Nampaknya berita baik buat kaki travel apabila Malaysia Airlines sedang menawarkan tambang murah untuk sehala bagi kelas ekonomi ke semua destinasi domestik.
Bagi mereka yang ingin menghabiskan cuti panjang sempena Tahun Baru Cina nanti bolehlah berbuat demikian dengan melayari website MAS.
Jualan tiket penerbangan itu akan bermula hari ini sehingga 17 Januari depan. Tempat duduk yang ditawarkan berkenaan pula adalah untuk tempoh perjalanan dari 4 Februari hingga 25 Februari.
Ketua Pegawai Pemasaran dan Pengalaman Pengguna Kumpulan Malaysia Airlines, Lau Yin May berkata, promosi berkenaan menawarkan harga berpatutan kepada penumpang, membolehkan mereka bertemu anggota keluarga pada musim perayaan akan datang yang juga cuti umum pertama bagi 2021.
“Pelanggan boleh menikmati tambang sehala serendah RM129 untuk penerbangan domestik di Semenanjung Malaysia dan RM169 serta RM189 untuk penerbangan ke dan dari Sarawak dan Sabah.
“Tambang murah ini tersedia untuk semua tempat duduk bagi penerbangan terpilih. Ia menawarkan nilai terbaik kepada pengembara yang mahu pulang bercuti atau bagi mereka yang berhasrat untuk percutian dalam waktu singkat,” katanya dalam satu kenyataan.
Ads
Lau berkata, penumpang juga dapat menikmati pengalaman perjalanan kelas ekonomi yang lebih baik apabila mereka memilih tambang MH Flex Economy yang memberikan penumpang fleksibiliti akses perubahan tarikh, melakukan tempahan semula, elaun bagasi daftar masuk hingga 35kg dan pemilihan tempat duduk standard percuma serta perlindungan perjalanan asas.
MH Flex Economy juga menyediakan keistimewaan dengan membolehkan penumpang menaiki penerbangan lebih awal pada hari yang sama secara percuma dan faedah tambahan seperti perkhidmatan khusus untuk pendaftaran masuk, pengurusan bagasi dan pelepasan.
Katanya, pihaknya memberi jaminan bahawa Malaysia Airlines mempunyai protokol keselamatan dan kebersihan yang ketat, termasuk kerja-kerja nyahkuman kerap dilakukan sepanjang perjalanan untuk mewujudkan persekitaran yang bersih, selamat dan sihat untuk penumpang.
Ads
Sementara itu, bagi mereka yang mencari pakej penerbangan dan hotel, cabang operasi pelancongan Malaysia Airlines, MHholidays, menawarkan pakej ‘Staycation’ di seluruh negara dengan potongan harga untuk penginapan hotel hingga 25 peratus untuk perjalanan sehingga 31 Julai.
Tempoh tempahan untuk tawaran Staycation mulai sekarang sehingga 10 Januari.
Setiap kali nak letakkan bagasi anda di ruang kargo pesawat, pernah tak terfikir bahawa perlunya bagasi itu dikunci terlebih dahulu? Kalau anda rasakan perlu, bermakna firasat anda tepat kerana setiap hari, banyak laporan yang diterima daripada pihak berkuasa lapangan terbang dan syarikat penerbangan berkenaan kehilangan barang seperti pakaian, barang kemas dan barang elektronik.
Jangan harapkan orang lain jaga bagasi anda
Anda tidak boleh bergantung harap kepada pihak berkuasa lapangan terbang untuk mendapatkan semula barangan anda kerana mereka ada perkara yang lebih besar untuk difikirkan seperti keselamatan lapangan terbang dan orang awam. Anda juga tidak boleh menuduh kecuaian syarikat penerbangan atas kehilangan tersebut kerana kesilapan awal tidak mengunci bagasi terlebih dahulu, berpunca daripada anda sendiri.
Sekalipun MUNGKIN suspek datang daripada kalangan mereka, anda tidak mempunyai cukup bukti dan fakta untuk menuduh sesiapa pun, dan kecuaian pertama tidak memastikan bagasi dalam keadaan selamat adalah daripada anda sendiri. Jadi, sekiranya ada apa-apa yang berlaku, ia adalah tanggungjawab anda dan anda sendiri.
Kelebihan mengunci bagasi
Mengunci bagasi dengan selamat bukan sahaja menyukarkan sesiapa sahaja untuk mencuri barang berharga anda, malah kunci itu juga membantu untuk memastikan bagasi tidak mudah terbuka dengan sendiri dan mendedahkan segala khazanah didalamnya ketika petugas sedang memunggah bagasi kedalam atau keluar pesawat.
Anda juga pasti ingin mengunci bagasi anda ketika tinggal di hostel atau backpack hotel yang ramai dengan orang yang tidak dikenali, atau ketika anda sedang dalam perjalanan menaiki bas atau train. Sesetengah pelancong juga mengunci beg mereka walaupun hari siang kerana takut kecurian daripada housekeeper.
Kekurangan mengunci bagasi
Sekalipun mengunci bagasi anda dengan manga solek besar penumbuk tidak akan menjamin 100% keselamatan barang-barang yang ada didalamnya. Cuba buat carian di Youtube, ada banyak contoh dan penerangan yang boleh dijumpai mengenai bagaimana bagasi anda boleh dirompak, dicuri, dipecah atau dirosakkan hanya menggunakan sebatang pen! Dan tak susah untuk pencuri menoreh bagasi anda yang diperbuat daripada kain untuk mencuri barang yang anda simpan didalam.
Mengunci beg hanya usaha untuk menghalang pencuri-pencuri picisan yang mencari mangsa-mangsa mudah tetapi tidak kepada pencuri yang benar-benar terdesak dan mahir dalam kegiatan mencuri menggunakan apa kaedah sekalipun. Jadi bagaimana untuk mengelak daripada pencuri yang benar-benar terdesak ini?
Apa penyelesaian yang lebih baik?
Simpan semua barang berharga di dalam beg yang sentiasa anda bawa bersama tidak kira di mana sekalipun. Jika ada beg yang anda bawa naik ke tempat duduk pesawat, simpan semua barang berharga di dalam beg tersebut. Yang kedua, cari beg yang tahan lasak dan anti-pencuri. Ada beg-beg anti-pencuri yang dijahit bersama dawai besi bagi menghalang pencuri daripada mencuri barangan peribadi anda sesuka hati.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Tak sangka betul Malaysia tersenarai dalam carta lokasi terbaik untuk Instagram bila menduduki tangga ke-17, meninggalkan 33 negara yang lain di bawah. Anda nak tahu satu benda yang lebih membanggakan tak?
Malaysia berada di tangga yang lebih tinggi berbanding Greece, Norway, Sweden dan Switzerland!
Sweden, Switzerland dan yang lain-lain tu kita tahu, di sana ada bersepah gunung-ganang, lembah, dan tasik yang majestic, but still Malaysia masih mampu berada di tangga teratas. Bangga weyh!
Survey ini dilakukan oleh Big Seven Travel terhadap 50 buah negara melalui sistem berdasarkan penilaian menganalisis jumlah hashtags setiap destinasi pelancongan, survey pembaca Big Seven Media dan polling yang dilancarkan oleh travelexpert.
FYI, Big Seven Travel ni adalah satu channeltravel yang quitepopular, so yeah, mereka la yang jalankan survey tentang perkara ni.
Selain daripada Malaysia, antara negara Asia yang turut tersenarai adalah Indonesia (tempat ke-4), Singapura (tempat ke-10), Thailand (tempat ke-14) dan Jepun (tempat ke-15).
So mana yang rasa nak gambar Instagram lawa-lawa, tak payah pergi jauh. Jom bercuti dalam Malaysia je dulu.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Bagi kaki pancing dan yang baru berjinak-jinak dengan aktiviti ini, Perak antara port memancing yang menjadi kesukaan ramai. Menurut page Tourism Perak, ada tiga lokasi disenaraikan. Antaranya ialah Perkampungan Nelayan, Lumut, Tasik Temenggor dan Jambatan Raja Bainun, Manjung.
.
.
.
.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!