Melaka destinasi percutian kegemaran ramai mendapat jolokan bandaraya bersejarah, Melaka turut terkenal dengan lokasi 'makan' yang popular. Tidak hairan Melaka sentiasa penuh dek kunjugan ramai terutama pada hujung minggu, cuti sekolah dan cuti umum.

Namun, sejarah tercipta apabila negeri itu seakan mati selepak wabak COVID-19 melanda duia. Tiada lagi kesesakan jalan raya atau kelibat pengunjung ke sana dan ke mari. Langit tidak selamanya gelap, Melaka yang menyasarkan sebelum ini kembali meriah 2 tahun akan datang ekoran terjejas akibat wabak COVID-19 kini kembali pulih hampir 90 peratus dengan kemasukan kira-kira 8,000 pelancong terutamanya pada cuti hujung minggu dan cuti umum.

Bilangan pelancong itu diambil kira sejak perjalanan rentas negeri dibenarkan pada 10 Jun lepas dan jumlah tersebut melebihi sasaran 3,000 pelancong. Meskipun tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) akan dilanjutkan sehingga 31 Dis ini, namun kerajaan negeri akan terus mengatur strategi menarik pengunjung bagi memastikan sasaran 5.6 juta pelancong dapat dicapai menjelang akhir tahun ini.

Ads

Peningkatan jumlah pelancong merupakan satu khabar gembira buat kerajaan negeri yang sedang berusaha keras memulihkan industri ini yang merupakan antara penyumbang utama ekonomi negeri dan subsektor kulinari dilihat antara faktor utama kemasukan pelancong ke Melaka. Negeri Melaka akan menambah baik pakej pelancongan sedia ada selain memperkenalkan pakej percutian dengan menggunakan 13 subsektor pelancongan supaya pengunjung tidak bosan untuk datang ke negeri ini.

Ads

Jangan tidak tahu, Melaka sentiasa mempunyai produk pelancongan terbaru yang sentiasa hidup dari hari ke hari. Ini port baru yang tidak kurang menarik untuk dikunjungi sumber Melaka Kini

Ads
  • Vintage Night Market – Bagi peminat barang-barang rare dan unik, jangan lepaskan peluang ke Vintage Night Market yang dibuka setiap hari Jumaat hingga Ahad di Jalan Hang Tuah. Terdapat pelbagai barangan menarik yang dijual di sini terutamannya pakaian dan kasut.
Sektor Pelancongan Melaka Semakin Pulih. Hujung Minggu Sesak Dengan Orang Kita Terjah 5 Lokasi Baru Ini
  • Ghost Museum Melaka – Pelbagai entiti dan hantu-hantu yang terkenal dalam masyarakat Malaysia juga dunia dipertontonkan di sini. Cabar ketakutan anda dengan membelek setiap info dan jenis hantu yang dipamirkan untuk pengetahuan bersama. Harga tiket masuk RM28 untuk dewasa dan RM16 untuk kanak-kanak/pelajar.
Sektor Pelancongan Melaka Semakin Pulih. Hujung Minggu Sesak Dengan Orang Kita Terjah 5 Lokasi Baru Ini
  • Melaka Bird Park – Taman burung ini bukan la yang baru tetapi telah ditutup seketika operasinya. Namun kembali dibuka pada September tahun lalu untuk kerja-kerja menaik taraf. Landskap dalam taman ini begitu menarik dan pelbagai spesies burung boleh pengujung lihat di sini.
Sektor Pelancongan Melaka Semakin Pulih. Hujung Minggu Sesak Dengan Orang Kita Terjah 5 Lokasi Baru Ini
  • Pirates Island – Pirates Island merupakan taman tema air mini dalam resort. Paling menarik lokasi ini turut tersedia kemudahan penginapan selesa untuk keluarga bersantai juga berlibur terutama pada cuti hujung minggu atau cuti persekolahan.
Sektor Pelancongan Melaka Semakin Pulih. Hujung Minggu Sesak Dengan Orang Kita Terjah 5 Lokasi Baru Ini
  • Spring In The Ocean – Ia merupakan The Shore Oceanarium fasa kedua yang mana telahpun dibukan sejak 1 Disember lalu. Antara tarikan utama untuk fasa kedua ini adalah Oceanarium Aquarist Lab, ‘Ray Tunnel’ yang mempamerkan ‘Cownose Ray’ dan ‘Schooling Fish Tunnel’. Terdapat juga persembahan Music Sound of Sea’ yang menampilkan Dancing Musical Light Aqua Theatre menggabungkan kombinasi muzik, lampu dan ‘LED Air Bubble Curtain’.
Sektor Pelancongan Melaka Semakin Pulih. Hujung Minggu Sesak Dengan Orang Kita Terjah 5 Lokasi Baru Ini

image via google | flickr

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI