Selepas Uganda, Belalang Juta Serang Negara Iran Pula. Terpaksa Guna Tentera ‘Berperang’

Share

Bayangkan kalau ada seekor nyamuk atau lalat berterbangan disekeliling kita pun sudah rimas.

Ini kan pula jika ada berjuta serangga atau lebih dari itu yang datang ‘serbu’ di tempat tinggal kita. Pasti ‘murung’ seketika kehidupan ketika itu bukan?

Selepas negara Uganda diserang belalang juta Februari lalu di kawasan tanaman mereka hingga menyebabkan rakyat mengalami kekurangan bekalan makanan, terkini negara Iran pula dikatakan menjadi sasaran serangan belalang juta.

bloomberg.com

Iran terpaksa menggunakan kuasa tentera untuk tahun kedua berturut-turut dalam usaha menghapuskan ancaman belalang juta yang kini menakluki bahagian selatan negara itu, lapor Reuters.

Kehadiran serangga yang dalam jumlah luar biasa itu memusnahkan hasil tanaman yang bernilai lebih AS$7 bilion (lebih RM30 bilion). Ancaman belalang juta itu, yang paling dahsyat dalam tempoh berdekad-dekad, menambahkan lagi masalah Iran, yang sudahpun dalam dilema bagi menangani isu penularan wabak virus korona selain nilai eksport minyaknya yang menjunam teruk sejak sekatan Amerika Syarikat.

Belalang juta yang berasal dari gurun itu menyerang lebih 200,000 hektar kebun dan ladang di 31 wilayah Iran. Kawasan terjejas berkenaan, yang merentangi dari timur Iran di sempadan Pakistan hinggalah ke sempadan barat daya dengan Iraq, dijangka boleh meningkat sehingga sejuta hektar.

the media line
times of india

Pihak tentera telah berjanji untuk membantu penduduk, termasuk membekalkan kenderaan lasak untuk digunakan di lokasi yang sukar diakses. Operasi melawan belalang juta itu setakat ini mampu menghalang ‘kerosakan’, namun dia tidak memberikan penjelasan lanjut.

Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO) di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menganggarkan kerugian bidang pertanian akibat serangan belalang juta di Pakistan, akibat belalang juta, boleh mencapai sehingga AS$2.2 bilion (RM9.6 bilion) untuk penghasilan sepanjang musim sejuk.

Sumber: astroawani

Oleh
Husna