Semua aktiviti berkaitan pelancongan yang dirancang sempena Tahun Melawat Malaysia 2020 (VM2020) diteruskan dan berlangsung seperti biasa ketika ini.
Menurut Ketua Pengarah Tourism Malaysia Datuk Musa Yusof sebarang perubahan dan penundaan aktiviti tersebut adalah bergantung kepada perkembangan terkini COVID-19.
Ads
Selaras keputusan itu juga, jumlah sasaran kemasukan 30 juta pelancong asing ke negara ini dengan jangkaan pulangan pendapatan RM100 bilion daripada industri pelancongan sebelum ini adalah kekal.
Ads
Susulan penularan COVID-19 juga, Datuk Musa Yusof berkata segmen pelancongan kesihatan diMalaysia dilihat kekal mendapat sambutan khususnya pelancong dari negara-negara jiran yang datang mendapatkan rawatan di sini.
Ads
Selain itu, Tourism Malaysia juga sedang giat memperluaskan pasaran kemasukan pelancong dari India kerana pasaran dan jumlah ketibaan pelancong dari negara ini merupakan kedua terbesar selepas China.
Pelancong yang berkunjung ke lokasi menarik di sekitar Dataran Merdeka kini boleh mendapatkan informasi mengenai tempat yang dilawati secara terus ke telefon pintar melalui imbasan kod QR.
Melalui projek rintis ‘Dataran Merdeka KLQR Trail’ yang bermula pada 20 Dis lalu, sebanyak 17 lokasi terlibat dengan pemasangan imbasan kod QR.
Lokasi itu antaranya Tiang Bendera Dataran Merdeka; Victorian Fountain; Jambatan Masjid Jamek; Bangunan Sultan Abdul Samad dan Padang Dataran Merdeka.
Proses ujian dijangka mengambil masa beberapa minggu sehingga pertengahan Januari tahun depan. Semua pengujung dan pelancong yang telah menggunakan kemudahan ini boleh memberi maklum balas kepada DBKL bagi memastikan penambahbaikan dapat dilakukan.
DBKL juga bercadang menambah KLQR Trail di beberapa lokasi tumpuan pelancongan lain di ibu negara seperti Bukit Bintang, Taman Botani Perdana dan Kampung Baru.
Pemandu pelancong digalakkan menggunakan laluan KLQR Trail bagi memudahkan pelancong mendapat penerangan mengenai tempat-tempat menarik di Kuala Lumpur.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Tahun hadapan tiga buah bandar bakal bertukar status ke bandaraya iaitu Seremban, Kuantan dan Subang Jaya. Berita itu cukup mengujakan penduduk bandar tersebut. Namun untuk masa terdekat ini, Seberang Perai pula bakal diisytiharkan sebagai bandaraya. Status Seberai Perai akan bertukar pada Hari Malaysia pada 16 September ini
Menurut seorang anggota Exco Pulau Pinang, Jagdeep Singh Deo, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Perancangan Bandar dan Desa negeri, telah menyerahkan surat bagi pengisytiharan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) sebagai Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP ) kepada Istana Negara untuk mendapat perkenan.
Dengan perisytiharan itu, kedua-dua pihak berkuasa tempatan di Pulau Pinang akan menjadi majlis bandaraya, katanya kepada pemberita di sini hari ini. Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) memperoleh status bandar raya pada 2015.
Untuk diklasifikasikan sebagai bandar raya, pihak perbandaran harus memenuhi prasyarat tertentu, seperti mempunyai 500,000 penduduk, pendapatan tahunan lebih dari RM100 juta, dan mempunyai kemudahan seperti kawasan perindustrian, institusi pendidikan, kemudahan perubatan, institusi kewangan dan kemudahan untuk menarik pelabur ke negeri ini, dan pembangunan yang memberi tumpuan kepada pembangunan mampan.
Presiden MPSP Datuk Rozali Mohamud akan dilantik sebagai Datuk Bandar Seberang Perai sebaik sahaja memperoleh status itu.
Taman tema air merupakan destinasi percutian pilihan ramai pelancong di dunia kerana keseronokkannya yang tiada limit. Namun begitu, tahap keselamatan pengunjung dan juga permainan yang ditawarkan di taman tema air seluruh dunia sering diperdebatkan kerana menjadi ‘pembunuh’ utama kegembiraan.
Baru-baru ini, seorang pelancong England bernama Jade Graves berusia 29 tahun putus salur darah di Taman Air Aqua Paradise di Nessebar, Bulgaria. Kejadian ngeri itu berlaku, setelah dia dikatakan terhempas kuat sewaktu menaiki gelongsor air ekstrem digelar Space Jam.
Gelongsor air yang berketinggian 22 meter dan kecerunan 90 darjah, telah meragut keseronokan yang dirasainya yang berakhir dengan sebuah tragedi. Jade merasakan kesakitan yang sangat perit di bahagian bawah pelvisnya selepas menuruni gelongsor air lalu memasuki ke dalam kolam tersebut dan terkejut apabila melihat darah mengalir di kakinya. Ketika terhempas, dia dikatakan kehilangan banyak darah dan memerlukan proses pemindahan darah dengan segera di sebuah hospital di Bulgaria.
Dia turut pitam akibat kehilangan darah yang banyak, dan menghabiskan empat hari di hospital. Lukanya telah dijahit selain terpaksa menjalani pemindahan darah serta pembedahan untuk merawat arteri terputus itu. Dia turut mendakwa dirinya menderita dengan pendarahan dalam arteri yang boleh membawa kepada berlakunya strok dan anemia sekunder.
Jade telah mengupah firma undang-undang untuk menyiasat kejadian itu agar tindakan undang-undang boleh diambil terhadap Taman Air Aqua Paradise di Bulgaria kerana berdepan dengan trauma akibat tragedi tersebut.
“Ia adalah mimpi ngeri dan saya masih sangat sedih mengenainya. Saya masih belum pasti apa yang berlaku, kerana saya mengikut semua peraturan yang diberikan kepada saya. Saya sangat berharap siasatan boleh dijalankan dengan baik kerana saya tidak mahu orang lain senasib dengan apa yang perlu lalui,” kata Jade lagi.
Ekoran kejadian itu, orang ramai meminta agar lebih banyak kesedaran mengenai bahaya potensi slaid air ditekankan. Aqua Paradise merupakan taman tema air yang dikunjungi oleh beratus-ratus pelancong British setiap kali musim panas.