Berjaya Tioman Resort yang sudah beroperasi selama 50 tahun ditutup sepenuhnya bermula 15 Jun 2020 selepas terkesan dengan penularan COVID-19 dan akan menjalani aktiviti pembangunan semula.
Semua kakitangan di resort itu akan diberhentikan dan akan diberi pampasan sewajarnya membabitkan kos RM8 juta. Selepas selesai kerja pembangunan semula dibuat, pihak pengurusan akan mempertimbangkan untuk menawarkan peluang pekerjaan baharu kepada semua pekerja terjejas.
“Dengan berat hati diumumkan bahawa Berjaya Tioman Resort akan menghentikan operasinya berkuat kuasa 15 Jun 2020, disebabkan oleh pandemik COVID-19 yang belum pernah terjadi sebelum ini, yang memberi kesan buruk kepada industri pelancongan. Sepanjang penutupan ini, pihak pengurusan akan menjalankan pembangunan semula yang amat diperlukan untuk menghidupkan semula resort ini, yang berusia lebih 50 tahun. Kami mengucapkan terima kasih di atas kesungguhan mereka untuk terus bersama dengan kami ketika di waktu susah dan senang,” kata pengurusan Berjaya Tioman Resort.
Berjaya Tioman Resort adalah sebahagian daripada portfolio yang dimiliki oleh Berjaya Land Bhd. Di Malaysia, Berjaya Land turut mempunyai resort lain di Langkawi, Pulau Redang, Bukit Tinggi, serta hotel di beberapa kawasan di Asia dan Eropah. Kumpulan itu memiliki dan mengendalikan 13 hotel dan resort di dalam dan di luar negara.
Sumber: HMOnline
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
10 Negara Paling Jimat Dan Berbaloi Untuk Melancong
Nicaragua
Turki
Sri Lanka
Kemboja
Nepal
Thailand
Peru
Indonesia
Romania
Afrika Selatan
Jadi,tunggu apa lagi?
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tak Perlu Keluar Duit Beratus Ringgit Untuk Ke Hotel Mewah, Cukup Ke Rosa Malacca
Berkonsepkan seni bina Eropah, Hotel Rosa Malacca yang baharu beroperasi Februari lalu antara destinasi yang perlu ada dalam senarai penginapan percutian anda. Terletak di tengah-tengah bandar raya Melaka, hotel ini memberi satu tarikan istimewa kepada pengunjung yang baharu pertama kali mendafar masuk di sini.
Dekorasi dinding yang menggunakan batu-bata merah menyerlahkan lagi keunikan Hotel Rosa Malacca selain pencahayaan lampu yang memberi kesan romantik tatkala melangkah masuk ke ruang utama. Hiasan moden dan kontemporari ala Inggeris membuatkan pengunjung lebih selesa untuk beristirehat dan menghabiskan masa cuti bersama insan tersayang.
Bukan itu sahaja, Hotel Rosa Malacca ini juga memudahkan anda untuk ke mana-mana lokasi tumpuan ramai kerana semua kemudahan disediakan walaupun tidak datang dengan kenderaan persendirian. Kelainan yang boleh di rasai oleh pengunjung yang menginap di sini adalah pengalaman menaiki beca. Perkhidmatan ini ada disediakan bagi yang ingin merasai suasana di sekitar bandar raya Melaka sama ada waktu siang atau malam.
Terletak di Jalan Parameswara, kira-kira satu kilometer dari A’ Famosa dan Mahkota Parade, Hotel Rosa Malacca ini antara lokasi yang strategik. Walaupun baharu sahaja beroperasi, hotel ini sangat menarik kerana hiasan dalamannya yang menampakkan ciri-ciri Eropah.
Dari luar bangunan hotel ini, sudah menampakkan ciri-ciri unik dan klasik hotel yang berketinggian tujuh tingkat ini. Gabungan ini bukan sahaja daripada rekaan dan hiasan dalaman semata-mata tetapi ia turut merangkumi aspek penggunaan perabot untuk setiap bilik serta ruang-ruang tertentu di dalam hotel.
Bilik selesa
Dari aspek kapasiti bilik, sebanyak 60 bilik disediakan untuk empat kategori. Antaranya 37 Deluxe King, 8 Deluxe Twins, 10 Premier King dan 5 Family Suites.
Setiap bilik mempunyai reka bentuk yang berbeza untuk memenuhi keperluan gaya hidup moden. Untuk menjamin keselesaan, pengunjung boleh memilih kategori bilik berdasarkan kapasiti ahli keluarga. Harga bilik pula bermula dari RM250 hingga RM450 untuk satu malam bergantung kepada jenis bilik.
Bagi bilik Deluxe King, katil bersaiz king dengan ruang yang luas dan sesuai untuk individu yang ingin menikmati masa bercuti tanpa sebarang gangguan. Manakala untuk Deluxe Twins disediakan dua katil super single. Bilik Premier King juga menawarkan keselesaan kerana katilnya ditempah khas selain kemudahan mewah yang tersedia. Sesuai untuk pasangan yang ingin berbulan madu. Malah ia turut mempunyai ruang bilik air besar dan sofa yang selesa.
Malah untuk bilik Family Suite – sesuai untuk yang datang dalam bilangan yang ramai kerana tersedia kemudahan seperti sofa, bar mini, bilik mandi bersaiz besar serta kemudahan asas yang lain. Selain bilik yang selesa, kemudahan lain turut disediakan seperti televisyen dengan 20 saluran percuma, penghawa dingin, Wi-Fi, pengering rambut, perkhidmatan dobi dan cucian kering, akses percuma ke gimnasium dan pelbagai lagi.
Mesra pelanggan
Menariknya juga di hotel ini, kafe yang berkonsepkan hipster dengan ruang yang terbuka dan tertutup memudahkan pengunjung untuk memilihnya. Bagi yang sukakan ruang terbuka boleh memilih Bica & Co Courtyard.
Kafe terbuka dengan ciri Eropah ini diperincikan dengan meja marmar, kerusi yang lebih selesa yang mampu memuatkan 40 orang dalam satu masa. Ruang ini lebih sesuai untuk acara perjumpaan sambil menikmati pelbagai menu barat.
Di Bica & co Cafe pula, ruang ini lebih eksklusif bagi yang ingin mengadakan mesyuarat sambil menikmati hidangan makan tengah hari atau malam. Dengan suasana tenang serta rekaannya yang kontemporari, ia jelas memberi satu pengalaman baharu bagi pengunjung yang datang bersama ahli keluarga atau rakan-rakan. Ruang kafe ini boleh memuatkan 60 orang dalam satu-satu masa.
Di samping itu, bagi pasangan yang ingin mengambil gambar pra perkahwinan boleh juga untuk merakamkan detik-detik indah di sini kerana ruangnya yang lebih fleksibel.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Rumah Sungai Lenggong, Port Best Lepak Pada Harga Serendah RM180 Semalam
Rumah Sungai di Lenggong, Perak ini boleh dijadikan sebagai destinasi percutian seisi keluarga pergi suasananya memang mendamaikan apatah lagi terletak betul-betul di hadapan sungai.
Jadi untuk korang yang nak bercuti santai bersama family atau kawan-kawan dan merasai suasana dikampung. Korang boleh pilih untuk tinggal di dalam khemah atau chalet-chalet yang disediakan di sini dengn harga serendah RM180 untuk satu malam termasuk sarapan.
Yang hijau ni ada aircond, water heater dan peti ais. Tapi sebenarnya tak ada aircond pun takpe.. malam sejuk giler. Nak mandi sungai, keluar bilik terjun je kat depan tu. Sungainya tak dalam dan sesuai untuk kanak-kanak.
Keluar Tol PLUS Kuala Kangsar terus je dalam 30 minit sampai la ke Rumah Sungai, Lenggong, Perak ini.
.
.
.
.
.
Harga bilik dah termasuk breakfast dan lunch. Breakfast boleh pilih nasi lemak/bihun goreng/nasi goreng. Untuk lunch pula boleh pilih set A/B/C, masakan kampung yang cukup awesome. Owner siap bagi jeruk petai dan durian lagi.. Perghh.
Untuk makan malam boleh sewa tempat BBQ, RM15 je. Kita bawak sendiri ayam/daging perap dan bahan lain. Memang syok tepi sungai yang sejuk sambil dengar air mengalir.
Kepada sesiapa yang berhajat nak pergi selepas PKP, better rancang awal kot tahun depan, kalau main redah je nanti chance nak dapat chalet tu tipis la.
FB: Rumah Sungai
Sumber : I Am Parit Buntar
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI