Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) telah mengatur semula jadual perkhidmatan kereta api mulai 23 Mei 2020 untuk baki tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi memenuhi jumlah penumpang semasa.
KLIA Ekspres dan KLIA Transit kini beroperasi sebagai perkhidmatan gabungan mulai 6 pagi hingga 11.10 malam setiap hari.
Kekerapan tren setiap 30 minit semasa waktu puncak pada hari biasa dan setiap 60 minit di luar waktu puncak, hujung minggu dan cuti umum.
Tiada perkhidmatan tren sebelum jam 6 pagi dan selepas tren akhir berlepas pada jam 11.10 malam.
Masa perjalanan antara KL Sentral dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) adalah 35 minit, KLIA2 (39 minit) dan di KL Sentral, semua pelepasan dan ketibaan akan melalui stesen Transit KLIA.
Jadual perjalanan akan dikaji semula secara berkala dan disesuaikan jika perlu agar memenuhi bilangan penumpang yang semakin meningkat. Oleh itu pengguna disarankan untuk sentiasa semak jadual perjalanan terkini di laman sesawang.
Gemarkan aktiviti yang seram dan menakutkan? Setelah dua tahun berehat, Sunway Lagoon kembali dengan festival menyeramkan iaitu Night of Fright 8 (NFO8) yang berlangsung sepanjang bulan Oktober ini.
NOF8 kali ini mempunyai paling banyak tarikan dengan kemunculan hantu atau makhluk menakutkan dalam satu festival seram.
Bertemakan Werewolf, NFO8 kali ini mempunyai sembilan attractions yang korang boleh terokai dengan barisan makhluk seram dan hantu yang berlainan mengikut dunia atau tema, setiap kali melangkah masuk ke rumah hantu ini, jantung korang pasti berdegup pantas.
Ini dia sembilan attractions yang korang boleh terjah di NFO8 kali ini.
LYCAN – The Werewolves Of London
Awas dengan serigala jadian yang berlari-lari tanpa arah tuju, korang mungkin yang mereka cari!
The Harvest
Patung orang-orang yang menyeramkan bertukar hidup dan memburu manusia.
The Hotel Deville
Tempat tinggal makhluk jahat dan menakutkan. Dah masuk sini jangan sampai tak keluar pula. Katanya yang menginap kat sini tak suka dengan tetamu ya.
LUCHA LIBRE in UV3D
Tengok Pertandingan Wrestling underground yang glamor kat Mexico. Masuk dalam ni pakai speck mata 3D ye baru lah jelas nak tengok keganasan mereka.
Sharknado/Darknado
Si jerung yang menakutkan, jangan sampai kaki atau tangan korang jadi mangsa!
Zombie Hunters
Zombie di mana-mana, jangan sampai korang dikesan kalau tak korang pun boleh bertukar jadi zombie!
99 Doors @ Scarytales Theater
Inspirasi daripada 99 Door Mansion, tengok-tengok sikit tingkap dan pintu korang, mungkin ada hantu yang keluar.
Horrorwood Studios
Kat sini korang boleh jumpa Ikon karakter seram seperti Billy, Pennywise, Freddy, Ghost Face.
Blood Shed 2
Bloodier than ever, jangan sampai darah korang jadi mangsanya ya!
Selain tarikan-tarikan tersebut, NFO8 juga ada persembahan dan spot yang korang boleh enjoy. Antaranya:
Circus FreakShow
Dendam
Reunited
Tuer Pour Vivre
Ada beberapa sudut juga dijadikan tempat untuk korang merakam kenangan bersama hantu-hantu yang sentiasa berkeliaran. Jangan lupa ambil gambar dengan mereka tau!
Harga tiket NFO8
Normal tiket RM118
Xpress Pass RM88
Selain tiket biasa, korang juga boleh pilih pakej Howl-O-Ween dan juga pakej staycation bagi yang nak menginap kat sini. mesti lagi seram kan?
Berlangsung setiap Jumaat hingga Ahad sepanjang Oktober ini (30th September to 2nd October / 7th to 9th October / 14th to 16th October / 21st to 23rd October / 28th to 31st October), Korang boleh berada di Sunway Lagoon seawal 7.30 malam dan akan berakhir pada jam 11.30 malam.
So guys, dapatkan cepat tiket korang kerana waktunya terhad dan hanya ada di Sunway Lagoon sahaja!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Selepas menanti hampir sedekad, bagi pengguna Jalan Bandar Rawang yang merupakan jalan utama ke ibu kota pasti menarik nafas lega apabila laluan Pintasan Bandar Baru Rawang sudah dibuka kepada awam.
Pintasan itu terletak di Jalan Pintas Bandar Rawang berhampiran pusat bandar. Pembukaan pintasan yang telah siap dibina sekitar 2010 itu dijangka membantu mengurangkan kesesakan di pusat bandar yang menjadi rungutan penduduk sekitar, malah orang luar yang melalui kawasan itu. Selama ini Jalan Bandar Rawang hanya dibuka dari arah Kampung Datuk Lim Kim Sai manakala jalan menghala ke Kuala Lumpur ditutup atas isu teknikal seperti geografi tanah dan kedudukan pintu utama masjid berdekatan yang menimbulkan isu keselamatan.
Pintasan ini dijangka membantu mengalihkan aliran trafik terutama kenderaan dari Bukit Rawang Jaya dan Hulu Selangor dengan pengguna jalan raya tidak lagi perlu masuk ke pusat bandar sebaliknya boleh terus menghala ke Kuala Lumpur.
Pintasan sepanjang kira-kira satu kilometer ini dijangka menjimatkan masa perjalanan sehingga 15 minit.
Selain memanfaatkan penduduk sekitar, pintasan itu juga bakal memudahkan pengguna dari arah Utara seperti di Perak, Hulu Selangor, Sungai Choh, Serendah dan Batang Kali.
Sumber: Bernama
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Lelaki tertua dunia, Bob Weighton meninggal dunia akibat kanser ketika usianya 112 tahun, pada 28 Mei 2020.
Dia diakui lelaki tertua dunia oleh Guinness World Records pada Februari lalu selepas kematian penyandang, Chitetsu Watanabe dari Jepun yang juga meninggal dunia pada usia 112 tahun pada 23 Februari 2020 lalu.
Kematian warga emas dari Hampshire, England itu disahkan ahli keluarga yang menurut mereka, Bob Weighton pergi dengan tenang ketika tidur.
"Dengan penuh dukacitanya, keluarga Weighton mengumumkan kematian kesayangan kami, Bob Weighton. Dia adalah contoh terbaik buat kami, dia menjalani kehidupannya dengan sentiasa berhubungan baik dengan semua orang di seluruh dunia. Bob juga mempunyai ramai sahabat selain suka membaca dan mengambil tahu isu politik, berbual mengenai teologi dan ekologi selain mementingkan penjagaan alam sekitar sehingga akhir hayatnya," kata keluarga itu dalam kenyataan dikeluarkan.
Bob Weighton lahir pada 29 Mac 1908 di Yorkshire, utara England meninggalkan tiga anak, 10 cucu dan 25 cicit. Laporan menyebut, Weighton seorang pesara guru dan jurutera, ketika hayatnya merasai zaman perang dunia dan wabak selsema Sepanyol selain kebangkitan dan kejatuhan Soviet Union.
Dalam pada itu, rakyat Afrika Selatan, Fredie Blom mendakwa menyambut hari kelahiran ke-116 tahun bulan ini tetapi umurnya masih belum disahkan badan pencatat rekod itu.