Bentuk seakan rehal yang terletak paling atas di Menara Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan ‘hilang’ tidak lama lagi. Sebelum ini rehal tersebut menjadi mercu tanda serta binaan itu dianggap sesuai dengan kedudukan DBP sebagai badan yang mengelolakan hal ehwal bahasa serta persuratan negara.

 

Semua Nak Dipolitikkan! Rehal Bangunan DBP Akan Dirobohkan Sebab Tidak Selamat

Selepas berita itu tular di media sosial, ramai warganet memberi kenyataan yang mendakwa replika berbentuk seakan rehal itu dirobohkan kerana ia melambangkan imej Islam. Ada yang melatah dan terus menerus melemparkan pelbagai tuduhan sehingga mempolitikkannya.

Semua Nak Dipolitikkan! Rehal Bangunan DBP Akan Dirobohkan Sebab Tidak Selamat Semua Nak Dipolitikkan! Rehal Bangunan DBP Akan Dirobohkan Sebab Tidak Selamat

Ads

Yang sebetulnya, kerja-kerja perobohan replika buku di bumbung menara DBP dibuat atas faktor keselamatan. Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dalam satu kenyataan berkata keputusan tersebut diambil selepas pakar mendapati bahawa struktur tersebut tidak berada dalam keadaan selamat.

Semua Nak Dipolitikkan! Rehal Bangunan DBP Akan Dirobohkan Sebab Tidak Selamat Semua Nak Dipolitikkan! Rehal Bangunan DBP Akan Dirobohkan Sebab Tidak Selamat Semua Nak Dipolitikkan! Rehal Bangunan DBP Akan Dirobohkan Sebab Tidak Selamat Semua Nak Dipolitikkan! Rehal Bangunan DBP Akan Dirobohkan Sebab Tidak Selamat Semua Nak Dipolitikkan! Rehal Bangunan DBP Akan Dirobohkan Sebab Tidak Selamat Semua Nak Dipolitikkan! Rehal Bangunan DBP Akan Dirobohkan Sebab Tidak Selamat

Salam.

Ads

Perobohan replika berbentuk buku di Menara DBP banyak ditularkan oleh warga maya dengan berbagai-bagai tanggapan. Saya ingin menjelaskan bahawa perobohan ini dibuat atas faktor keselamatan. Pihak Jabatan Kerja Raya yang melakukan pemeriksaan di Menara DBP mendapati bahawa struktur replika ini tidak kukuh disebabkan hakisan dan karatan yang teruk.

Ini membahayakan staf dan pengunjung DBP serta orang awam secara keseluruhannya. Bagi mengelakkan musibah yang mungkin timbul, kerja-kerja perobohan ini perlu dilakukan dengan segera. Saya juga ingin menjelaskan bahawa, selain replika ini, DBP juga sedang dalam proses penggantian lif dan eskalator.

Ads

Kerja-kerja ini sudah tentulah akan menimbulkan ketidakselesaan kepada pengunjung dan staf DBP. Untuk itu kami memohon berbanyak-banyak maaf.

Saya berharap, perobohan replika buku ini tidak disalahtafsir dan dikaitkan dengan hal-hal yang tidak berkaitan. Perobohan replika ini berkaitan dengan isu keselamatan staf dan pengunjung DBP dan orang awam. Sebagai organisasi yang bertanggungjawab, kami perlu memastikan staf, pengunjung serta orang awam selamat apabila bekerja, berurusan dengan kami termasuklah orang awam yang melalui kawasan bangunan ini.

Terima kasih.
Ketua Pengarah DBP
8 Ogos 2019

Menurut kenyataan itu lagi, kerja-kerja perobohan replika buku tersebut telah dimulakan dan dijangka siap pada 16 November 2019.

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI