Turkey antara negara yang tidak terlalu ketat SOP untuk dilawati. Korang yang nak bercuti ke sini tak perlukan keputusan ujian PCR mahupun kuarantin sebaik sahaja tiba di sana. Justeru kesempatan itulah yang membuatkan ramai pengembara memilih Turkey sebagai destinasi percutian selepas pandemik.
Nak cover semua tempat yang ada kat Turkey pastinya memerlukan kos yang agak tinggi, walaupun mata wang Lira agak rendah berbanding Ringgit Malaysia, namun bajet perlu dibuat agar tidak over bajet dan melebihi apa yang telah ditetapkan untuk sesuatu perjalanan.
Kalau kena gayanya ikut bajet yang ditetapkan pun dah boleh cover semua tempat untuk destinasi yang dipilih. Seperti perkongsian oleh Encik Fadhil di Facebook Backpackers Buddies Malaysia (BBM) ke Turki yang hanya berhabis RM3.6K sahaja sepanjang 10 hari di sana.
Dari apa yang dikongsikan, dia juga berpeluang bermain salji di sana walaupun sudah masuk pertengahan bulan Mac. Jom ikuti perkongsiannya!
Trip bajet RM3.6K seorang ke TURKEY
KUL – DOHA – ISTANBUL – BURSA/ULUDAQ – DENIZLI/PAMUKKALE – GOREME/CAPPADOCIA – ISTANBUL – DOHA – KUL
Syukur Alhamdulilah hajat nak ke Turkey kesampaian tak sangka walaupun dah masuk pertengahan bulan mac salji masih turun lagi
Flight Qatar Airways – RM1312.82 return (diskaun RM580 beli melalui apps AirAsia)
Duit Belanja – RM1000 (separuh tukar lira / selebihnya pakai bigpay)
Penginapan / Hotel – RM350 x 2
Pengangkutan – RM300 x 2
Hot Balloon – RM460 x 2
AIG Insurans- RM160 x 2
13/3/2022 – Ahad
– Flight Kul – Doha – Saw jam 8:00 malam
14/3/2022 – Isnin
– Tiba Airport Saw 6:00 pagi
– Naik bas havabus ke taksim 37.50 Lira
– Taksim ke Sultanahmet
– Check in The Byzantium Suites Hotel & Spa
€35 – 1 malam
15/3/2022 – Selasa
– Breakfast / Check out hotel
– Ferry ke Bursa (1:45 minit) 39 Lira
– Check in Can Hotel Bursa 240 Lira – 1 malam
– Naik teksi ke Teleferik 10 Lira
– Teleferik ke Uludaq 250 Lira
– Naik bas malam Bursa ke Denizli / Pamukkale jam
12:30 malam 155 Lira
16/3/2022 – Rabu
– Tiba di stesen bas Denizli jam 8:00 pagi
– Pakej day trip ke Pamukkale & Hierapolis 250 Lira
– Naik bas dari Denizli ke Goreme Cappadocia jam
6:45 petang 200 Lira
17/3/2022 – Khamis
– Tiba di stesen bas Goreme 3:00 pagi
– Check in Cappadocia Cave Rooms €39 – 2 malam
– Naik Hot Balloon jam 5:45 pagi €100
18/3/2022 – Jumaat
– Breakfast
– 1 jam naik ATV 200 Lira
– Check out hotel / naik teksi dari Goreme ke
Nevsehir Airport 350 Lira
– Tiba di Airport Istanbul 6:00 ptg
– Naik havabus ke Taksim / Taksim ke Sultanahmet
– Check in Sultanahmet Suites €32 – 2 malam
19/3/2022 – Sabtu
– Breakfast
– Grand Bazaar
– Pusing-pusing area Istanbul
20/3/2022 – Ahad
– Breakfast / Check out
– Hagia Sofia
– Blue Mosque
– Spice Bazaar
– Check in Victorious Hotel €22 – 1 malam
– Bosphorus Cruise 2 jam 60 Lira
21/3/2022 – Isnin
– Breakfast / Check out
– Check in Hotel Flash Taksim 292.23 Lira – 1
malam
– Galata Tower
– Taksim Square
– Istiklal Street
– PCR test 200 Lira
22/3/2022 – Selasa
– Breakfast / Check out
– Naik havabus dari Taksim ke Airport Saw 37.50
Lira
– Flight Saw – Kul 2:00 petang
23/3/2022 – Rabu
– Tiba di Kul Airport 8:00 pagi
– PCR test KKM
– Kuarantin 5 hari kat rumah, tapi disebabkan result
PCR buat kt klia tu positive so kena kuarantin 7
hari