Semak Jadual Perjalanan Terkini ERL. Kini Beroperasi Dari 6am Hingga 11.10pm

Share

Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) telah mengatur semula jadual perkhidmatan kereta api mulai 23 Mei 2020 untuk baki tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi memenuhi jumlah penumpang semasa.

  • KLIA Ekspres dan KLIA Transit kini beroperasi sebagai perkhidmatan gabungan mulai 6 pagi hingga 11.10 malam setiap hari.
  • Kekerapan tren setiap 30 minit semasa waktu puncak pada hari biasa dan setiap 60 minit di luar waktu puncak, hujung minggu dan cuti umum.
  • Tiada perkhidmatan tren sebelum jam 6 pagi dan selepas tren akhir berlepas pada jam 11.10 malam.
  • Masa perjalanan antara KL Sentral dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) adalah 35 minit, KLIA2 (39 minit) dan di KL Sentral, semua pelepasan dan ketibaan akan melalui stesen Transit KLIA.



Jadual perjalanan akan dikaji semula secara berkala dan disesuaikan jika perlu agar memenuhi bilangan penumpang yang semakin meningkat. Oleh itu pengguna disarankan untuk sentiasa semak jadual perjalanan terkini di laman sesawang.

Sumber: Bernama

Oleh
Husna