22 – 14/2/22
– Flight to Munich via DXB. Flight dari KL ke Dubai full so jaga SOP, pakai mask FFP2 sepanjang masa & pray for the best
– Dari Munich airport, ambik train ke Munich Hauptbahnhof untuk ke hotel (Schwan Locke). Ada 1 U-Bahn station dalam 150m dari hotel so senang nak ke mana-manaa.
– Tourist attractions: Marienplatz, Residenz München, Hotel Opera, Allianz Arena (home of Bayern Munich), Odeonsplatz, Englischer Garten
14/2/22 – 17/2/22
– Naik ICE train dari Munich Hbf ke Berlin Hbf. Dari Berlin Hbf menapak je ke hotel (Intercityhotel Berlin Hbf)
– Tourist attractions: Alexanderplatz, Brandenburger Tor, Olympiastadion Berlin, Checkpoint Charlie, Museum Island, Berliner Dom, Reichtag Building, Oberbaum Bridge
– 16 & 17 tu ada hurricane warning kat seluruh Germany. Berlin antara yang teruk kena. Train banyak cancelled. Dia punya ribut kalau saya kurus sikit memang dah melayang
17/2/22 – 19/2/22
– Sebab train Berlin ke Dresden cancel, terpaksa naik Flixbus. Alhamdulillah autobahn tak tutup masa ribut. Tapi rasa la bas goyang2
– Check in Intercityhotel Dresden Hbf. Betul2 depan main train station.
– Dresden takde U-bahn so main transport kat sini tram & bas.
– Tourist attractions: Dresden Frauenkirche, Brühl’s Terrace, Procession of Princes, German Hygiene Museum, Altmarkt
19/2/22 – 20/2/22
– Naik EC Berliner train ke Prague. Masa ni belah utara Germany still ribut. Patutnya train start dari Hamburg tapi kali ni start dari Dresden. Ke Prague dalam 2 jam lebih.
– Check in Grandium Hotel Prague (dalam 350m dari Praha Hln (main train station).
– Tourist attractions: Wenceslas Square, Charles Bridge, Prague Old Town, Dancing House, National Theatre, Národní Museum
– Flight balik ke KL via Dubai.
Additional Info:
1. MUNICH
Hotel: Schwan Locke (RM607 / 2 malam)
– Studio apartment. Complete ada pinggan mangkuk, electric stove, microwave & dishwasher. 150m dari Theresienwiese U-bahn station (1 stop dari main train station)
Public transport
– Beli single day ticket. Boleh guna sampai 6am the next day. €8.20. Entrance takde barrier tapi jangan lupa validate ticket.
– Public transport mmg tiptop. Ada U-bahn, S-bahn, Tram, Bus & RE train kalau nak berjalan jauh sikit.
2. BERLIN
Hotel: Intercityhotel Berlin Hbf (RM1,109 / 3 malam)
– Recommended. Betul2 depan Berlin Hbf. Dapat free transport ticket sepanjang tempoh kita stay so dah jimat kat transport.
Public Transport
– Pun tiptop. Lagi comprehensive dari Munich sebab Berlin ni capital city.
– Entrance takde barrier jugak. Kalau guna hotel punya transport card tak payah validate
3. DRESDEN
Hotel: Intercityhotel Dresden Hbf (RM490 / 2 malam)
– Pun betul-betul depan Dresden Hbf & dapat free public transport ticket jugak.
– Compare to Munich & Berlin, rasanya Dresden ni paling tak crowded tapi paling cantik. Bangunan dia semua
– Mask still wajib pakai indoor & dalam public transport (min FFP2 / KN95) kat Munich, Berlin & Dresden
– Nak dine in dia check vaccination cert.
4. PRAGUE
Hotel: Grandium Hotel Prague (RM277 / 1 malam)
– 350m walk dari main train station. Awas Prague ni banyak jalan cobblestone so kalau menarik beg tu memang seksa tapi hotel tiptop
Public Transport
– Yang ini garu kepala sikit. Kat Germany signboard dia jelas tunjuk kat mana ada U/S bahn & tram stop. Prague ni confusing. Train sesak. Tram pun sesak.
– Dalam train wajib pakai mask tapi tourist attractions dia punya la ramai manusia semua tak pakai mask. Pandai2 jaga SOP
Artikel Berkaitan:
Bajet Tak Sampai RM5 Ribu Seorang, Puas Dapat Jelajah Keindahan Egypt. Bak Hikayat 100000001 Malam!
Panduan Rancang Percutian Ke Turki, Ini Lokasi Dicadangkan Untuk Yang Pertama Kali Datang Sini
Itinerary Daytrip JB-Kluang-JB, Enjoy Layan Anak-Anak Bercuti Dekat-Dekat Je Naik Train
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Peminat Di Barcelona Saksikan Konsert Tanpa Penjarakan Sosial Selepas Buat Ujian Calitan Ekspres
Di Barcelona, Sepanyol lebih lima ribu orang peminat muzik telah mengambil langkah yang cukup drastik semata-mata ingin bersama-sama menyaksikan sebuah konsert.
Mereka selaku pengunjung menghadiri acara konsert muzik yang berlangsung tanpa sebarang penjarakan sosial. Namun difahamkan kesemua daripada mereka telah menjalani ujian calitan COVID-19 dan didapati negatif menerusi ujian antigen hari yang sama.
Peminat muzik tersebut membanjiri Palau San Jordi untuk menyaksikan persembahan beberapa buah band indie. Persembahan yang mendapat kelulusan khas daripada badan kesihatan negara tersebut merupakan antara percubaan yang dilakukan dengan melakukan ujian pantas untuk acara seperti konsert.
Mereka mahu melihat sama ada sistem ujian pantas begini boleh mengelak penularan virus pada masa akan datang. Namun sepanjang konsert berlangsung, setiap penonton diwajibkan memakai pelitup muka bagi tujuan keselamatan.
Kesemua penonton menjalani ujian di tiga lokasi berbeza di Barcelona sebelum diberikan kebenaran untuk menghadiri konsert tersebut. Seramai 80 orang petugas kesihatan telah ditugaskan untuk menjalankan ujian calitan.
Sepanjang ujian tersebut mereka mendapati tiga orang positif dan seorang dikenali pasti sebagai kontak rapat. Sekali gus tidak dibenarkan untuk menghadiri konsert tersebut.
Eksperimen ini juga dilihat sebagai salah satu cara untuk merancakkan semula ekonomi terutamanya di dalam sektor muzik dan persembahan secara langsung.
Adakah langkah ini benar-benar selamat untuk dilakukan? Pakar dan juga warganet pastinya mempunyai pandangan masing-masing.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI