Yayasan Pulau Bardsey kini sekali lagi sedang mencari warden baru bagi mengambil alih tugas menjaga dan memantau Pulau Bardsey untuk tempoh tiga dengan ganjaran gaji bulanan sebanyak £16,500 (RM87,000). Pada tahun 2018 sebuah keluarga telah dipilih menjadi pemenang untuk menjaga pulau ini, namun telah menarik diri awal tahun 2019 setelah sehari duduk di pulau tersebut.
Pulau Bardsey menerima kedatangan 2,000 pelancong setiap tahun selama lebih sebulan. Pulau itu sebelum ini dijaga Steve Porter dan isterinya, Joanna bersama dua anak mereka, Ben dan Rachel sejak mereka berpindah ke sana pada tahun 2007 tetapi memilih untuk meninggalkannya tahun lalu selepas anak mereka berjaya melanjutkan pelajaran ke sebuah universiti. Maka bermulalah pencarian warden baru untuk Pulau Bardsey untuk tahun ini dan tahun hadapan.
Keluarga Scharer telah dipilih memenangi pencarian itu mengalahkan 50 peserta lain untuk menginap di Pulau Bardsey di pesisiran Wales. Namun dilaporkan keluarga ini hanya sanggup tinggal selama sehari di pulau terpencil itu sebelum mengalah dan menarik diri.
Ned Scharer, 44, dan isterinya, Sophie, 45, bersama anak lelaki mereka, Sam, 10, dan anak perempuan, Rowan, 12, sepatutnya memulakan hidup di pulau itu selama tiga tahun bagi menguruskan pusat perlindungan alam sekitar, sebuah ladang dan tapak pemantauan burung liar.
Bagaimanapun, pada hari pertama mereka tiba di pulau tersebut, Sam mengalami kecederaan kaki selepas terjatuh ketika mahu turun dari bot yang membawa mereka ke sana menyebabkannya dihantar ke sebuah hospital dengan menggunakan sebuah helikopter untuk menerima rawatan.
Sam kemudian di bawa pulang ke rumah kediaman asal mereka bersama ibu dan kakaknya. Ned Scharer pula cuba tinggal bersendirian di pulau itu namun selepas sehari membuat keputusan untuk menarik diri. Dia menyedari tidak mampu menguruskan tugas-tugas yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur di pulau tersebut bersendirian. Ned Scharer kemudian memilih untuk pulang ke rumah mereka di Llanrwst dalam daerah Conwy, Wales.
“Saya berasa sedih membuat keputusan ini tetapi kecederaan anak saya, Sam itu membuatkan keputusan kami sekeluarga untuk menarik diri daripada tugas sebagai warden pulau itu lebih penting. Ia sesuatu yang tidak dijangka dan tidak dapat dielakkan,” kata Ned Scharer
Sumber: Thesun
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI