Selepas Covid-19, kini dunia digemparkan pula dengan jangkitan cacar monyet. Sehingga hari ini Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melaporkan sekurang-kurangnya lapan negara iaitu Australia, Canada, Amerika Syarikat, Belgium, Perancis, Jerman, Itali, Portugal, Sepanyol, Sweden dan United Kingdom telah melaporkan beberapa kes jangkitan cacar monyet.
Justeru itu, Rakyat negara ini yang berhasrat untuk melawat negara yang dilanda wabak cacar monyet atau monkeypox dinasihatkan supaya mendapatkan vaksin sebagai perlindungan daripada dijangkiti virus penyakit tersebut.
Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti Putra Malaysia (UPM) Prof Dr Malina Osman berkata Kementerian Kesihatan (KKM) juga perlu mengeluarkan garis panduan kepada mereka yang ingin melancong ke destinasi terbabit sebagai langkah berjaga-jaga, sekali gus mengelakkan penyakit itu daripada merebak ke negara ini.
“Garis panduan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mencadangkan supaya mendapatkan vaksin cacar air sedia ada yang dikatakan 85 peratus berkesan terhadap cacar monyet. Saya tidak pasti sama ada ia terdapat di klinik kerajaan, tetapi di klinik swasta mungkin ada. Vaksin cacar monyet juga sudah ada (di luar negara), tetapi di pasaran Malaysia saya tidak pasti sudah ada atau tidak,” katanya.
Kawalan Sempadan Untuk Pemantauan
Dalam masa sama, beliau berkata kerajaan juga perlu mempertingkatkan kawalan di sempadan termasuk memantau kemasukan individu dari negara dilanda wabak itu ke negara ini.
Ads
“Bagi mereka yang nak masuk dari negara yang sudah dilaporkan ada wabak ini, saya percaya garis panduan oleh kementerian akan dikeluarkan bagi memantau sebarang gejala.
“Saya yakin caranya sama macam chickenpox (cacar air) iaitu perlu dikuarantin dalam tempoh tertentu bagi mengelakkan penularan tempatan,” katanya.
Menjelaskan lebih lanjut, Dr Malina berkata virus tersebut berasal daripada monyet dan tersebar kepada manusia menerusi kontak secara langsung cecair tubuh seperti air liur, hingus dan kahak.
Kalau Ada Simptom, Dapatkan Pemeriksaan Segera
Ads
Menurutnya majoriti pesakit cacar monyet pulih tanpa komplikasi dengan kadar kematian juga rendah berbanding cacar air, iaitu sekitar tiga hingga enam peratus.
Selain itu, katanya mereka yang dijangkiti juga mengambil masa di antara dua hingga empat minggu untuk pulih sepenuhnya.
Pakar Perubatan Kesihatan Awam Datuk Dr Zainal Ariffin Omar ketika dihubungi Bernama menasihatkan mereka yang mengalami simptom setelah pulang dari negara terbabit supaya segera mendapatkan pemeriksaan di klinik.
“Paling penting sekarang adalah kalau kita ada pergi ke sana atau ada yang datang ke mari dan ada simptom kena buat pemeriksaan. Setakat ini ia belum berlaku di Malaysia, jadi kena berhati-hati terutamanya bagi mereka yang melawat Eropah ataupun yang baru balik dari sana.
Ads
“Kalau perlu jangan bercampur dengan orang ramai jika kita dari kawasan berisiko,” katanya.
Sementara itu, Pakar Kesihatan Awam Dr Hanafiah Bashirun berkata orang ramai tidak perlu bimbang kerana komplikasi akibat penyakit cacar monyet hampir sama dengan cacar air dan demam campak, selain kadar kematiannya juga rendah.
“Ia boleh dijangkiti antara manusia ke manusia termasuk melalui bawaan udara, namun berbeza dengan virus COVID-19 yang boleh dijangkiti dalam masa 15 saat, virus cacar monyet mengambil masa beberapa jam untuk berlaku jangkitan antara satu individu kepada individu lain.
“Ia tidak ada ubat untuk mencegah dan sekiranya dijangkiti akan sembuh sendiri,” katanya, menambah belum ada kes berkaitan cacar monyet yang dilaporkan di Malaysia setakat ini.
Mengenai laporan media antarabangsa yang kes cacar monyet banyak melibatkan golongan muda, beliau berkata ia mungkin kerana mereka banyak menghabiskan masa di luar menyebabkan penyakit itu mudah dijangkiti.
— BERNAMA
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Line Clear yang popular di Penang Road, Georgetown diumumkan dalam senarai top-10 oleh World Street Food Congress (WSFW), acara di Manila, Filipina minggu lepas.
Boleh dikatakan Nasi Kandaq paling popular di Malaysia. Berada di celah bangunan, stall kecil, dan pilihan ayam goreng masala, kari kepala ikan, kambing, udang besar, sotong, sambal pedas dsb dan dimakan bersama nasi yang ditabur campuran kuah kari; semua ini adalah trademark Line Clear.
”Ramai orang datang makan dan pelayan mereka ramah, begitu juga pelanggan mereka”, WSFW menghuraikan restoran 24 jam itu.
Satu lagi makanan popular Pulau Pinang ialah Siam Road Char Koay Teow. Pemilik perniagaan, Tan Chooi Hong, 76 popular dengan koay teow. Berada pada kedudukan ke 14 dalam senarai, orang ramai tetap sabar menunggu koay teow yang dimasak menggunakan arang.
“Gerai troli klasik yang boleh ditolak, koay teow dimasak menggunakan arang dan persembahan makanan yang sedap adalah antara sebab mengapa ramai orang beratur untuk mendapatkannya” ujar WSFW.
Empat lagi gerai juga berjaya masuk ke dalam senarai iaitu Fauzi Nasi Kerabu, Terengganu (23), Donald & Lily Nyonya Mee Siam, Melaka (34), Guan Heong Biscuit Shop, Ipoh (36), and Jalan Kuli Satay, Melaka (43).
Senarai The World Street Food Masters dibuat oleh panel berpengalaman seperti pengacara, penulis, selebriti makanan, dan profesional yang memiliki deria rasa hebat bagi budaya makanan jalanan warisan.
Tempat pertama ialah Singapore’s Hill Street Tai Wah Bak Chor Mee, Franklin’s BBQ kedua, dan Thailand Che Paek Pu Ob Voon Sen ketiga.
Sebagai sokongan terhadap kakitangan barisan hadapan dalam merawat dan mengekang penularan wabak COVID-19 di negara ini, ramai individu tampil membantu meringankan beban mereka.
Tolong sebarkan kepada petugas barisan hadapan kita bahawa Tunes Hotel cawangan PWTC menawarkan penginapan percuma untuk mana-mana kakitangan perubatan Hospital Kuala Lumpur (HKL) yang baru selesai syif panjang.
Tune Hotel PWTC will be providing free stays and breakfast to all HKL frontliners for 30 days, thanks to the ECM Libra…
Inisiatif itu dilancarkan oleh Yayasan ECM Libra dan disokong oleh Kumpulan Ormond, selepas menyedari ramai kakitangan perubatan HKL kini terpaksa tidur di kaki lima hospital berikutan terpaksa bekerja untuk tempoh lama kemudian terpaksa melapor diri untuk syif seterusnya.
Semua 130 bilik di hotel berkenaan yang terletak berhampiran dengan HKL kini ditawarkan untuk kakitangan berkenaan dan turut disediakan sarapan pagi. Penginapan percuma itu bermula 24 Mac sehingga tempoh 30 hari akan datang.
Setelah lebih dua bulan penularan wabak COVID-19, negara Indonesia yang sebelum ini bebas dari wabak tersebut mengesahkan mereka mencatat dua kes positif terbaru.
Indonesia sebelum ini menjadi antara negara yang tidak mencatakan jangkitan COVID-19 walaupun dikelilingi dengan negara jiran seperti Thailand, Malaysia dan Singapura yang mempunyai angka jangkitan tinggi.
Kes pertama kali di negara jiran kita ini melibatkan rakyatnya. Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) telah mengumumkan dua rakyatnya itu mempunyai kontak rapat dengan warga Jepun yang berkunjung ke negara itu. Perkara itu telah disahkan dan dilaporkan kepada Jokowi oleh Menteri Kesihatan.
Rakyat Jepun itu ke Indonesia untuk bertemu dua mangsa berkenan dan menyebabkan mereka dijangkiti. Dua warga Indonesia yang positif COVID-19 merupakan seorang wanita berusia 64 tahun dan anak perempuannya berusia 31 tahun. Bagaimanapun, tidak dimaklumkan di wilayah mana kes berkenaan berlaku, sebaliknya, hanya diberitahu kedua-dua mangsa kini sedang menerima rawatan di hospital.
Portal Kompas melaporkan, warga Jepun itu dijangkiti COVID-19 di Indonesia sebelum terbang ke Malaysia.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!