Semua aktiviti berkaitan pelancongan yang dirancang sempena Tahun Melawat Malaysia 2020 (VM2020) diteruskan dan berlangsung seperti biasa ketika ini.
Menurut Ketua Pengarah Tourism Malaysia Datuk Musa Yusof sebarang perubahan dan penundaan aktiviti tersebut adalah bergantung kepada perkembangan terkini COVID-19.
Selaras keputusan itu juga, jumlah sasaran kemasukan 30 juta pelancong asing ke negara ini dengan jangkaan pulangan pendapatan RM100 bilion daripada industri pelancongan sebelum ini adalah kekal.
Susulan penularan COVID-19 juga, Datuk Musa Yusof berkata segmen pelancongan kesihatan diMalaysia dilihat kekal mendapat sambutan khususnya pelancong dari negara-negara jiran yang datang mendapatkan rawatan di sini.
Selain itu, Tourism Malaysia juga sedang giat memperluaskan pasaran kemasukan pelancong dari India kerana pasaran dan jumlah ketibaan pelancong dari negara ini merupakan kedua terbesar selepas China.
Sumber: Bernama