Selalu kita dengan Bazar Ramadan dekat Malaysia yang menjual pelbagai jenis juadah untuk pengunjung berbuka puasa. Memang meriah dan paling best banyak makanan yang kadang tak dijual ketika hari biasa boleh didapati dengan mudah di Bazar Ramadan.
Pernah tak korang yang pergi ke Turkey jumpa bazar Ramadan? kalau ada pun mungkin tak semeriah dan sebesar kat Malaysia tapi cukuplah untuk mengubat kerinduan bagi yang memang tinggal kat sana.
Seperti yang dikongsikan oleh Zira Kee Charles-Yanar di Facebook Backpackers Buddies Malaysia (BBM) tentang bazar Ramadan yang ada di sebuah bandar bernama Kuşadası di Turki.
Jom ikuti perkongsiannya:
Bazar Ramadhan Kuşadası
Turki terkenal dengan bazaar, tapi bazaar makanan bukan salah satu daripadanya. Budaya “street food” ni sebenarnya asing di kalangan orang Turki. Ada tapi bukan dalam skala yang besar macam dekat Malaysia. Orang Turki lebih suka masak dekat rumah & makan beramai-ramai dengan keluarga.
Satu, sebab makan dekat luar kos jauh lebih tinggi banding masak sendiri & kedua sebab faktor kebersihan, mereka lebih yakin makan makanan yang dimasak di dapur sendiri.
Jadi konsep bazar Ramadhan sesuatu yang agak asing lagi-lagi di Kuşadası yang merupakan pekan pelabuhan yang padat dengan pelancong dari Eropah. Tahun ni pertama kali nampak ada bazar Ramadhan, jadi kita pun singgah la tengok apa yang ada.
Apa yang best : Setiap gerai jual produk yang berbeza, jadi peniaga tak ada saingan dengan peniaga yang lain.
Apa yang tak best : Tak banyak pilihan.
Kesemuanya ada 7 gerai sahaja.
Gerai jual makanan.
Gerai jual sucuk (sosej).
Gerai jual madu.
Gerai jual keju.
Gerai jual manisan (pişmaniye & baklava).
Gerai jual buah-buah kering, bijirin & kekacang.
Gerai jual jus & cuka asli (dari epal, anggur etc).
Sis beli içli köfte, pişmaniye & nasi (bulgur) lauk daging masak rempah. Semua sekali habis 140 Lira. Haha. Mahal ka? Memang mahal pun, içli köfte tu kalau dia tak duduk dekat bazar sebiji biasa dalam 2.50 – 5.00 Lira bergantung dengan jumlah yang kita beli. Tapi sebab dia duduk dekat bazaar dia jadi 10 Lira sebiji.
Tapi sis fikir positif, sekarang keadaan ekonomi dekat Turki tak stabil & inflasi agak teruk. Tak apalah kita bantu rezeki orang InsyaAllah orang pun bantu rezeki kita. Nak senangkan hati kita fikir macam ni, baru 40 ringgit. Nak lagi senang hati tak apalah tak sampai 10 usd pun.
Dari segi rasa sis bagi 4/10. Haha. Bukan apa, bila lidah & tekak dah terbiasa dengan makanan Malaysia makan apa-apa pun dekat sini auto rasa “tawar”. Sebenarnya tak tawar pun, cuma untuk tekak kita rasa dia macam tak berapa “umph” giteww.
Tapi apa-apa pun sis sangat rindu bazar Ramadhan di Malaysia. Masih ada lagi ka orang jual ayam gunting 5 ringgit?