Berita

Selepas 22 Tahun Google Earth Berjaya Temui Kereta & ‘Pemilik’ Terbenam Dalam Tasik

Share

Penggunaa aplikasi Google Earth dalam kehidupan seharian kita hari ini sememangnya sangat membantu. Lebih-lebih lagi buat pengembara yang ingin melihat kawasan sebenar destinasi yang ingin dituju. Selain memberi gambaran sebenar lokasi berkenaan, kadangkala Goolgle Earth membantu anda mengesan sesuatu yang diluar jangkaan.

Tempat pelik berjaya dirakan Google Earth

Mayat seorang lelaki yang hilang lebih dua dekad lalu berjaya ditemui dengan bantuan aplikasi Google Earth berada di dalam sebuah tasik. Mayat di dalam sebuah kereta yang terbenam dalam tasik di Florida itu disahkan milik William Moldt yang dilaporkan hilang pada 7 November 1997.

Pada hari kejadian 22 tahun lalu,  William Moldt dilapor tidak pulang ke rumah selepas keluar ke kelab malam. Pencarian polis pada ketika itu bagaimanapun tidak mendatangkan hasil dan dianggap misteri.

Namun pada bulan lalu, polis dimaklumkan tentang penemuan sebuah kereta di dalam tasik di Moon Bay Circle, Wellington. Apabila kereta itu ditarik naik, mayat yang sudah tinggal rangka ditemukan dan disahkan milik William Moldt.

Difahamkan kereta William Moldt yang terbenam dalam tasik itu ditemui secara tidak sengaja oleh seorang bekas penduduk yang melakukan carian di Google Earth. Pencarian seterusnya menggunakan dron mengesahkan terdapat sebuah kereta yang terbenam di dalam tasik seperti mana dilihat.

Menurut polis Palm Beach County, William Moldt jika masih hidup kini berusia 62 tahun dipercayai hilang kawalan ketika memandu dan keretanya terjunam ke dalam tasik. Tiada sebarang tanda kemalangan dikesan ketika pencarian William Moldt dilakukan semasa kejadian sehinggakan kes kehilangannya menjadi misteri.

Sumber: DailymailAstroawani

Oleh
Husna