Hutan Aokigahara sememangnya lokasi popular rakyat Jepun menamatkan diri. Bahkan ia mendapat liputan antarabangsa kerana begitu ramai rakyat Jepun memilih lokasi di hutan menyeramkan itu untuk menamatkan riwayat hidup mereka.
Tapi tahukah, selain Hutan Aokigahara yang mungkin terpencil dan dilihat lokasi sesuai bagi individu yang tertekan, nampaknya trend di Jepun, rakyat mereka memilih stesen keretapi sebagai lokasi bunuh diri dan setiap hari satu kes di laporkan.
Dikongsi oleh Zunita Ramli, rakyat Malaysia yang menetap di negara terbabit berkongsi catatan ini di fbnya.
Tak dinafikan sekarang memang ramai tertekan dengan pandemik. Statistik bunuh diri mencanak naik, dan Jepun pun tak terkecuali.
Jepun, walau terkenal dengan budaya “gaman” iaitu budaya “bertahan selagi mampu”, tapi Jepun juga tak terlepas dengan kes bunuh diri yang tinggi. Tak hairanlah kalau dari dulu lagi Hutan Aokigahara dikenali sebagai hutan bunuh diri atau “suicide forest”.
Tapi sebenarnya lokasi popular bunuh diri selain di Hutan Aokigahara adalah di landasan platform keretapi. Ye, di stesen keretapi dengan purata 1 kes bunuh diri setiap hari.
Biasanya keretapi tengah laju sebelum berhenti di platform, mangsa akan lompat dan… begitulah pengakhirannya.
Betapa popularnya orang bunuh diri kat platform keretapi ni sampaikan kerajaan Jepun terpaksa mengkaji macam mana nak kurangkan statistik orang bunuh diri di stesen keretapi.
Mereka dapati ada satu kajian menunjukkan orang yang mengalami tekanan psikologi kembali ke keadaan rileks lebih cepat jika mereka baring di bilik yang mempunyai cahaya berwarna biru. Ini kerana sinaran lampu LED berwarna biru boleh mewujudkan rasa “tenang”.
Jika diaplikasikan di stesen keretapi, lampu ni dijangka mampu mempengaruhi psikologi mangsa untuk berfikir dengan lebih rasional sebelum meneruskan niat bunuh diri tu.
Berkesan ke kajian ni?
Untuk pastikan kajian ni benar-benar berkesan, syarikat keretapi Jepun pasang lampu LED berwarna biru di 71 platform keretapi yang mana merupakan spot popular bunuh diri.
Daripada kajian mereka, data dari tahun 2000-2010 menunjukkan terdapat pengurangan statistik bunuh diri sehingga 84%! Tinggi ye pengurangan tu.
Tapi Professor Masao Ichikawa dari University of Tsukuba menyatakan kemungkinan pengurangan sebenar hanyalah 14% sahaja, sebab mungkin berlaku kesilapan dalam menentukan “confidence interval” dalam kajian tersebut. Tapi pada saya walaupun hanya 14%, ianya masih menyumbang pada pengurangan statistik bunuh diri di platform keretapi.
Apa-apa pun, dalam situasi menekan seperti sekarang jika rasa dah tak mampu, dapatkan bantuan terutamanya bantuan psikologi dari NGO macam Befrienders KL .
Cuma,Jangan la tengok Minnie & Mickey sebelum tidur kalau tak kena tembak piu piu tu. Sebab kalau tengok tu, yang tak stress pun boleh stress.
Stress pulak bila teringat.
Hm.
.
#CatatanZunitaDiJepun
ps: Special thanks to sensei Hizandie Shuaib for the topic .