Turkey antara negara yang tidak terlalu ketat SOP untuk dilawati. Korang yang nak bercuti ke sini tak perlukan keputusan ujian PCR mahupun kuarantin sebaik sahaja tiba di sana. Justeru kesempatan itulah yang membuatkan ramai pengembara memilih Turkey sebagai destinasi percutian selepas pandemik.
Nak cover semua tempat yang ada kat Turkey pastinya memerlukan kos yang agak tinggi, walaupun mata wang Lira agak rendah berbanding Ringgit Malaysia, namun bajet perlu dibuat agar tidak over bajet dan melebihi apa yang telah ditetapkan untuk sesuatu perjalanan.
Kalau kena gayanya ikut bajet yang ditetapkan pun dah boleh cover semua tempat untuk destinasi yang dipilih. Seperti perkongsian olehEncik Fadhil di Facebook Backpackers Buddies Malaysia (BBM) ke Turki yang hanya berhabis RM3.6K sahaja sepanjang 10 hari di sana.
Dari apa yang dikongsikan, dia juga berpeluang bermain salji di sana walaupun sudah masuk pertengahan bulan Mac. Jom ikuti perkongsiannya!
Trip bajet RM3.6K seorang ke TURKEY
KUL – DOHA – ISTANBUL – BURSA/ULUDAQ – DENIZLI/PAMUKKALE – GOREME/CAPPADOCIA – ISTANBUL – DOHA – KUL
Syukur Alhamdulilah hajat nak ke Turkey kesampaian tak sangka walaupun dah masuk pertengahan bulan mac salji masih turun lagi
Dapat menjejakkan kaki ke salah satu negara Eropah pun dah seribu rahmat, apatah lagi kalau dapat travel ke negara-negaranya yang lain. Maklum sajalah, bukan semudah membalikkan telapak tangan untuk kita pergi melancong ke Eropah. Banyak persediaan yang perlu diambil kira sebelum hari untuk kita berlepas ke sana.
Antara persediaan yang perlu dilakukan adalah itinerari ke mana lokasi tujuan kita di sana nanti. Adakah kita nak ke kawasan bandar atau ke kawasan luar bandar? Nak melawat tempat bersejarah atau nak melawat lokasi-lokasi yang lebih moden? Itu semua termasuk dalam persediaan yang perlu kita fikirkan.
Jadinya, Libur nak kongsikan satu itinerari oleh Mohd Fauzi Zakaria yang melawat kawasan perkampungan di 6 buah negara di Eropah. Itinerari ini menggunakan jalan darat, jadi kepada anda yang suka untuk melihat kawasan tempatan di sesebuah negara dengan lebih dekat, itinerari daripada Mohd Fauzi ini sangat sesuai untuk anda.
Kawasan perkampungan di sana tak kuang cantiknya, ditambah pula dengan cuaca di sana yang mempunyai empat musim, pastinya trip menggunakan info daripada itinerari ini akan memberikan pengalaman baru buat anda. Jadi jangan tunggu lagi, jom kita selidik apa perkongsian Mohd Fauzi ini.
Itinerary 10 Hari Roadtrip ke kawasan kampung cantik di 6 negara Eropah. (Austria, Slovenia, Croatia, Itali, Hungary, Slovakia)
Day 1: Tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Vienna. Bergantung pada waktu ketibaan. Sebaiknya cari flight yang tiba awal pagi, boleh terus ambik kereta sewa di level -1. Dapat kunci boleh teruskan perjalanan ke Salzburg melalui sebahagian jalan kampung yang dipanggil The Romantic Road.
Dari Vienna, ambik lebuhraya A1 sebelum exit ke jalan kampung 42, sebelum ke pekan Styers di laluan 122.
View kiri dan kanan memang cantik jika cuaca baik. Teruskan perjalanan sehingga ke Hallstat.
Di Hallstat, korang boleh naik ke Top of Hallstat dan terus ke The Salt Mine dengan bayaran 34 euro termasuk cable car.
Kalau ada banyak masa, boleh juga hiking. Ada trail. Then, dah puas ambik gambar kat atas, boleh pulak sambung bergambar di area rumah2 tepi tasik tu. View memang cantik.
Solat jamak zuhur dan asar kat area parking tu. Takde masjid dan surau kat sini. Jangan buang masa mencari dan cari alasan tak solat pulak. Islam tu mudah.
Kedai makan pun takde yang ada tanda halal kat sini. So, on the way ke sini, kalau jumpa pasar mini Billa atau seangkatan dengannya, beli la apa2 yang patut.
Dah setel, drive semula ke Salzburg dan bermalam di sana
Malam 1 : Salzburg.
Day 2 : Awal pagi, bergerak ke St Wolfgang Lake. Kat sini ada panorama train, tapi sehari sekali je. Start pukul 1150 pagi dan turun 1245 tengah hari. Harga tak cek pulak sebab tak naik. Sambil2 tu boleh jalan2 sekitar tasik di St Wolfgang ni.
Dalam pukul 2, patah balik ke Salzburg. Boleh ronda2 kat oldtown Salzburg. Kat sini paling famous ialah Mozart’s House.
Then, ada few attraction macam Salzurg Castle dan lain2.
Dah habis, terus balik semula ke hostel.
Malam 2 : Salzburg.
Day 3 Check out awal pagi. Destinasi utama hari ini ialah ke Kitzsteinhorn yang terletak di Kaprun.
Ia adalah pusat sukan ski yang famous dan merupakan puncak tertinggi di Salzburg.
Untuk sampai ke atas, kena ambik cable car dengan 3 kali tukar. Tiket return berharga 44 euro.
Half day kat sini.
Jika berkesempatan, boleh cuba laluan scenic road Austria yang dikenali sebagai Grossglockner High Alpine Road yang menghubungkan Bruck di bahagian utara hingga Heiligenblut sejauh 130 km
( laluan ini cuma dibuka pada musim panas je. Cek website dulu dan ada tol dikenakan)
Dan selesai 2 perkara ini, boleh check in di pekan Kaprun.
Malam 3 : Kaprun
Day 4: Selepas sarapan, akan bergerak menuju ke negara baru hari ini iaitu Slovenia. Untuk hari ini ada 2 destinasi yang akan dikunjungi iaitu Vintgar Gorge yang menjadi sebahagian dari Triglav National Park.
Bayaran masuk adalah 9 euro.
Kurang 15 minit pemanduan, anda boleh ke Lake Bled iaitu satu lagi Unesco Site di Slovenia
Malam 4 : Bled
Day 5 : Hari ini, sebenarnya agak santai. Anda ada beberapa pilihan. Yang pertama menuju ke Lake Bohinj sebelum ke ibu kota Slovenia di Ljubjana
Pilihan kedua lebih menarik iaitu memandu ke satu pekan kecil Slovenia yang menhadap Lautan Adriatik yang bernama Piran.
Selepas itu, mungkin boleh menjejakkan kaki ke sebahagian negara Itali di pekan yang bernama Triste.
Selesai bersantai di 2 kota ini, boleh menyambung semula perjalanan ke Ljubjana.
Dan boleh bersiar2 di malam hari di pekan di oldtown Ljubjana ini.
Malam 5 : Ljubjana
Day 6 : Hari ini pemanduan agak jauh iaitu dari Ljubjana ke Plitvice National Park di negara Croatia. Perjalanan sejauh 200 km mengambil masa levih kurang 4 jam selepas beberapa stop breakfast dan toilet
Jika bertolak jam 5 pagi, dijangka tiba jam 9 pagi. Tiket berharga 100 kuna. Sebaiknya, habiskan lebih kurang 4 atau 5 jam di dalam National Park ini.
Selesai di sini, sambung perjalanan ke ibu kota Croatia di Zagreb. Perjalanan sejauh 130 km dan mengambil masa lebih kurang 2 jam.
Dalam perjalanan ke Zagreb, boleh singgah bergambar di kampung cantik bernama Rastoke.
Malam 6 : Zagreb
Day 7 : Setengah hari di sini bersiar-siar di sekitar ibukota Zagreb. Ada banyak restoran halal di sini. Jangan lupa ke Upper Town untuk saksikan panorama bandar Zagreb
Jam 2 petang selepas solat Zuhur menyambung perjalanan ke kota Budapest di negara Hungary.
Perjalanan sejauh 345 km dan mengambil masa lebih kurang 5 jam kerana kesesakan di pintu sempadan.
Sebaik tiba, check in dan terus rehat
Malam 7 : Budapest
Day 8 : Hari ini seharian explore bandar Budapest. Kereta cuma park di hotel dan bergerak menaiki pengangkutan awam seperti Tram, bas dan metro. Day Pass berharga 4.5 euro dan sah selama 24 jam.
Jika ada bajet lebih, boleh naik cruise melihat suasana matahari terbenam di Dunabe River dengan kos 20 euro.
Malam 8 : Budapest
Day 9 : Trip sudah hampir ke garisan penamat. Hari ini memandu semula ke Vienna. Tapi dalam perjalanan singgah di kota Bratislava yang terletak di dalam negara Slovakia.
Berhenti rehat sambil melawat oldtown dan Bratilava Castle sambil makan tengah hari di sini.
Perjalanan bersambung ke kota Vienna. Selesai menghantar kereta di airport, masing2 bergerak ke ibu kota Vienna. Dari airport ke Vienna, ada 2 pilihan iaitu fast train dan slow train. Fast train dikenali sebagai CAT dengan tiket one way berharga 12 euro.
Pilihan kedua lebih jimat iaitu 24 hours tiket dari airport ke airport berharga cuma 11.60 euro. Pastikan anda naik train S7 atau mana2 Regional train yang berhenti di Wien Mitte.
Dari Wien Mitte, anda boleh ke Central Station menaiki metro.
Malam 9 : Vienna
Day 10 : Hari terakhir trip. Bersiar- siar di kota Vienna. Tak payah risau sesat sebab ada day pass. Kalau malas nak jalan kaki, duduk je dalam tram dan saksikan keindahan kota Vienna dari atas tram.
Jam 5 petang bertolak ke airport untuk flight lewat malam ke Kuala Lumpur.
Semoga membantu. Kalau rasa bermanfaat, dipersilakan copy. Tak payah minta izin. Jangan tanya berapa bajet sebab bab bajet ni subjektif.
Tapi for basic info :
Untuk penginapan, kalau hostel start dari 15 euro. Kalau hotel twin room, start dari 45 euro.
If kawasan bandar macam Zagreb dan Budapest, ambik yang jauh sikit dari bandar. Hotel murah dan kalau nak pusing2 town just guna day pass public transport atau uber.
Jimat masa sebab bandar besar jalan jamm dan parking pun mahal.
Untuk makan, letak je dalam 10 euro sehari.
Sewa kereta pulak, depends besar mana, manual atau auto.
Yang penting, jangan skip insurans full coverage. Memang nampak mahal, tapi demi ketenangan waktu travel.
Bukan ke kita diberitahu malang takde bau?
Harga minyak pula 1.2 euro seliter. Jangan isi kat Itali. Harga 1.5 euro.
Masuk highway ada yg tol berpalang dan ada yang beli kupon macam kupon parking ikut berapa hari kita kat sana.
Ada soalan? Kasi PM tepi, tapi kalau balas lambat harap bersabar.
Once dah jawab, silalah ucap terima kasih. Kita kan rakyat Malaysia, diajar sopan dan berbudi bahasa.
Pilih ke Genting Skyworld Thema Park untuk bahagiakan anak-anak, ini pun salah satu tempat menarik untuk bercuti melapangkan minda setelah sibuk mencari rezeki.
Namun sebelum gerak ke sana, cuba ikut tip yang dikongsi oleh Puan Chenta Yana ini, barulah mudah nak bergerak dan tak pening kepala.
Tip Ke Genting Skyworld Dengan Anak-anak
Vacation trip outdoor theme park Genting Highland bersama anak. Alang-alang papa off day 10 hari, kita bawa anak-anak jalan. Jadi, malam tu bincang nak bawa pergi theme park Genting Highland.
Mula-mula, mesti lah kena beli tiket dulu. Ini harga tiket:
Dewasa: RM151 Warga emas & kanak-kanak (90cm-110cm) : RM121
Kalau naik kereta boleh pilih, nak park dekat GPO & naik cable car atau terus parking dekat atas. Kami buat keputusan nak parking dekat GPO sebab nak naik cable car.
Jadi parking whole day dalam RM18. Kalau ikut jam RM3 per hours. For cable car RM18 both way. Jumlah semua RM54 exclude farrel. Tapi kalau nak jimat, terus je parking dekat first world.
Sebelum pergi, advisable untuk beli raincoat. Bukan sebab takut hujan saja, ada ride yang basah, so prepare siap-siap rain coat. WAJIB download apps Genting Sky Worlds. Ada apa dalam apps ni?
– Ada map, jadi senang nak tahu jalan, nak cari rides semua just refer dekat apps.
– Boleh book VQ reservations. VQ ni untuk kita reserve siap siap rides yang kita nak, jadi kita tak payah beratur dah akan dapat priority lane. Tapi sorang dapat 6 rides saja untuk VQ.
– Nanti akan ada checkpoint yang pihak theme park ambil gambar kita, nanti gambar boleh ambik terus dari apps saja.
Theme Park buka dari 11 pagi sampai 6 petang. Jadi plan your journey betul-betul, pastikan sampai depan gate before 11am. Tapi kami sampai dalam 12 tengah hari sebab bertolak dari rumah pukul 8am.
Kami pergi hari selasa, jadi tak ada crowded sangat. Dekat sana, banyak je ada jual makanan semua, jadi tak payah risau. Air panas sejuk nak buat susu anak pun ada tersedia. Jika nak refill air masak anak pun boleh just bawa botol pergi je mana-mana baby washroom ada dekat dalam tu water dispenser.
Ini antara permainan yang boleh naik. Tengok je dalam apps follow map dia bagi dalam tu je. Kalau ada anak kecil sila bawa stroller.
Thrill Level Mild:
– Blue Sky Carousel (Ni yang ada kids sesuai naik ini. Macam kuda kat funfair tapi version cantik)
– Sid’s Play House Ice Age (Yang ni show ice age, characters ice age buat stageshow. Kalau bawa kids boleh lah masuk yang ni)
Thrill Level Medium:
– Night at the museum (Ride ni macam ada storyline kemudian kita duduk dekat atas tu main tembak-tembak. Kalau bawa kids boleh naik ni)
– Samba Glidder (Boleh tengok pemandangan dari atas. Min height 95cm)
– Rio Carnaval Chaos (Yang ni satu cup dia tu boleh naik 4 orang)
– Sid’s Rock & Slide (Ini pun kids boleh naik, dia pusing pusing sikit. Satu seat boleh naik 3 orang)
– Epic Voyage to Moonhave (Yang ni la ride yang kena pakai rain coat tu)
– Boot Camp Training (Ini ada flying fox macam escape park)
Thrill level High:
– Epic Hummingbird Flyers (Rides dia naik turun macam burung terbang)
– Alpha Fighter Pilot (Dia akan pusing kita 360 degree)
– Independance Day: Defiance (Yang ni indoor, 4D lawan aliens)
– ESD GLOBAL DEFENDER (Yang ni macam bawa kapal terbang, single rider & dia spinning juga)
– River Town Roller (Dia pusing 360 degrees)
– Acorn Adventure (Ini roller coaster)
Overall meman ok dan tempat cantik nak bergambar. Sebelum balik kita akan dapat voucher 50% off untuk next visit so nanti boleh datang lagi. Moga manfaat! Selamat bercuti.
“People Who Love to Eat are Always the Best People”, kata Julia Child. Buat anda yang mencari lokasi dan makanan baru untuk dinikmati di Kuala Lumpur, TR Fire Grill menawarkan hidangan yang hebat . Ia didatangkan khas daripada Florida Amerika Syarikat.
TR Fire Grill di Kuala Lumpur dimiliki dan dikendalikan oleh Pier Seafood Sdn. Bhd. Anak syarikat milik penuh Revenue Valley Sdn. Bhd. Syarikat ini juga memiliki dan mengendalikan restoran Tony Roma’s di Malaysia melalui anak syarikatnya, Grand Companions Sdn. Bhd. Restoran ini berlokasi di Pavilion Kuala Lumpur dengan keluasan 5,242 kaki persegi. Keluasan ini mampu memuatkan lebih daripada 180 orang tetamu (tempat duduk), mempunyai dua TV, bilik cerut dan bar untuk tetamu menikmati koktel di TR Fire Grill.
TR Fire Grill menawarkan hidangan stik 100 peratus daging segar tanpa antibiotik, hormon atau GMOs. Sos dan rempah disediakan oleh chef sendiri bagi memastikan rasa autentik. Restoran ini menghidangkan menu yang pelbagai daripada sarapan pagi hingga makan malam juga hidangan ala carte mengikut cita rasa masing-masing.
Antara sajian yang wajar dicuba ialah Salmon & Zoodles, pasta zucchini dan Chicken & Waffels. Sajian bistro TR Fire Grill bukan sahaja menghidangkan makanan yang lazat, malah dekorasi restoran mempamerkan ala bistro Amerika.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!