Ada pelancong tempatan yang berkata ‘bosan’ ke Melaka kerana semuanya sudah dilihat. Tetapi, tahukah anda Melaka kaya dengan makanan tradisi unik yang tiada di tempat lain? Jangan kata bosan dahulu. Jom ikut Editor Meor Mohd Khairi mencuba pelbagai sajian enak di bumi bersejarah ini.
Asam Pedas Kak ‘Ton’ Menangkap!
Tidak sukar mencari restoran ini. Terdapat di deretan bangunan pejabat di Bandar Hilir, restoran Zaiton Asam Pedas memang tidak putus dengan kehadiran pengunjung. Restoran ini dikatakan antara restoran Asam Pedas yang ‘sedap’ di Melaka. Di samping kuah asam pedasnya yang enak, penulis tertarik dengan set hidangan tempe bersama sambal kicap yang cukup menyelerakan. Diselang-seli pula dengan gulai pucuk paku bumi bersejarah ini. yang pekat. Fuh, bertambah nasi dalam pinggan dibuatnya!
Pendek kata, tidak sah jika ke Melaka jika tidak cuba Asam Pedas. Jika anda mahukan kelainan, anda juga boleh menikmati Asam Pedas Tetel di Restoran Asam Pedas Pokok Besar yang terletak di Taman Kota Laksamana. Selain asam pedas, nasi lemak yang dijual di sini juga enak rasanya. Paling penting, harganya cukup berpatutan. Penulis sempat ‘pekena’ set asam pedas tetel bersama nasi putih dan nasi lemak telur mata bersama dua minuman.
Mi Haji Hassan
Penulis memandu menuju ke Tengkera, dalam usaha menjejak mi popular yang mana sesetengah menggelarkannya ‘mi bodo.’Anda harus memandu perlahan ketika melalui deretan bangunan pejabat dan rumah kedai di sini, kerana anda mungkin terlepas kedai makan unik ini. Sebenarnya mudah saja untuk ke kedai Hassan ini. Kedai makan ini terletak di hadapan pintu masuk Tanah Perkuburan Islam Haji Nek Yusuf, Tengkera.
Ads
Kedai ini begitu sesak dengan pengunjung. Baru saja penulis duduk di kerusi menunggu makanan, sudah ada orang yang datang berdiri di tepi menunggu kami habis makan. Memang hebat penangan mi Haji Hassan ini. Cukup ‘simple.’ Mi kuning, taugeh dan sambal istimewa yang dihasilkan keluarga Hassan sendiri. Ia didatangkan dengan telur mata yang digoreng bersama minyak cili yang menjadikan ia sedikit berair.
Cara memakannya? Gaulkan sambal ke dalam mi dan campur sedikit cuka dan kicap manis yang disediakan di atas meja. Memang ‘terangkat’. Rasa tidak puas dengan hanya makan sepinggan. Namun, memandangkan perempuan yang berdiri di sebelah meja penulis sudah lama berdiri dan menjeling seakan cemburu, penulis membatalkan sahaja niat untuk menambah pesanan.
Tip:
Kedai Mi Haji Hassan ini menggunakan sistem pesanan makanan paling unik, dan bagi penulis antara sistem yang sangat berkesan tanpa perlu menunggu lama. Apabila anda tiba, anda tidak boleh memesan mi itu. Sebaliknya anda terus ke kaunter dan mengambil beberapa pinggan yang berisi telur mata dan sambal, mengikut jumlah orang yang ada bersama anda. Seterusnya anda duduk saja di meja.
Ads
Petugas kedai akan memerhatikan meja mana yang ada pinggan bersama telur mata, dan di situlah dia akan menghantar mi tersebut. Tidak perlu bersungut, tidak perlu memanggil pelayan beberapa kali. Kesimpulannya, pastikan pinggan telur mata ada di atas meja anda, dan ‘mi bodo’ pasti akan menjelma di depan mata tanpa perlu menunggu lama!
Keria Bertaraf Antarabangsa
Sebelah petang, kami memandu agak jauh untuk ke Limbongan. Akhirnya jumpa juga kedai Kueh Keria Antarabangsa Haji Jalil. Memang istimewa keria yang dibuat sendiri oleh Haji Jalil ini. Ia disira dengan gula melaka dan dimasukkan lebih keledek berbanding tepung. Apabila sudah masak sepenuhnya, ia kelihatan seperti donut kerana saiznya yang besar.
Ads
Penulis sempat masuk ke bahagian dapur untuk melihat Mi Goreng Hassan Jalan Tengkera, Melaka (Tutup pada hari Khamis. Waktu operasi hanya dari jam 8.00 hingga 11.00 pagi.) Kueh Keria Antarabangsa Haji Jalil Batu 2, Jalan Limbongan, 75200, Melaka. sendiri Haji Jalil memasak kueh ini. Ruang dapur lama di kedainya memang mengembalikan nostalgia seperti kehidupan masyarakat Melayu 30-40 tahun dahulu.
Menurut Haji Jalil, dia sendiri yang mencadangkan kepada ibunya tentang resipi keria yang disira dengan gula melaka ini sewaktu pulang semula ke Melaka dari Kuala Lumpur sekitar tahun 1975. Purata sebanyak 1,000 kuantiti keria dijual sehari. Pada hujung minggu, jumlahnya mampu mencecah sehingga 2,000 ketul. Harganya Cuma 50 sen sebijik dan Haji Jalil sering mendapat tempahan kueh Keria ini daripada pejabat-pejabat kerajaan untuk sesi mesyuarat dan minum petang. Kedai ini dibuka dari jam 2.00 hingga 6.30 petang setiap hari.
Apalagi yang belum dicuba? Meskipun penulis hanya seharian di Melaka, segala makanan mahu dicuba. Destinasi terakhir kami ialah gerai Cendol Jam Besar yang terletak di Jalan Selat Melaka (Berhadapan dengan bangunan ikonik Stadhuys).
Pelbagai jenis cendol yang dijual di sini. Salah satu yang mesti anda cuba ialah cendol duriannya yang pekat dan isi durian yang lembut. Gerai cendol ini dibuka dari jam 3.00 hingga 7 malam. Ia juga terletak berdekatan dengan laluan menuju ke Jonker Walk.
Walaupun sekejap, pendek kata trip ‘ekspres’ penulis ke Melaka memang berbaloi. Banyak lagi makanan-makanan enak yang boleh dicuba.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Hatyai yang terletak tak jauh daripada Sempadan Malaysia sering menjadi tumpuan pelancong dari Malaysia. Kalau tak nak bermalam, day trip pun dah memadai, boleh jalan-jalan sambil makan-makan. Yang penting bajet tak perlu banyak-banyak.
Aqilah Azizan menerusi hantaranya di group Facebook Backpackers Buddies Malaysia (BBM) berkongsi itinerari sehari ke Hatyai bersama teman-teman. Paling syok kos untuk setiap orang tak sampai RM100 pun.
Namun menurut Aqilah, kalau ada yang nak shopping dan terjah banyak lagi tempat kat sana, mungkin perlukan bajet yang lebih besar daripada yang dikongsikan. Apa-apa pun memang best baca perkongsian gadis ini dan teman-teman habiskan masa seharian di Hatyai.
Ikuti perkongsiannya:
HATYAI BUDGET DAY TRIP (Bawah RM100)
Assalamualaikum & Salam Sejahtera
Hai saya kembali lagi tapi bukan Solo ke Hatyai
01 JULAI 2022
(Girls Day Trip)
PARKING FREE DUTY (RM9) (jalan kaki 6 minit)
THAI IMMI
BFAST DI DANOK
Pulut Ayam + Milo Ais (100 baht)
MASUK HATYAI (100 baht van)( saya tak turun di bas station , terus ke plaza)
CENTRAL PLAZA (bawa kawan shopping)
DIMSUM CHABURA (50 baht tuktuk)
(closed 2pm)
(280 baht) Lunch dimsum + daging bakar + teh ais
cara kiraan dimsum
1 pot kecik 15 baht
1 pot besar 20 baht
nasi goreng / daging bakar / kerabu semua harga lain2
(jangan pick dimsum semua , makanan dalam menu dia pun sedap)
BAS STATION (49 baht naik grab)
BALIK DANOK (70baht Van)
THAI IMMI (jalan kaki)
DUTY FREE (jalan kaki)
Total Kebakaran 739 baht : MYR 91.58 (per head)
–> Kalau nak shopping di 7E DANOK sediakan duit lebih
–> Kalau nak bawa balik pulut ayam / pulut pelam pun sediakan duit lebih
–> Impromptu Plan masuk hatyai sbb nak makan saja , mmg takdak niat nak bermalam
–> Kalau nak shopping di Plaza boleh sediakan dalam RM200-300 (takut nafsu shopping tak boleh kawal)
–> Nak singgah Asean Night Market sempat , tp saya tak sure Van ke Hatyai last jam berapa + kena alert Thai Immi close pukul berapa , rasanya 10pm
–> Kalau tak pernah masuk Hatyai tu seeloknya bermalam , baru puas jalan
–> Tukar Duit di Danok dapat tinggi , (kedai sebelah 7E yg dah tutup
–>Pakai Sim brand Dtac
(laju nak mampoih)
(simcard beli di Kedai2 phone area Danok , yg juai dkt Thai immi selalu mahal sikit)
(naik Grab kena ada Thai Simcard)
instagram : qlhzzn (saya save highlight budget Day Trip)
Nak Daytrip bawa beg ni baru senang nak jalan-jalan!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Sungai Kolok yang terletak di daerah Narathiwat, Selatan Thailand antara lokasi yang sering juga menjadi tumpuan pelancong. Bersempadan dengan Malaysia iaitu Rantau Panjang, antara pintu masuk yang digunakan oleh rakyat Malaysia untuk ke Thailand.
Setelah setahun tidak ke mana-mana, kesempatan bercuti sambil bekerja ke Kelantan digunakan sebaiknya oleh Rusila Yusof dengan memasuki ke Selatan Thailand dengan kereta untuk berjalan-jalan di sana.
Seawal pagi memulakan perjalanan, wanita ini menjelajah beberapa daerah di Selatan Thailand ini sehingga ke Takbai yang bersempadan dengan Pengkalan Kubur di Tumpat.
Sempat singgah ke Floating Market di Yakang, Narathiwat, perjalanan ke Thailand tak lengkap kalau tak singgah ke 7 Eleven dan juga minum kopi di Café Amazon. Turut berkongsi kos yang diperlukan untuk trip seharinya itu ke sana. Simple tapi menarik untuk anda yang ada plan nak berjalan macam Rusila.
Trip Sehari Ke Selatan Thailand
Alhamdulillah projek bercuti sambil bekerja berjalan lancar….. Dari Jabi bertolak jam 5.50 am… Solat di Petron Machang….
Rantau Panjang
Isi minyak RM70 dulu sebelum masuk ke sempadan…
Selesaikan urusan di Imigresen Sg Kolok
Insuran untuk 3 bulan RM45
Permit masuk kenderaan 1 bulan RM6
Pusing- pusing Sg Kolok
Sarapan ( Nasi putih + daging goreng + kaki ayam dan nasi putih + keli paprik + tea o + nescafe) RM10
Terjah ke Takbai tanpa tujuan….
Jambatan Pulau Panjang
Pantai takde nama
Nam Baeng Water Gate (Kubang Yu Village)
Pantai Balawan
Ke Yakang Floating Market, Narathiwat.
Makan tengahari:
Air Tea Ais + Green Tea Ais 40Baht (RM5.30)
Mee Sup 2 Mangkuk 70baht (RM9.30)
Telur puyuh goreng 10baht (RM1.40)
Seewed BBQ 20baht (RM2.70)
Buah potong Mangga 1 pek, Jambu 1 pek, Nenas 1 potong, Anggur 1 pek 35 baht (RM4.70)
Balik ke Sg Kolok singgah Cafe Amazon
Iced Cappucino 65baht (RM8.60)
Singgah beli Ole2 di 7e
Burger 7 bj, Air minuman 3, Mainan budak2 2 biji untuk Hana dan Uwais, Korean Fishcake, Chicken slice 538 baht (RM71.60)
TOTAL = RM234.60
Alhamdulillah selepas setahun tak ke mana-mana…. Misi ke luar negara tercapai…
Sempena musim cuti sekolah ini, menarik juga jika anda membawa seisi keluarga pergi bercuti ke Pulau Pangkor.
Namun, sebelum berkunjung ke Pulau Pangkor, elok ketahui tip untuk bercuti di sana seperti yang dikongsikan oleh Sis Hawa ini.
Menurutnya ada 5 tips untuk bercuti di Pulau Pangkor, mungkin sangat berguna untuk anda yang pertama kali sampai ke sini.
5 Tip Bercuti Di Pulau Pangkor
1 . Macam mana nak ke Pulau Pangkor?
Cara nak ke pulau pangkor tidaklah terlalu susah. Untuk pergi ke Pulau Pangkor, kita perlu menaiki feri. Jangan risau kerana terdapat banyak feri yang beroperasi seawal 6.30 pagi hingga lewat petang.
Perkhidmatan feri yang bermula dari pagi hingga ke malam ini sangat memudahkan pelancong. Ada dua terminal feri untuk ke Pulau Pangkor. Terminal asal adalah Jeti Lumut. Jeti Lumut ini sudah lama dan masih berfungsi hingga ke hari ini. Selain jeti Lumut, ada juga terminal baru iaitu Kompleks Jeti Marina Island. Kompleks Jeti Marina Island yang baru di bina ini kedudukannya adalah lebih hampir dengan Pulau Pangkor.
Untuk harga feri pergi balik antara Marina – Pangkor – Marina hanyalah dalam anggaran RM14 seorang untuk pergi dan balik.
2. Pilih tarikh yang sesuai
Pulau Pangkor tidak seperti pulau-pulau yang terletak di kawasan pantai timur. Pulau Pangkor cukup strategik dan sepanjang tahun boleh datang bercuti ke sini. Cuma, kena pilih tarikh yang sesuai supaya tidak bertembung dengan tarikh cuti umum.
Andainya terpaksa datang bercuti hanya pada waktu cuti umum itu juga, terpaksalah berdepan dengan waktu puncak musim cuti sekolah dengan jumlah pengunjung yang agak ramai.
3. Tentukan cara dan kenderaan untuk ke sana
Jika mahu bawa kereta atau motor terus ke pulau, boleh gunakan khidmat feri kargo untuk bawa kereta atau motor ke pulau tersebut.
Ada 3 bot kargo yang menyediakan perkhidmatan sebegini iaitu Bot Kargo Ah Seng, Bot Kargo Hua Wei dan Bot Kargo Jeti Marina.
4. Ketahui tempat menarik di Pangkor
Di Pulau Pangkor ini ada banyak juga kesan peninggalan sejarah. Pemandangan di sini juga cantik. Kerana itu terdapat banyak tempat-tempat menarik di Pulau Pangkor. Pastinya percutian sekeluarga akan lebih sempurna.
Tempat Menarik Di Pulau Pangkor
Kota Belanda
Pulau Sembilan
Batu Bersurat
Tortoise Hill
Galeri Panorama Pangkor
Pantai Teluk Nipah
Pekan Pangkor
Teluk Ketapang
Masjid Terapung Pulau Pangkor dan banyak lagi.
5 . Aktiviti siang dan malam di Pulau Pangkor
Percutian waktu siang di Pangkor boleh dipenuhi dengan aktiviti yang pelbagai. Antaranya ronda-ronda sekitar pekan Pangkor, lihat nelayan menangkap ikan guna pukat tarik, lihat penduduk setempat usahakan perniagaan ikan kering, lakukan aktiviti snorkeling di Pulau Pangkor, naik bot di Pulau Pangkor untuk keliling pulau dan banyak lagi.
Untuk aktiviti malam di Pulau Pangkor ini pula, boleh berjalan di persisiran pantai, bina unggun api sambil berbbq, nikmati makan malam menu ikan bakar di restoran Shema Hashim Pulau Pangkor dan lain-lain lagi.
Dengan pelbagai aktiviti yang ada siang dan malam di Pangkor, pastinya pengalaman percutian selama tiga hari dua malam di Pulau Pangkor akan terasa sangat pantas.