Selfie Museum The Dessert Series, Langkawi ‘Syurga’ Bergambar Untuk Kaki Swafoto

Share

Mencari kelainan dalam gambar kenangan anda ketika bercuti di Langkawi? Jangan lepaskan peluang menyerlahkan kreativiti masing-masing menerusi Selfie Ria: Selfie Museum The Dessert Series, tarikan terbaharu di Oriental Village, Langkawi.

Lebih beruntung jika anda kaki selfie, ini memang lokasi wajib harus dikunjungi jika ke pulau lagenda ini.

Selfie Ria: Selfie Museum The Dessert Series merupakan produk terbaharu dibangunkan secara kerjasama Panorama Langkawi Sdn Bhd, pengendali Langkawi SkyCab, dengan sebuah syarikat swasta. Muzium ini mengetengahkan seni swafoto dengan memberi peluang kepada pengunjung meneroka pelbagai ruang tarikan yang disediakan termasuk ‘starlight room’, sebuah bilik berkonsepkan cermin infiniti yang nampak seolah-olah tiada penghujung.

Bilik-bilik pameran di Selfie Ria: Selfie Museum The Dessert Series juga diinspirasikan daripada ukiran pemanis mulut Malaysia, jadi ia bukan sahaja mempunyai props-props berbentuk makanan dalam saiz gergasi, malah anda juga berpeluang merasainya di gerai yang disediakan.

Pengunjung akan dibantu oleh petugas di sini dengan pelbagai kaedah terbaik untuk swafoto di lima zon swafoto kepada pengunjung iaitu doughnut zone, cupcakes and ice cream zone, candy zone, starlight room dan neon light zone.

  • Selfie Ria: Selfie Museum The Dessert Series beroperasi setiap hari bermula 9 pagi hingga 6 petang.
  • Tiket dijual pada harga RM22 untuk pemegang MyKad/MyKid (dewasa dan kanak-kanak), manakala pelancong asing RM27
  • Setiap pembelian tiket pengunjung akan diberi dua pemanis mulut secara percuma.

Ia sememangnya cukup insta-worthy dan memberi seribu keseronokan buat pengunjung yang hadir ke situ. Jom cuti-cuti Malaysia!

image via FB Selfie Museum Malaysia & Langkawi SkyCab

Oleh
Husna