Lain orang lain cara percutiannya. Mungkin ada yang selesa naik perkhidmatan awam seperti kapal terbang atau train, tetapi ada juga yang lebih gemar memandu sendiri.
Seperti perkongsian gadis ini Felicia Ramzi yang memberitahu pengalamannya bercuti bersama keluarga di beberapa lokasi dalam negara dengan membawa membawa kereta sendiri.
Dia turut menyenaraikan beberapa lokasi menarik boleh dicuba menjelang cuti persekolahan tidak lama lagi.
Asalamualaikum dan hai warga BBM
Kali ni, saya nak kongsikan lokasi dalam negara yang saya jelajah bersama keluarga. Semua naik kereta sendiri. Ada yang saya pergi tahun lepas dan ada yang dalam tahun ni. Cuti sekolah nak dekat dah kan, boleh lah cari idea nak bawak family pergi mana.
Antara lokasi yang saya pergi mengikut negeri:
KL- Kleptokrat Cafe,
-Kenny Hills,
-Pokok.KL,
-Ruma Puteh (semua ni cafes sebab masa tu hanya boleh merentas daerah)
Melaka – Stadhuys building,
– Ngeteh Cafe, Pangkalan Balak
– The Daily Fix, Jonker Walk
Terengganu – Kg Jambu Bongkok, Dungun
– Kg Penarik, Setiu
– Kg Mangkok, Setiu
– Masjid Langgar, Merang
– Masjid 8 Kubah, Jerteh
– Masjid Kristal, K. Terengganu
– Taman Tamadun Islam, K. Terengganu
Pahang- Colmar Tropicale
– Swiss Garden (bahagian atas hotel yang cantik)
– Genting Highland Strawberry Farm
– Chin Swee Temple, Genting Highland
– Menara 188, Kuantan
– Mural Kuantan
– Swiss Belhotel, Kuantan (bahagian pool)
Negeri Sembilan – Banjaran Glamping, Rembau most wanted
– Gastrohub Cafe, Nilai
Perak – Bangunan condong, Teluk Intan, stay di Little Kampung Studio.
– Kopitian Classic (cantik luar dan dalam)
– Kuala Kangsar
Johor – JB (Legoland)
– Desaru – Kg Nelayan Desaru
Selangor – Sekinchan – cafe tepi sawah, kilang beras
Putrajaya – Anjung Floria (sarapan pagi)
Nanti saya buat part 2. Maaf banyak gambarnya sebab semua tempat kami pergi tu cantik-cantik. Tapi kalau nak tengok gambar lagi banyak, boleh ke IG saya Felicia_Ramzi. IG memang saya simpan gambar buat kenangan, sekali dengan info situ. Selamat menjelajah semua!
Artikel Lain:
Puas Hati Day Trip Ke Sekinchan Je. Gadis Senaraikan Aktiviti & Port Makan Best Kena Cuba!
Itinerary Daytrip JB-Kluang-JB, Enjoy Layan Anak-Anak Bercuti Dekat-Dekat Je Naik Train
Teringin Camping Tapi Nak Selesa Ini Tempatnya, Canopy Villa Glamping Park, Janda Baik