Platform bazar Ramadan secara dalam talian (e-bazar) yang diwujudkan oleh kerajaan Selangor tetap akan dilaksanakan dengan memastikan ia mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan.
Menurut Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari, pihaknya akan memperincikan konsep e-bazar tersebut kerana operasinya adalah sama seperti kaedah menghantar makanan oleh syarikat e-panggilan ketika ini.
“Sebagai contoh, jika kedai makan boleh beroperasi menggunakan kaedah pesanan dan dihantar oleh syarikat penghantar makanan, mengapa konsep ini (e-bazar Ramadan Selangor) yang menggunakan kaedah sama tidak dibenarkan? E-bazar senarainya tidak sampai ratusan, malah mungkin kurang 20 (peniaga bazar). Di Selangor, kita gunakan syarikat e-panggilan sedia ada. Saya percaya, kita boleh teruskan (e-bazar Ramadan) dengan mengekalkan disiplin serta kawalan yang dilaksanakan ketika ini,” katanya.
Baca: https://www.libur.com.my/e-bazar-ramadan-selangor-grab-ganti-bazar-ramadan-di-selangor/
Semalam, Kerajaan Persekutuan memutuskan tiada sebarang konsep perniagaan berkaitan bazar atau gerai Ramadan termasuk dalam bentuk pandu lalu dan tempah dan ambil dalam tempoh PKP.
Sumber: Bernama