Platform bazar Ramadan secara dalam talian (e-bazar) yang diwujudkan oleh kerajaan Selangor tetap akan dilaksanakan dengan memastikan ia mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan.

Menurut Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari, pihaknya akan memperincikan konsep e-bazar tersebut kerana operasinya adalah sama seperti kaedah menghantar makanan oleh syarikat e-panggilan ketika ini.

Selangor Tetap Mahu Teruskan Platform ‘e-Bazar Ramadan’

Ads

“Sebagai contoh, jika kedai makan boleh beroperasi menggunakan kaedah pesanan dan dihantar oleh syarikat penghantar makanan, mengapa konsep ini (e-bazar Ramadan Selangor) yang menggunakan kaedah sama tidak dibenarkan? E-bazar senarainya tidak sampai ratusan, malah mungkin kurang 20 (peniaga bazar). Di Selangor, kita gunakan syarikat e-panggilan sedia ada. Saya percaya, kita boleh teruskan (e-bazar Ramadan) dengan mengekalkan disiplin serta kawalan yang dilaksanakan ketika ini,” katanya.

Baca: https://www.libur.com.my/e-bazar-ramadan-selangor-grab-ganti-bazar-ramadan-di-selangor/

Ads
  • Menerusi konsep e-bazar Ramadan di Selangor, kerajaan negeri akan menyediakan pusat logistik untuk mengumpul juadah oleh peniaga berlesen sebelum ia dihantar ke rumah pembeli yang membuat pesanan menerusi aplikasi syarikat e-panggilan sedia ada.
  • Dengan cara itu, kerajaan negeri juga dapat memantau tahap kebersihan peniaga e-bazar Ramadan tersebut dan memastikan mereka ada mengambil suntikan tifoid.
  • Di pusat logistik itu, pembelian secara terus tidak dibenarkan kerana pihak e-bazar mahu kekalkan penjarakan fizikal dan sosial. Menu e-bazar juga lebih terhad, penawaran juadahnya tidaklah sama seperti di bazar Ramadan biasa kerana wujudkan platform ini hanya untuk memenuhi keperluan dan permintaan.
  • Setakat ini 15 lokasi di seluruh negeri sudah dikenal pasti untuk diwujudkan pusat logistik ini namun kerajaan Selangor sedang melakukan semakan lanjut dengan pihak berkuasa tempatan mengenai kesesuaian tapak.

Semalam, Kerajaan Persekutuan memutuskan tiada sebarang konsep perniagaan berkaitan bazar atau gerai Ramadan termasuk dalam bentuk pandu lalu dan tempah dan ambil dalam tempoh PKP.

Selangor Tetap Mahu Teruskan Platform ‘e-Bazar Ramadan’

Ads

Baca: https://www.libur.com.my/ramai-keliru-konsep-bazar-ramadan-bagaimana-yang-tidak-dibenarkan-beroperasi/

Sumber: Bernama

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI