Hutan Aokigahara sememangnya lokasi popular rakyat Jepun menamatkan diri. Bahkan ia mendapat liputan antarabangsa kerana begitu ramai rakyat Jepun memilih lokasi di hutan menyeramkan itu untuk menamatkan riwayat hidup mereka.
Tapi tahukah, selain Hutan Aokigahara yang mungkin terpencil dan dilihat lokasi sesuai bagi individu yang tertekan, nampaknya trend di Jepun, rakyat mereka memilih stesen keretapi sebagai lokasi bunuh diri dan setiap hari satu kes di laporkan.
Dikongsi oleh Zunita Ramli, rakyat Malaysia yang menetap di negara terbabit berkongsi catatan ini di fbnya.
Tak dinafikan sekarang memang ramai tertekan dengan pandemik. Statistik bunuh diri mencanak naik, dan Jepun pun tak terkecuali.
Jepun, walau terkenal dengan budaya “gaman” iaitu budaya “bertahan selagi mampu”, tapi Jepun juga tak terlepas dengan kes bunuh diri yang tinggi. Tak hairanlah kalau dari dulu lagi Hutan Aokigahara dikenali sebagai hutan bunuh diri atau “suicide forest”.
Ads
Tapi sebenarnya lokasi popular bunuh diri selain di Hutan Aokigahara adalah di landasan platform keretapi. Ye, di stesen keretapi dengan purata 1 kes bunuh diri setiap hari.
Biasanya keretapi tengah laju sebelum berhenti di platform, mangsa akan lompat dan… begitulah pengakhirannya.
Betapa popularnya orang bunuh diri kat platform keretapi ni sampaikan kerajaan Jepun terpaksa mengkaji macam mana nak kurangkan statistik orang bunuh diri di stesen keretapi.
Ads
Mereka dapati ada satu kajian menunjukkan orang yang mengalami tekanan psikologi kembali ke keadaan rileks lebih cepat jika mereka baring di bilik yang mempunyai cahaya berwarna biru. Ini kerana sinaran lampu LED berwarna biru boleh mewujudkan rasa “tenang”.
Jika diaplikasikan di stesen keretapi, lampu ni dijangka mampu mempengaruhi psikologi mangsa untuk berfikir dengan lebih rasional sebelum meneruskan niat bunuh diri tu. Berkesan ke kajian ni?
Ads
Untuk pastikan kajian ni benar-benar berkesan, syarikat keretapi Jepun pasang lampu LED berwarna biru di 71 platform keretapi yang mana merupakan spot popular bunuh diri. Daripada kajian mereka, data dari tahun 2000-2010 menunjukkan terdapat pengurangan statistik bunuh diri sehingga 84%! Tinggi ye pengurangan tu.
Tapi Professor Masao Ichikawa dari University of Tsukuba menyatakan kemungkinan pengurangan sebenar hanyalah 14% sahaja, sebab mungkin berlaku kesilapan dalam menentukan “confidence interval” dalam kajian tersebut. Tapi pada saya walaupun hanya 14%, ianya masih menyumbang pada pengurangan statistik bunuh diri di platform keretapi.
Apa-apa pun, dalam situasi menekan seperti sekarang jika rasa dah tak mampu, dapatkan bantuan terutamanya bantuan psikologi dari NGO macam Befrienders KL .
Cuma,Jangan la tengok Minnie & Mickey sebelum tidur kalau tak kena tembak piu piu tu. Sebab kalau tengok tu, yang tak stress pun boleh stress. Stress pulak bila teringat. Hm. . #CatatanZunitaDiJepun ps: Special thanks to sensei Hizandie Shuaib for the topic .
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Seramai 40 bakal guru dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah merekacipta dan melakukan pemasangan tiga tukun tiruan dan pelampung boya di Pulau Songsong, Kedah.
Melalui program ‘Kembara Kelestarian Kehidupan Marin’, mahasiswa tahun akhir ini turut membina fasiliti asas seperti tandas, tempat mandi serta papan info berkenaan hidupan marin yang terdapat di Pulau Songsong kepada pelancong.
Penambahbaikan fasiliti ini dilihat membantu menarik lebih ramai pelancong dan memberi keselesaan kepada mereka untuk datang menikmati keindahan Pulau Songsong.
Pemasangan tukun tiruan serta penambahbaikan fasiliti kepada pelancong di Pulau Songsong ini turut mendapat kerjasama Komuniti Bot Songsong.
Inisiatif program ini timbul daripada kesedaran ancaman yang berlaku terhadap terumbu karang dan keperluan untuk menjaga serta melindungi terumbu karang disamping habitat yang hidup di sekitarnya.
Menurut Pengarah program Keyong Liau, menjadi tanggungjawab bakal pendidik untuk mempunyai pengetahuan dalam pelbagai bidang sebagai persediaan mendidik murid-murid pada masa akan datang.
“Bakal pendidik perlu menambah pengetahuan daripada pelbagai bidang seperti pengetahuan mengenai penjagaan alam sekitar untuk menyediakan diri dalam kepelbagaian kemahiran seterusnya memantapkan kemahiran insaniah mereka,” ujar beliau.
Usaha penjagaan alam sekitar terutama daripada kalangan mahasiswa mampu meningkatkan kesedaran belia terhadap kepentingan alam sekitar seterusnya melahirkan pemuda yang peka terhadap keadaan sekeliling.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Ramai yang mengambil peluang ketika ini untuk bersantai dan berkelah bersama keluar di banyak lokasi tumpuan ramai setelah dibenarkan berbuat demikian.
Keseronokkan jelas terpancar di wajah orang ramai, mana tidaknya sudah hampir tiga bulan tidak dibenarkan untuk melakukan aktiviti sedemikian. Namun begitu, anda dinasihatkan untuk bercuti didestinasi yang dibenarkan dan tidak meragut keselamatan nyawa anda.
Jika anda bercadang ke kawasan air terjun di Kuala Berang, Terengganu ini ada arahan khas daripada pihak berkuasa! Orang ramai diingatkan jangan berkelah atau bermandi-manda di kawasan Air Terjun Belukar Bukit kerana lokasi berkenaan memang tidak sesuai untuk menjalankan aktiviti riadah.
Kawasan rekreasi berkenaan sebenarnya sudah hampir dua tahun ditutup kepada orang awam, bagaimanapun pihaknya menerima aduan ada pengunjung yang masih ‘mencuri’ masuk ke kawasan tersebut. Kedegilan orang ramai mematuhi arahan penutupan ini terutamanya orang luar dari negeri atau kawasan ini menjadi punca berlaku kejadian malang sehingga mengorbankan nyawa.
Lokasi Air Terjun Belukar Bukit memang tidak dibenarkan dikunjungi orang ramai dan sebelum ini pihak berkuasa sudah mengambil pelbagai langkah berjaga-jaga, antaranya memasang kain rentang dan papan tanda di sekitar kawasan. Air terjun di sini dikatakan sangat berbahaya kerana air sungainya kelihatan seperti sangat cetek tetapi sebenarnya di bawah itu ada pusaran air. Lebih-lebih lagi ketika cuaca hujan.
Untuk rekod, kawasan air terjun ini sudah catat empat tragedi yang meragut lima nyawa untuk tahun 2019 sahaja. Malah untuk tahun ini sudah dua tragedi berlaku iaitu pada 16 Mac 2020 dan terbaharu kegembiraan 18 sekeluarga bermandi-manda di tempat perkelahan Air Terjun Belukar Bukit meragut nyawa seorang remaja lelaki berusia 14 tahun pada 18 Jun 2020.
Seorang Pramugari dari penerbangan Korean Air yang tidak didedahkan identitinya disahkan positif jangkitan COVID-19.
Wanita terbabit dilapor telah memberikan layanan kepada lebih 200 penumpang ketika bertugas dalam dua penerbangan ke Tel Aviv dan Los Angeles, bulan Februari lepas.
Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Korea dalam perkembangan terkini mengesahkan 31 daripada lebih 200 penumpang berkenaan dijangkiti virus tersebut dalam penerbangan ke Tel Aviv.
Korean Air dilapor menghentikan operasinya di Lapangan Terbang Incheon bagi melakukan operasi pembasmian kuman susulan pengesahan tersebut.
Berikutan penularan virus tersebut yang semakin serius di negara itu, Korean Air kini mewajibkan semua kakitangannya memakai topeng muka ketika bertugas. Syarikat itu turut menyediakan sut hazmat sebagai langkah kecemasan sekiranya jangkitan dikesan sewaktu penerbangan.