Selepas menanti hampir sedekad, bagi pengguna Jalan Bandar Rawang yang merupakan jalan utama ke ibu kota pasti menarik nafas lega apabila laluan Pintasan Bandar Baru Rawang sudah dibuka kepada awam.
Pintasan itu terletak di Jalan Pintas Bandar Rawang berhampiran pusat bandar. Pembukaan pintasan yang telah siap dibina sekitar 2010 itu dijangka membantu mengurangkan kesesakan di pusat bandar yang menjadi rungutan penduduk sekitar, malah orang luar yang melalui kawasan itu. Selama ini Jalan Bandar Rawang hanya dibuka dari arah Kampung Datuk Lim Kim Sai manakala jalan menghala ke Kuala Lumpur ditutup atas isu teknikal seperti geografi tanah dan kedudukan pintu utama masjid berdekatan yang menimbulkan isu keselamatan.
- Pintasan ini dijangka membantu mengalihkan aliran trafik terutama kenderaan dari Bukit Rawang Jaya dan Hulu Selangor dengan pengguna jalan raya tidak lagi perlu masuk ke pusat bandar sebaliknya boleh terus menghala ke Kuala Lumpur.
- Pintasan sepanjang kira-kira satu kilometer ini dijangka menjimatkan masa perjalanan sehingga 15 minit.
- Selain memanfaatkan penduduk sekitar, pintasan itu juga bakal memudahkan pengguna dari arah Utara seperti di Perak, Hulu Selangor, Sungai Choh, Serendah dan Batang Kali.
Sumber: Bernama
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI