Satu langkah baik apabila kerajaan Selangor mengumumkan larangan menghisap rokok dan vape serta minum arak di semua taman permainan dan rekreasi di seluruh negeri ini berkuat kuasa serta-merta.
Larangan itu dibuat selepas kerajaan negeri meluluskan pindaan Undang-Undang Kecil Taman 2005 Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Selangor (UKK Taman 2005). Kerajaan Selangor meluluskan untuk menambah aktiviti meminum arak dan merokok termasuk vape ke dalam senarai kesalahan UKK Taman 2005. Sebelum ini, senarai kesalahan di UKK Taman tidak menyatakan aktiviti meminum arak dan menghisap rokok sebagai aktiviti yang dilarang.
Berikutan penguatkuasaan larangan itu, Selangor menjadi negeri pertama di Malaysia yang melarang meminum arak, menghisap rokok dan vape di taman permainan dan rekreasi.
Jangan degil ya, kerana pihak berkuasa tempatan telah diarah melakukan pemantauan dan mana-mana pihak yang dikesan melanggar peraturan itu boleh didenda sebanyak RM1,000 bagi setiap kesalahan.
Demi keselesaan dan kesihatan para pengunjung terutamanya kanak-kanak dan warga emas untuk beriadah, bersukan dan melakukan aktiviti kekeluargaan lebih-lebih lagi semasa pasca-COVID-19, tiba masanya untuk Selangor melarang perbuatan meminum arak dan merokok di taman permainan dan rekreasi. Orang awam yang melihat perbuatan ini juga boleh menyalurkan aduan mereka kepada PBT di kawasan masing-masing supaya tindakan susulan ke atas pihak berkenaan dapat dibuat.
Sumber: Bernama
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Misteri Sangat Ke Amber Court Apartmen?
Terdapat pelbagai kisah seram yang diceritakan mengenai bangunan ini antaranya penginap akan mengalami kejadian aneh seperti televisyen terpasang sendiri dan penginap juga pernah menemui satu lembaga tanpa kepala sedang mendukung anak di dalam lif.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Escape Theme Park Cameron Highland, Bakal Dibuka 2023. Ini Fakta Menarik Korang Wajib Ambil Tahu!
Jika sebelum ini tanah tinggi Cameron Highland terkenal dengan keenakan buah strawberry segar dan juga kesedapan menghirup teh panas
Tetapi tidak lama lagi sesuatu yang lebih hebat menanti pengunjung yang datang ke sini.
Destinasi pelancongan bertaraf dunia yang baharu di Malaysia, ESCAPE Cameron Highlands, akan menjadi permulaan kepada kebangkitan semula industri pelancongan domestik yang terjejas teruk selepas negara dilanda pandemik COVID-19 sejak tahun lepas.
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri berkata projek unik ini memperkenal jenama bertaraf dunia yang seratus peratus dari Malaysia dan diilhamkan oleh syarikat yang ditubuhkan di negara ini iaitu Sim Leisure Group, yang telah membina beberapa taman terbaik di seluruh dunia.
“ESCAPE Cameron Highlands bukan hanya akan mengetengahkan tarikan istimewa mereka malah saya dimaklumkan bahawa ia turut menampilkan permainan dan seni bina bertemakan Eropah, bersinergi dengan warisan Eropah di Cameron Highlands serta cuacanya yang lebih sejuk dan sederhana,”menurutnya dalam satu kenyataan.
Katanya berdasarkan kejayaan yang dicapai oleh taman ESCAPE sedia ada di Pulau Pinang dan Petaling Jaya, Selangor, kementerian itu yakin ESCAPE Cameron Highlands akan terus menerima pujian serta sokongan daripada pelancong.
“Saya dimaklumkan bahawa jenama ESCAPE baru-baru ini telah membuat penampilan sulungnya di peringkat antarabangsa di Sri Lanka dan akan diperluas ke seluruh rantau ASEAN serta China. ESCAPE akan menjadi duta jenama de facto bagi pelancongan Malaysia di luar negara seperti Disney Park bagi USA atau Legoland bagi Denmark.
“Malaysia akan lebih menonjol berbanding negara jiran dengan mempromosi pelancongan yang bersih, sihat dan berorientasikan keluarga. Kita akan memanfaatkan keindahan alam semula jadi yang banyak terdapat di sekeliling kita bagi tujuan ini,” katanya lagi.
Ayuh kita lihat beberapa info menarik mengenai Escape Theme Park Cameron Highland ini
1. Escape Theme Park merupakan sebuah taman tema bertemakan Eropah dan ia akan menjadi edisi ketiga selepas pembukaannya di Pulau Pinang dan Petaling Jaya.
2. Direka dan dibina oleh Sim Leisure Group, Fasa 1 project ini dijangka memakan masa 15-18 bulan dan mungkin akan dilancarkan pada separuh pertama 2023.
3. Fasa 1 Escape Cameron Highland ini dijangka akan hadir dengan 20 jenis tarikan permainan dan antaranya yang terawal adalah permainan ski di lereng bukit.
4. Pembinaan tapak permainan ski pertama ini akan menampilkan lif ski yang membolehkan pengunjung menaiki puncak dan kemudiann pemain menuruni bukit melalui perjalanan trek sepanjang 1.2 km.
5. Akan merentasi kawasan seluas 60 hektar dengan ketinggian 220-meter, Escape Cameron Highland akan menggunakan sumber tenaga yang datang dari fasiliti sumber cahaya matahari (photovoltaic) sumber angin (wind turbine) dan beberapa alternatif lain sekaligus mempromosi pelancongan bersih, sihat dan berorientasikan keluarga.
6. Akan menjadi sebagai sebuah taman hiburan berkonsepkan mesra alam.
7. Pengunjung juga turut akan dihidangkan dengan permainan adventure terbaru, iaitu ESCAPE Gravity Play dengan berlatar belakangkan landskap hijau yang indah.
8. Tidak ketinggalan disediakan pusat penginapan jenis glamping, camping dan hotel dalam bentuk kotej di lereng bakit untuk pengunjung menikmati keindahan tanah tinggi ini.
8. Harga tiket masuk akan diselaraskan sama seperti di Escape Theme Park lain iaitu di antara RM80 hingga RM160 sahaja.
Sumber: Astro Awani, Hype & Odisi.my
Artikel Berkaitan:
Tidur Ditemani Kucing, Keunikan Hostel Neko Hatago Di Osaka Jadi Perhatian Pencinta Kucing
Menariknya Muzium Cup Noodles, Apresiasi Jepun Terhadap Mi Segera!
6 Hotspot ‘Street Art’ Paling Menarik & Mesra Instagram Di Selangor Harus Anda Kunjungi
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tan Sri Tony Fernandes Letak Jawatan. Beri Peluang Generasi Baru Pimpin AirAsia
Pengasas bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) AirAsia Group Bhd Tan Sri Tony Fernandes akan mengundurkan diri daripada semua jawatannya kecuali dalam AirAsia Group dan AirAsia X.
Beliau, bagaimanapun tidak menyatakan bila perkara itu akan berlaku. Dalam satu ciapan semalam, beliau berkata keputusan itu diambil untuk menaikkan generasi pemimpin AirAsia seterusnya, ke barisan hadapan.
As the first step of stepping back and moving the next generation of @airasia leaders into the forefront I will be stepping down of all boards except @airasia group and airasia X.
— Tony Fernandes (@tonyfernandes) September 18, 2019
“Sebagai langkah pertama untuk berundur dan menggerakkan generasi pemimpin AirAsia seterusnya ke barisan hadapan, saya akan mengundurkan diri daripada semua jawatan, kecuali AirAsia Group dan AirAsia X,” tambah Tan Sri Tony Fernandes
Bulan lepas, AirAsia mengumumkan penstrukturan semula kepimpinan untuk menyokong transformasinya menjadi sebuah syarikat platform perjalanan dan kewangan, dan membina airasia.com menjadi jenama gaya hidup.
Tan Sri Tony Fernandes sebagai CEO airasia.com – platform e-dagang perjalanan dan gaya hidup AirAsia – dengan matlamat untuk melantik seorang CEO baharu yang akan melaporkan kepadanya dalam tempoh terdekat. Latihan penstrukturan semula termasuk Aireen Omar yang telah dilantik sebagai presiden AirAsia Group (redBeat Ventures) dan akan mengetuai bahagian modal teroka korporat.
Rata-rata netizen yang mengikuti akaun twitter Tan Sri Tony Fernandes menyambut baik dan menyokong tindakannya itu.
Sumber: Benama
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI